webnovel

Birunians||C208 dan kebangkitan kegelapan

Permulaan 1(Sinopsis) : Pada zaman dahulu, terlahirlah dua kuasa membawa kestabilan dunia iaitu kuasa cahaya dan kuasa kegelapan. Pada mulanya, mereka berperang sesama sendiri untuk dapatlan keadilan,takhta juga meluaskan empayar, namun kedua-dua pihak telah menambil keputusan untuk berdamai bagi mengelakkan percetusan huru-hara dan mereka mengahwinkan sesama pihak raja untuk mengeratkan hubungan. Suami daripada kegelapn dan isteri daripada cahaya berkahwin, mereka hidup aman damai bersama anak-anak kelahiran yang mempunyai kuasa elemen bumi. Selepas itu, salah seorang daripada pihak kegelapan mengambil kesempatan membunuh kesemua penduduk kegelapan satu per satu walaupun ada yan berjaya larikan diri dan menhasut sang suami lalu membangkitkan makhluk jahat dalam tubuhnya. Pihak cahaya terkejut dan menyuruh sang isteri menjauhkan diri kerana kuasa cahaya yang paling kuat bagi melawan kuasa gelap masih tidak dilahirkan dalam diri sang isteri lagi. Sang suami marah dan hendak menghancurkan isterinya. Kemudian, sang isteri melahirkan satu cahaya yang kuat dan pada akhirnya sang suami mati. Cucu-cicit sang isteri banyak dilahirkan. Sang isteri memberikan amanah kepada anak-anaknya agar menghapuskan kejahatan membawa keamanan dan kebenaran. Kisah itu diingatkan sehingga hari ini. Cerita ini dijadikan sejarah kepulauan Bandar Zygon, dan seorang pelajar bernama Fawwaz akan menghadapi pelbagai rintangan setelah tiba di sekolah baharunya. Mahu lebih lanjut, bolehlah baca.

Fallkrai_Fallen · Komik
Peringkat tidak cukup
34 Chs

*-Kematian2-*

Yunus sedang duduk bersama Doody di tangga blok akademik. Tiba-tiba, datang seseorang ke arahnya.

"Yunus...ambil surat ini.."

"Bagus, bila ni?"

"Baca saja surat itu, kalau kau setuju, aku akan berikan kekuatan besar pada Doody.."

Yunus membaca surat itu. Dia menyimpan surat itu selepas membacanya.

"Baik, aku setuju."

"Bagus, esok Doody kau jadi lebih kuat dari sekarang.. Baliklah..."

Makhluk itu hilang daripada pandangan.

____________________________________________

Keesokkan harinya, pembelajaran berjalan seperti biasa. Ada sedikit ujian magis dibuat dan kebanyakan mereka lulus, sampailah waktu rehat, mereka ternampak Rusyaidi diiringi beberapa askar ke tempat lain.

"Zyon..kau tak rasa ka sesuatu akan berlaku?"

"....."

"Aku tak tau...mungkin akan berlaku?", sampuk Shazmir.

Selepas waktu rehat, mereka masuk ke kelas dan mula berseronok kerana Zyon buat lawak secara mengejut.

Selepas tamat sekolah, ada seorang guru dipimpin dua orang askar di belakangnya.

"Zyon...sila keluar dan ikut kami..."

"....."

"Zyon...kau patut ikut kami kalau tak kami bunuh kawan kau!!", kata seorang askar.

Zyon bangun dan berjalan ke arah mereka. Cuaca di luar menjadi gelap.

"Mana mereka?! Kalau kau cuba sentuh, korang menyesal!", Zyon mengikut mereka dari belakang. Sehinggalah satu dataran, ada sepasukan askar mengacukan senjata ke arah Safiy dan G-gong sedang dalam keadaan pengsan. Zyon bergerak ke hadapan mereka.

Dari sudut lain, Birunians dan semua pelajar datang menonton apa yang sedang berlaku. Jeneral Hong berada di sudut lain.

"Tembak mereka!!"

PUM!POM!TRRRRrr..., askar-askar menembak Zyon dan rakannya. Namun, pelindung pusaran melindungi mereka.

KLAP! KLAP! KLAP!, jeneral Hong menepuk tangan.

"Bagus, pertunjukan yang bagus.."

"Bagus? Apa kau nak?! Kami dah tahu tentang rancangan kotor kau tu lah tentera!!", jerit seorang pelajar.

"Betul tu!", sahut seorang lagi.

Keadaan jadi gemuruh.

"HahahaHahaha...bagus, tarik pengetua datang sini..."

Rusyaidi yang dirantai ditarik keluar dari lori tentera. Jeneral Hong mengeluarkan satu parang. Rusyaidi masih tak sedarkan diri lagi.

"Kamu semua mahu pengetua disayangi ini atau serahkan juara PAAM pada kami!!"

Daripada gemuruh jadi diam. Zyon muncul di sebelah Jeneral Hong dan tolak Rusyaidi ke tempat lain. Birunians datang tolong Rusyaidi. Zyon genggam tangan Jeneral Hong dengan kuat.

"Arkkhh! Jangan...."

"Lebih baik korang pergi saja dari sini! Menyemak saja! Korang tak layak lawan dengan aku!"

"Hehehe...kau fikir begitu?"

DUSH!!, Zyon disepak satu kaki besar dan terpelanting jauh sampai depan semua pelajar. Sapine tiba.

"Sabil! Serang dia!"

Tangan Sabil keluar cahaya dan tembak Sapine. Sapine tepis serangan ke tepi dan muncul di belakang Sabil.

DUSH!, Sabil terpelanting juga.

BRUMH!!, satu dinding runtuh. Beberapa pelajar datang menolong Sabil.

Pada Zyon, helmet dia berdarah dan muntah darah selepas serangan Sapine tadi. Tiba-tiba, Sapine muncul di belakang Zyon. Sapine angkat Zyon ke udara sambil cekik dia.

SRUKK!!, Zyon dilambung ke udara dan tangan Sapine menembusi badan Zyon. Kesemua organ badan Zyon hancur. Banyak darah mengalir keluar dan Zyon mati ditangan Sapine. Sapine campak Zyon ke tempat lain sambil menggenggam jantung Zyon.

SPUSH!!, jantung dan organ-organ Zyon hancur. Setelah itu, hujan turun. Semua pelajar terkejut. Ada juga yang sampai menangis.

"Tak mungkin!! Zyon mati???", jerit seorang pelajar.

"Kita serang dia pula!!!"

"Mari!!"

Semua pelajar tembak kuasa ke Sapine. Pelajar yang ada kuasa kekuatan lari ke arah Sapine. Sapine cuba keluarkan sesuatu.

"Matilah kau raksasa!!"

"....Yargahhhh!!!"

BOOM!!, satu aura hitam dilepaskan Sapine. Semua kuasa mereka dinyahaktifkan. Mereka jadi ketakutan. Jeneral Hong berjalan.

"Kamu semua tiada gunanya berlawan dengan kami! Lemah! Sekarang ni pula, dengar cakap kami atau mati macam juara PAAM kesukaan korang tu!", tegas Jeneral Hong.

DUUM! DENTUM!, kilat sabung-menyabung. Tongkat Rusyaidi terbang masuk ke dalam tangan Sapine.

"Bandar ini milik kami dan akulah raja baru bandar ini!!", jerit Jeneral Hong. Safiy dan G-gong terbangun dan ternampak mayat Zyon dibasahi air hujan.