webnovel

Istana Lin (1)

Editor: EndlessFantasy Translation

Lelaki misteri itu menjongketkan keningnya sambil cuba menenangkan emosinya sendiri apabila mata gelap seperti obsidia itu membalas pandangannya dengan dingin seolah-olah ianya mampu membekukan dia. Dia benar-benar berasa ingin mengganggu ketenangan gadis itu dan merosakkan rentaknya! Gadis ini benar-benar luar biasa. Bagaimanakah dia boleh terus bertenang dalam situasi seperti itu?

"Jangan bimbang. Saya tidak akan biarkan kamu mati." Dia berkata dengan lembut.

"Hantarkan saya pulang ke rumah." Gadis itu membalas.

Berdasarkan kecederaan gadis itu, pilihan terbaiknya adalah untuk menghantar gadis tersebut ke 'rumahnya' sendiri.

Dia memberikan senyuman jahat, tunduk merapat gadis itu dan mencium Wu Xie di antara kening gadis tersebut.

"Seperti yang kamu minta." Dia tergelak kecil.

Si kucing hitam kecil di dalam Wu Xie terpaku. Tuannya telah diambil kesempatan oleh lelaki itu!

….

Jun Wu Xie merasakan suasana sekelilingnya mula menghilang apabila dia mula memasuki ruang gelap. Apabila dia akhirnya sedar, bulu matanya yang panjang bergerak-gerak. Dia mendapati dirinya sedang berbaring di atas katil yang selesa dan cantik di dalam bilik tidur yang berhias mewah.

Seorang lelaki berambut putih duduk di tepi katilnya. Apabila lelaki itu perasan bahawa dia sudah sedar, air mukanya bertukar ceria dan dia menyeru, "Gadis mengarut, akhirnya kamu bangun! Jangan takutkan datuk kamu!"

"Gadis mengarut, ianya hanyalah roh berkontrak. Apa masalahnya jika kamu tiada benda itu? Kamu fikir datuk ini siapa? Datuk kan Lin Wang yang maha hebat! Datuk akan sokong kamu walau apa pun yang terjadi. Tiada apa apa yang perlu kamu takutkan!" Rengus Jun Xian.

Datuk?

Wu Xie mengerutkan keningnya apabila kenangan mula memenuhi mindanya. Lelaki tua yang duduk di sisi katilnya tidak lain tidak bukan ialah Lin Wang dari Kerajaan Qi yang juga merupakan datuk kepada Wu Xia yang dahulu – Jun Xian.

Apa yang dikatakan oleh Jun Xian –"roh berkontrak" adalah sesuatu yang unik di dalam dunia ini.

Apabila seorang bayi dilahirkan ke dunia ini, roh berkontrak akan mewujudkan satu ikatan dengan jiwa manusia. Roh berkontrak tersebut akan tidur di dalam jiwa dan hanya akan bangkit apabila berusia empat belas tahun. Sebentuk cincin akan muncul pada jari manis sebelah kanan individu tersebut. Setiap roh merupakan satu evolusi setiap jiwa di mana roh berkontrak yang dimiliki oleh setiap individu adalah berbeza. Sesetengahnya boleh menjadi senjata yang berkuasa manakala sesetengah yang lain pula boleh berubah menjadi haiwan yang hebat.

Beberapa hari sebelum ini merupakan hari jadi Jun Wu Xie yang ke empat belas. Satu kebangkitan roh sepatutnya berlaku. Tetapi sepanjang hari tersebut, tiada apa-apa yang terjadi.

Dia kemudiannya dipanggil sebagai buangan.

Di dalam dunia di mana masa depan seseorang ditentukan berdasarkan kekuatan roh berkontrak mereka, sesiapa yang tidak mempunyai roh tersebut akan dianggap sebagai buangan.

Jun Wu Xie enggan mempercayainya. Dia tidak pernah menerima dugaan yang begitu berat di dalam hidupnya. Dia kemudiannya menghilangkan diri selama dua hari! Jun Xia sangat terkejut dan beranggapan bahawa cucunya yang bangga diri itu tidak mampu menerima dugaan ini dan sebenarnya cuba membunuh diri.

Jun Wu Xie mendiamkan diri.

Bunuh diri? Saya tidak rasa begitu.

Selepas mewarisi semua ingatan milik badan ini, Wu Xie lebih jelas berbanding orang lain bahawa ia bukannya bunuh diri. Sebab utama dia meninggalkan Istana Lin adalah kerana tiga hari yang lepas, Putera Kedua telah mengaturkan pertemuan dengannya.

Memandangkan Jun Wu Xia yang sebelum ini tertekan kerana dia tidak mempunyai sebarang roh berkontrak, apabila Putera Kedua kesayangannya mengajaknya berjumpa dia terus bersetuju. Dia ingin dipujuk dan ditenangkan oleh putera kesayangannya.

Namun begitu, apabila dia tiba di tempat yang dijanjikan, tempat di mana puteranya yang kacak patut menunggunya telah digantikan oleh seorang lelaki misteri bertopeng hitam.