Satu perarakan besar diadakan dipimpin banyak askar di Bandar Zygon menunjukkan seluruh kawasan Bandar Zygon dijajah. Jeneral Hong duduk atas kerusi raja dan disebelah dia ada Sapine. Semua pelajar yang mengaktifkan kuasa semasa aura kegelapan berlaku di sekolah, kuasa mereka dinyahaktifkan (mati).
Kini, pelajar yang hilang kuasa menjadi hamba bukan, seluruh penduduk bandar tersebut jadi hamba. Safiy, Sabil dan G-gong dikurung dalam sangkar.
Semua penduduk takut askar kerana juara PAAM mati dibunuh. Mayat Zyon masih ditinggalkan di tempat sama. Badan dan pakaian dia berlubang. Darah di sekelilingnya kering.
Setelah Jeneral Hong dimahkotakan, seorang askar datang mendekatinya. Jeneral Hong duduk di atas singgahsana sambil buat muka.
"Tuan...ada seorang penduduk kampung dari atas bukit merakamkan sesuatu yang pelik...cuba tuan tonton rakaman ini."
Jeneral Hong membuka klip video itu. Ada gambar seorang pemuda dan kamera bergerak ke arah lain. Jeneral Hong skip ke bahagian menarik. Ada satu singgahsana tengkorak berhadapan dengan tingkap batu. Ada satu raksasa melihat mereka. Riak wajah Jeneral Hong berubah. Pemuda itu lari masuk untuk tewaskan raksasa tersebut namun dia mati dalam keadaan mengerikan. Klip video itu berpusing dan tamat.
"Err, kamu..kamulah sape lagi! Hantarkan satu pasukan tentera untuk buru raksasa itu. Dapatkan maklumat daripada orang kampung itu."
"Baik tuan!", askar itu beredar.
"Rajaku...ada masalah berlaku lagi ke?", tanya Sapine.
"Tiada apa-apa pun .. jangan risau"
_________________________________________
"Mereka di sini doktor, kami rasa merekalah boleh bantu kita"
Beberapa doktor memasuki bilik wad, Afiq dan Ezral yang baru sedar cuba aktifkan kuasa mereka. Mereka berdua berjaya.
"Kuasa aku masih selamat..fuh, aku ingatkan aku akan hilang kuasa...", kata Ezral.
"Yargh!!", Afiq jerit.
"Agak-agaknya dah berapa lama kita tak sedarkan diri ya...", Ezral berfikir.
"Hmmmmm...", Afiq turut serta. Seorang doktor mendatangi mereka.
"Baguslah kamu berdua dah bangun... tolonglah bandar ini...askar telah mengambil alih bandar ini sepenuhnya..", teriak seorang doktor.
Ezral berasa pelik dan memandang ke luar tingkap. Ada banyak gambar Jeneral Hong di setiap bangunan.
"HUH??!!", Ezral terbeliak.
"Dan satu lagi...jangan bongkarkan kuasa kamu berdua..nanti ada satu makhluk kegelapan bunuh kamu seperti juara PAAM..", sambung doktor itu.
"Tunggu dulu, siapa juara PAAM tu?", tanya Afiq.
"Betul juga tu, korangkan koma sebelum tamat PAAM, maafkan saya, Zyon ialah juaranya."
"APA?! Zyon dah mati? Oleh satu makhluk kegelapan??", Ezral dan Afiq terkejut.
"Ya, tepat sekali.."
TRRRrrr..., bunyi tembakan jauh dari bilik itu. Ramai orang menjerit.
"Mereka pasti menghantar askar..", kata doktor lain.
"Kamu semua pelajar pergi ke tempat selamat, biar kami uruskan.."
Pintu wad ditutup. Ezral bertukar jadi Sage mode dan Afiq bertukar jadi Hulk.
Tiga orang askar memasuki bilik wad sambil pegang senjata api. Bilik wad itu kosong.
"Mereka seperti sudah lari... tunggu..."
Mereka bertiga berpaling semula, Ezral berada di depan mereka.
"Mana korang nak pergi!", mata Ezral terbeliak. Dua orang askar sempat menutup mata namun seorang pengsan. Hulk berada di belakang.
SMASH!, dua orang askar itu mati dihentak Hulk ke lantai sampai retak.
"Mari gerak!"
Mereka berdua keluar dari hospital itu dan menyorok di belakang tong sampah di lorong belakang. Ada banyak askar lakukan rondaan.
"Biar aku hapuskan mereka..", kata Afiq.
"Tunggu Afiq...kau tak ingat makhluk kegelapan yang dikatakan doktor tadi? Bahaya tu."
"Aku tak kisah."
"Jangan..kita perlu cari yang lain dulu. Kita pergi ke sekolah."
"Haih, baiklah, untuk permata tercinta saja.."
Mereka berlari hingga ke sekolah. Di tapak berkumpul, mereka terkejut apa yang dilihat. Ezral datang dekati dan menunduk ke bawah.
"Jadi...Zyon dah mati..kenapa kau mati? Kau patutnya lindungi bandar ni..."
"Ezral, apa kau cakap takkan berkesan, dia takkan dengar...kita kena risaukan yang lain dulu..."
Ezral dan Afiq pergi ke lokasi pertama iaitu kelas. Di dalam sana tiada seorang pun tapi Ezral dapat rasakan sesuatu. Pelajar perempuan menyorok dalam halimunan.
"Hoi! Ingat aku tak nampak ke?"
Halimunan dibatalkan. Semua perempuan seperti sedih.
"Awat ni..mana semua pelajar?", tanya Hulk.
"Mereka hilang kuasa dan jadi buruh menara tinggi, Sabil, Rusyaidi, Safiy dan G-gong kena tangkap dan diseksa.", kata Shafiza.
"Hmm..tak apa, kami berdua ada..."
"Buu..kau ingat kita ni boleh lawan askar tu ke, depa dah ada senjata kegelapan, kita kuasa pun tahap rendah nak lawan kuasa tahap tinggi...", kata Yaya.(Batrisya)
"Relax...Afiq kan ada...", kata Ezral.
"Tapi kan, lebih baik kita lepaskan orang awam...kawan kita daripada mereka...", sambung Ezral.
"Apa rancangannya??", tanya perempuan Birunians.
Ezral dan Afiq memanggil mereka. Afiq letakkan satu kertas manjung atas meja dan Ezral melukis peta.
"Okey... sekarang ni siapa tahu tempat mereka semua berada?", tanya Ezral.
"Dekat...tak silap hujung bandar..", kata Maisarah.
"Okey..kita akan buat rancangan... perempuan tolong bebaskan beberapa penduduk sebolehnya..aku dengan Afiq pergi selamatkan Sabil, Safiy, Rusyaidi dengan G-gong."
"Tapi selain tu juga, ada jadi hamba buruh di tempat lain juga..."
Mereka semua berdiri.
"Okey...mari kita bergerak! Aku tak sabar nak hentam depa ni...", Hulk tumbuk tangan dengan Ezral. Perempuan Birunians tengok mereka semacam.
TRRrrr...!, bunyi tembakan di luar. Mereka buka pintu sedikit dan melihat keadaan di luar. Seorang murid dibunuh askar. Ada tiga askar dan dua robot besar bersenjata.
"Okaay..cepat gerak...", perempuan Birunians berjalan secara perlahan melintasi koridor. Seorang askar dapat mengesan mereka.
"Hoi! Turun sekarang!"
"Korang pergi dulu, biar kami berdua lakukan."
Semua perempuan Birunians teruskan berlari. Satu robot melaraskan senjatanya pada mereka. Afiq terus lompat ke tiga askar itu.
DUM! DAM! SMASH!, Afiq menghentam askar-askar itu ke tanah beberapa kali.
"kage bunshin no jutsu", Ezral membuat satu klon, kedua-dua mereka lari ke arah robot sambil buat Rasengan dan mengelak peluru.
"Senpou Chou Odama Rasengan!", Rasengan makin besar.
BOOM! BOOM!, kedua-dua robot itu hancur. Semua askar mati.
"Jom gerak!"
Mereka berdua berlumba ke tempat dituju.
___________________________________________
DRUUU...BUM!!, batu yang tertutup lubang itu runtuh. Beberapa askar masuk dan terkejut. Ada satu raksasa sedang melihat pemandangan di luar. Mereka laraskan senjata padanya.
"Kau....jangan bergerak...berani kau tinggal di bandar ini! Kembali ke tempat kau!!"
Raksasa itu pandang ke belakang.
"Inilah tempat aku...aku yang bina bandar ini sendiri...."
"Jangan tipu!! Kau tak tinggalkan tempat ni kami tembak!"
"Kalau aku keluar pun, korang tetap lakukan benda sama... manusia..Hahaha!!"
TRRrrr...!, semua askar menembak raksasa itu. Selepas tembakan tamat, banyak peluru jatuh ke lantai. Ada satu perisai magis lindungi raksasa itu.
"Tak mungkin, senjata kita ada anti-magis"
"Dan ketua korang mencuri jantung ayah aku!!"
Ada banyak tumbuhan keras menutup lubang di belakang tentera. Mereka tak dapat keluar. Keluar banyak akar duri daripada belakang raksasa itu meluru ke arah pasukan tentera itu.
SRUK! SRUK! SRUK!!, banyak darah terpercik keluar. Ada lagi sikit antara mereka selamat. Tangan raksasa itu keluarkan rimbunan pokok kemudian bertukar jadi pedang besar.
ZUM! ZRUM! SRUK!, semua askar mati dibelah dalam sekelip mata. Semua mayat itu mencair seperti acid. Pedang itu hilang terbakar.
Raksasa itu duduk semula di atas singgahsana.
"Zyon...kau dah hampakan aku..."
____________________________________________
Mereka tiba di lokasi. Semua penduduk bekerja sebagai buruh paksa untuk bina menara tinggi. Sesiapa yang tidak buat kerja akan dihukum. Mereka berdua menghendap dari atas bangunan berhadapan tempat pembinaan.
"Kenapa mereka nak bina menara tinggi? Kenapa bukan istana?"
"Tak tahulah..jom belasah mereka..."
Mereka berdua lompat ke bawah. Semua penduduk sedikit gembira.
"Afiq...kau selesaikan askar...aku pergi cari mereka.."
Ezral lari ke arah berlainan. Beberapa askar tiba dan tembak Afiq. Hulk jadi marah. Hulk belasah kesemua askar. Penduduk lain dapat larikan diri.
Ezral gunakan mata rinnegan supaya askar tidak dapat dekat dia. Akhirnya dia menjumpai sangkar rakan mereka terperangkap. Mereka diikat. Ezral dekati sangkar itu dan patah kunci mangga.
"Weyh...aku keluarkan korang dari sini..."
"Cepatlah! Sabil perlu dirawat!", marah Safiy.
Ezral leraikan rantai yang terikat dengan kuasanya. Mereka bertiga dalam keadaan lemah namun Sabil lebih parah.
"Pegang aku...aku tolong korang lari..."
SWSHHH...., Ezral gunakan 'yellow flash' untuk ke tempat lain.
Kembali pada Afiq, banyak askar terkorban semasa berlawan dengan Afiq.
"Sekarang masanya untuk aku lari, aku harap Ezral dah selesaikan misi dia...", kata hati Afiq.
Afiq lompat untuk larikan diri. Tiba-tiba, ada sesuatu bergerak laju ke arahnya. Afiq tak sempat mengelak.
DUSH! DOOM!, Afiq terhempas ke tanah dengan kuat tinggalkan retak. Sapine mendarat di hadapan Afiq. Afiq bangun semula. Dia ludah darah.
"Ouch...itu serangan yang paling kuat pernah aku kena..."
"Kau berani buat kacau dekat sini...", kata Sapine.
"Aku yang paling kuat.. mestilah!!!"
Afiq lompat dan cuba menumbuk Sapine. Sapine menangkap penumbuk Afiq dengan senang. Dia genggam dengan kuat.
"Argh!!"
"Kenapa? Dah sakit? Lemah."
Sapine melepaskan tangan Afiq.
BUSH!, Afiq ditumbuk dan terpelanting bergolek -golek. Sapine berlari ke arah Afiq. Dia pijak dada Afiq daripada dia bangun.
KRAK! PRAK!, bunyi sesuatu patah. Tulang badan Afiq patah. Sapine angkat kakinya.
DUSH! BRUM!!, Afiq disepak ke dinding satu bangunan hingga retak. Afiq bertukar jadi asal dan jatuh.
"Pergi tangkap dia.."
Sekumpulan askar berlari ke arah Afiq.
BOOM!, satu aura besar keluar dari badan Afiq. Askar-askar itu terpelanting. Badannya berketul-ketul. Rambutnya pacak dan jadi kuning. Dia jadi SS Afiq. Afiq cuba kumpul tenaga.
"Ka...Me...Ha...Me..."
"Apa kau sebut tu manusia?"
"Ha!!"
"Ambik!!"
Keluar kuasa kegelapan dari tangan Sapine. Kuasa Afiq jadi keras dan pecah. Kegelapan mengenai SS Afiq dan dia jadi asal. Kuasa dia hilang.
"Tangkap dia. Boss kata kalau jumpa buruh yang lari terus bunuh, yang masih berada di sini beri mereka makan."
"Baik Komander!"