webnovel

Bila Takdir Berkata Lain

Ashley adalah pelajar sekolah menengah dan dia menyukai seorang senior yang lebih tua darinya. Namanya ialah McKenzie. Malangnya, sahabat baik Ashley sendiri, Mellisa yang juga menyukai Kenzie sanggup membuatkan Kenzie membenci Ashley. Ashley tidak peduli dan berusaha untuk mengambil hati Kenzie dengan caranya sendiri namun semuanya tidak berhasil. Sehinggalah mereka menginjakkan kaki ke dunia universiti, Kenzie masih membenci Ashley. Lebih teruk lagi, bila Kenzie mengetahui yang Ashley adalah adik kepada Aralisa, bekas teman wanita Kenzie. Aralisa meninggalkan Kenzie kerana lelaki lain dan itu membuatkan Kenzie sangat membenci Ashley. Ashley tetap menyukai Kenzie dan dia mengabaikan semua kata cacian dan herdikan Kenzie... Sehinggalah pada suatu hari, ayah Ashley meninggal dan itu ada kaitannya dengan keluarga Kenzie. Kerana bisnes mereka, ayah Ashley meninggal dunia. Ashley menjadi marah lalu dia berjanji untuk membalas dendam pada Kenzie dan keluarganya. Namun Tuhan berkata lain apabila Kenzie dan Ashley dipersatukan dalam perkahwinan. Namun Ashley tidak menyukainya dan terus membenci Kenzie. Kenzie semakin mengenal Ashley setelah berkahwin dengannya namun Ashley tidak lagi menyukainya, bukan seperti dulu. Masalah datang lagi bila Ashley tidak tahan dengan rasa bencinya pada Kenzie dan dia bertekad untuk membunuh diri. Bagaimanakah Kenzie akan berhadapan dengan masalah ini?? Adakah Ashley akan selamanya membenci Kenzie, yang dulu pernah dia sukai? -------- Boleh follow saya di Instagram: @bbeatyybrr

bbeatyybrr · Lainnya
Peringkat tidak cukup
85 Chs

Musim Cuti (1)

KEHIDUPAN Ashley sebagai pelajar kolej pun bermula. Pada mulanya, Ashley memang rasa sukar dan lelah, namun kerana semangat Ashley yang tinggi, Ashley tidak pernah berputus asa.

Hanya satu saja masalah Ashley; dia tidak tahu hendak memberi reaksi apa setiap kali dia berjumpa dengan Kenzie.

Kalau dia bertembung dengan Kenzie di mana-mana, Ashley akan diam membatu dan tidak bergerak. Sampailah Kenzie hilang barulah Ashley merasa dirinya bernafas lagi.

Ashley juga tidak menyangka yang Kenzie juga mengambil bahagian kursus yang sama dengannya; iaitu kursus pengurusan perniagaan.

Mereka boleh dikatakan sering bertembung antara satu sama lain tapi Ashley akan memilih untuk mengelak daripada berjumpa ataupun buat tidak tahu.

Ashley lebih banyak mengelak daripada bertembung dan bersembunyi di tempat tersembunyi supaya tidak bertembung dengan Kenzie.

Tiga orang kawannya yang lain selalu bingung melihat Ashley yang akan lari secepat mungkin. Macam dia hendak lari dari sesuatu. Bila ditanya, ada saja alasan yang Ashley bagi.

Sedar tidak sedar, sudah Semester Ketiga Ashley belajar di kolej. Dan selama itulah Ashley sering mengelak. Tapi perangai lama dia tidak berubah; selalu mencuri tengok kalau dia ada nampak Kenzie.

***

"Ashley, Ashley... Cuti ni kau nak ke mana? Kita kan ada cuti selama satu minggu," kata Anjel. Sekarang ini mereka sedang ada di sebuah taman. Mereka berehat di sana setelah kelas ketiga mereka sudah tamat.

Ashley yang sedang memerhati buku di depan matanya, mendongak ke arah Anjel. "Kenapa? Korang ada rancangan nak pergi ke mana-mana?"

"Oh, ada... Ashley, kau ingat dengan senior tahun terakhir yang nama dia Dexter tu? Minggu ni, dia ada buat parti bujang dekat cottage family dia. Dia jemput siapa saja yang nak pergi," kata Anjel.

"Maksud kau, Dexter budak kaya tu?? Nak buat parti bujang?" tanya Laura.

"Iya, selama empat hari tiga malam saja. Mula dari hari Selasa hingga Jumaat. Don't worry... This is not only a party. Cottage family dia tu ada di sebuah bukit. Kita boleh enjoy cuti kita dengan lawat-lawat tempat di sekitar sana. Saya ada dengar banyak tempat menarik di sekitar tempat tu. Jom lah kita pergi... Ashley, jom... Saya tahu kau suka dengan pemandangan hijau. Saya tahu tempat tu sesuai untuk kau. Jom kita pergi," Beria-ia Anjel mahu mengajak Ashley.

"Kenapa kau bawa saya seorang pula? Bawalah Connie dan Laura," kata Ashley pula.

"Kalau saya berjaya bawa kau ke parti tu, Laura dan Connie conform akan ikut kau sekali. Oh, lupa... Ini bukan sekadar parti bujang... Ini juga adalah perkhemahan. Means, siang tu kita akan buat aktiviti perkhemahan dan malam dia kita akan buat parti bujang. Sounds interesting, kan?" kata Anjel pula.

"Saya suka dengan idea perkhemahan tu... Tapi tidak bagi parti tu... Bapa saya tak suka saya pergi parti. Lebih-lebih lagi parti yang tiada faedah tu," kata Ashley pula.

"Alah, Ashley... Come on lah. Saya cuma ada korang bertiga saja sebagai sahabat saya pergi ke sana," Anjel masih berusaha untuk memujuk.

Ashley berfikir untuk sejenak. Perkhemahan yang dikatakan oleh Anjel tu terdengar macam seronok tapi parti bujang itu yang membuatkan Ashley tidak yakin untuk pergi. Ashley sangat tahu parti seperti itulah yang sangat dibenci oleh bapa dia. Semuanya kerana perlakuan kakaknya dulu.

"Saya fikir-fikir dululah. Lagipun, saya masih perlu beritahu bapa saya. Kalau bapa saya bagi lampu hijau, saya akan pergi. Kalau tidak, korang bertiga sajalah yang pergi," kata Ashley.

"Saya tak nak pergi kalau kau tak nak pergi, Ashley. Tak best lah kalau kau ada," kata Laura pula.

"Yalah, Ashley.. Kalau kau tak pergi, tak best. Lagipun, kalau Raquel join sekali lagi seronok. Masalahnya, kalau kau tak pergi, Raquel pun tak pergi juga," balas Connie pula.

"Aduh, yang korang nak ikut keputusan sayang sangat ni kenapa? Kalau saya tak pergi, korang pergi sajalah... Korang tetap akan enjoy kalau saya tiada. Apa pula kaitan saya nak pergi atau apa," kata Ashley lagi. Pening kepala dia dengan perangai kawan-kawannya. Semua mahu ikut keputusan dia.

"Of course kami masih boleh enjoy. Tapi akan lebih enjoy lagi kalau kau dan Raquel ada... Lagipun, saya rasa Dexter tak marah kau datang Ashley... You are one of the hotstuff, okey, ramai orang tergila-gila dengan kau," kata Anjel lagi.

"Ish, hotstuff apa benda kau cakap ni?" kata Ashley menyangka kata-kata Anjel. Malu betul dia cakap begitu.

"Yalah, Ashley... Kalau kau datang parti tu, Dexter mesti akan gembira. Dia kan seorang yang attention seeker. Kalau ada hotstuff datang parti dia, dia akan lebih gembira," kata Laura pula.

"Oh, yalah... Dexter kan pernah cakap yang dia suka Ashley. Tapi Ashley yang tidak mahu dia. Apalah, Ashley ni... Dexter tu dah perfect tapi Ashley yang masih jual mahal," kata Connie pula.

"Saya memang tak suka dia pun. Takkan saya nak terima orang yang saya tidak suka," kata Ashley pula. Kalaulah korang tahu yang sebenarnya, mesti korang tak akan cakap begitu. Saya sudah suka dengan orang lain...

"Betul jugalah cakap Ashley. Kalau tak suka, mana boleh terima macam tu saja. Lagipun, saya pun tidak suka dengan Dexter... Suka sangat tarik perhatian orang lain. Saya takut pula kalau dia couple dengan Ashley sebab nak jadi famous lagi," kata Laura.

"Jadi, korang tak nak pergilah macam tu? Alaah, korang ni... Saya bukan nak sangat pergi parti tu, saya nak pergi perkhemahan tu.. Korang tahu, di tempah tu ada tempat yang paling best tengok matahari terbenam. Korang tak teringin nak tengok kah?" kata Anjel memandang kawan-kawannya dengan wajah yang sedih. Berkaca-kaca matanya menatap kawan-kawannya hanya kerana mahu memujuk mereka pergi.

Semua orang memandang ke arah Ashley. Melihat itu, Ashley mencebik kecil. "Yang korang nak ikut cakap saya kenapa? Kalau korang nak pergi, pergi saja. Jangan tunggu saya buat keputusan."

Tiga orang perempuan itu terus memandang Ashley. Ashley tidak lagi peduli dengan mereka. Dia memandang kembali ke bukunya dan pura-pura untuk belajar.

***

SELEPAS Ashley siap mencuci pinggan mangkuk, Ashley bergerak ke ruang tamu untuk menonton televisyen. Raquel yang sejak dari habis makan malam itu berlari turun ke bawah dan terus melompat ke sofa di sebelah Ashley.

"Kau ni, kalau nak duduk itu, elok-elok. Jangan berlari-lari macam tadi," tegur Ashley sambil menolak kepala Raquel. Dia menggeleng dengan sikap Raquel. Sudah besar panjang tapi masih mahu berlari di dalam rumah.

"Ish, macamlah kau tidak biasa." Raquel terus memandang Ashley dengan wajah tidak puas hati. "Ni, saya nak cakap... Kau ada dengar yang Dexter akan buat parti bujang di cottage family dia?"

Mata Ashley mengecil bila memandang ke arah Raquel. "Kau nak pergi ke sana?"

Raquel tersengih mendengar kata-kata Ashley. "Saya bukan nak ke parti itu. Saya cuma nak tanya kau kalau kau nak pergi perkhemahan tu... Saya dengar ada banyak benda best kalau kita ikut perkhemahan tu. Tapi saya rasa kau lebih sesuai pergi ke parti bujang itu. Kau kan hotstuff, banyak orang yang nak tengok kau pergi ke sana."

Mendengar itu, Ashley terus menendang Raquel jatuh dari atas sofa. Badan Raquel jatuh ke atas lantai dengan bunyi 'gedebuk'.

"Ah!!!! Ish, kurang asam betullah kau ni, Ash. Sanggup kau tendang saya macam ni?" Raquel memegang pinggangnya yang sakit sambil menjeling geram ke arah Ashley.

"Siapa suruh cakap benda mengarut! Lain kali cakap yang betul sikit ya!" kata Ashkeu pula. Dia menatap ke kaca televisyen dengan sengihan yang lebar.

"Benda mengarut apa yang saya cakap pula? Saya cakap betullah. Semua orang berharap kau pergi parti ini. Steven pun cakap benda yang sama... Ted pun... Even hotstuff yang lain pun mahu kau ada di sana. Cuma kau saja hotstuff yang tersangat low-key," kata Raquel pula. Dia berdiri dari lantai dan duduk di sebelah Ashley lagi.

"Heleh, kau pun hotstuff. Kau sajalah yang pergi!" balas Ashley.

"Ish, Ashley ni... Saya cakap pasal kau lah... Kau tahu tak, di sekolah... Banyak orang pasangkan dengan mana-mana lelaki hotstuff di sekolah. Kau saja yang buat tak tahu dengan benda-benda macam ni.. Sebab otak kau cuma fikir pasal belajar saja."

"Sudah memang saya pergi kolej nak belajar. Buat apa saya fikir pasal benda macam tu?" kata Ashley pula.

"You should, Ashley. Kita bukan kat sekolah menengah lagi. Kita sudah boleh fikir benda pasal ni, okey," Raquel terus tangan kiri Ashley dan memeluknya.

"Zaman pekerjaan pun saya boleh fikir pasal benda tu, okey. Sekarang ni, saya nak fokus belajar dulu," Ashley masih menatap kaca televisyen tanpa melayan Raquel.

Raquel mendengus dengan jawapan Ashley. Dia terus melepaskan tangan Ashley. Kalau pasal benda bercinta, Ashley memang pandai buat alasan untuk melarikan diri. Kalau benda lain, rajin betul mulut dia bercakap.

"Anyway, kita akan pergi. Kita dah lama tak enjoy sejak masuk kolej ni. Cuti seminggu ni kita pergilah bercuti. Lagipun, saya tidak akan pergi mana-mana kalau kau tidak ikut," kata Raquel lagi.

"Ish, apasal semua nak ikut keputusan saya. Nak pergi, pergilah sendiri. Kenapa nak ikut keputusan saya pula? Bukan saya yang buat parti ni!" Ashley mencebikkan bibirnya pula.

"Ayolah, Ashley... Ted pun suruh saya pujuk kau pergi. Kita just pergi ke perkhemahan tu saja... Bukan parti liar tu... Saya tahu bapa kau takkan benarkan punya."

Ashley memandang ke arah Raquel. "Saya masih fikirkan lagi, okey. Lagipun, banyak assignment saya kena buat."

Raquel tersengih. "Okey, tapi kalau kau tak nak pergi, saya akan paksa kau juga."

Ashley memandang ke arah Raquel pula sebelum dia memandang ke arah televisyen lagi.

***

***

KERANA desakan Raquel dan yang lain, mahu tidak mahu Ashley terpaksa pergi. Setelah bersiap-siap, Ashley dan Raquel menunggu Ted di depan rumah mereka. Ted yang akan menumpangkan Ashley dan Raquel ke kawasan perkhemahan itu.

Nasib baik Mr. Adham membenarkan Ashley dan Rasul pergi. Semuanya disebabkan Raquel yang berabis memujuk untuk Mr. Adham.

Setelah beberapa lama, Ted pun tiba dengan sebuah kereta Audi putih. Di belakang kereta Ted ialah sebuah kereta Audi hitam. Kereta itu dipandu oleh Laura dan yang ada bersama dengan Laura ialah Connie dan Anjel.

Setelah Ashley dan Raquel masuk ke dalam kereta, dua buah kereta Audi itu bergerak meninggalkan kawasan rumah Ashley.

Sepanjang perjalanan, Ashley memakai fon telinga dan mengabaikan saja Raquel dan Ted yang mual bertekak mulut. Raquel duduk di kerusi penumpang di hadapan jadi sementara Ashley duduk di bahagian belakang.

Perjalanan menuju ke kawasan perkhemahan memakan masa selama sejam. Di sana, sudah ada pelajar-pelajar lain yang tiba. Ada juga orang awam yang datang ke sana untuk menghabiskan masa cuti mereka.

"So, Ash... Kau pilih mana, kau nak tidur di khemah atau kau nak tidur di bahagian cottage?" tanya Connie.

"Mana ada enjoy perkhemahan kalau tidur di cottage. Kita kan sedang dalam perkhemahan, of course kena tidur di khemah. Lagipun, kalau saya tidur di cottage, saya rasa terganggu dengan parti yang ada di sana," balas Ashley. Dia sedang menurunkan beg pakaiannya.

"Ashley ke sini selama tiga hari dua malam saja. Bukan sampai empat hari," kata Raquel.

Tiga orang kawan perempuan Ashley yang lain memandang ke arah Ashley. "Just three days two nights? Kenapa tak stay sampai habis?" tanya Laura.

"Kita kan masih ada assignment nak disiapkan. Saya tak nak buat last minute," kata Ashley pula.

"Tapi pensyarah bagi masa kita selama sebulan. Lama lagi kena hantar assignment tu," balas Anjel.

"Macamlah korang tak kenal Ashley ni macam mana... Semua nak disiapkan dengan awal. Tak ada benda yang kena buat last minute!" sampuk Ted pula.

"Eh, dahlah.. Jom kita ke kawasan perkhemahan kita. Saya dah tak sabar nak mula ni!" kata Connie pula.

Mendengar itu, semua orang mengangkat barang masing-masing menuju ke kawasan perkhemahan mereka. Kawasan perkhemahan terletak di bahagian kaki bukit. Di bahagian atas bukit pula ialah bahagian kotej keluarga Dexter Alfredius. Kawasan perkhemahan itu tidaklah terlalu besar sangat.

Kebanyakan pelajar yang sudah tiba di sana sudah pun memasang khemah mereka. Ada juga yang sedang memasak makanan mereka.

Dengan segera, Ashley dan kawan-kawannya memasang khemah mereka. Memandangkan mereka ada lima orang perempuan, mereka memasang dua khemah yang besar.

Ted pula berkongsi khemah dengan kawan-kawannya yang juga datang ke perkhemahan ini.

"Eh, korang... Tahu tak kalau petang ini kita akan menjelajah sekeliling hutan sebelah bukit ni. Banyak yang cakap di sana ada banyak bunga yang cantik!" kata Connie, menghampiri kawan-kawannya yang sedang memasang khemah.

"Eh, kau dari mana, Connie? Datang-datang cakap pasal benda tu. Kau bukannya nak tolong kami pasang tapi pergi pula bergosip dengan orang lain," kata Laura.

"Saya pergi tanya info pasal aktiviti kita petang ni sajalah. Kita ada dua aktiviti yang menarik. First tu, ada aktiviti menjelajah hutan sebelah bukit ni.. Yang kedua, ke party di cottage sana. So, your choice... Nak ke hutan atau pool party," Connie terus duduk di bangku kecil yang tersedia di depan khemah.

Anjel meminum air dari botol minumannya sebelum bercakap pada Connie lagi,"Sudah tentulah pergi ke hutan untuk menjelajah. Pool party tu just for the rich kid.. Kalau kita ke sana, yang ada cuma kena buli saja."

"Atau kita boleh stay di sini dan tidur untuk save energy. Kita masih ada aktiviti kena buat masa malam ni," kata Raquel pula.

"Mana kita dapat apa-apa kalau tidur saja," kata Anjel lagi. Raquel hanya mencebik saja mendengarnya. Dia menoleh ke arah Ashley yang sedang mengemas barang-barang di dalam khemah. "Kau nak pergi mana, Ashley?"

"Saya rasa nak pergi tengok hutan sebelah mungkin. Saya belum pernah lagi datang ke sini," kata Ashley.

"Tengok, Ashley sendiri pun nak pergi tengok!" kata Connie lagi. Makin keluar muncung itik Raquel dengan usikan Connie.

Ashley ketawa melihat wajah Raquel itu. Dia mengeluarkan kamera dari dalam beg kamera. Setelah itu, dia keluar dari khemah.

"Kau sudah mahu pergi sekarang, Ashley?" tanya Laura.

Ashley menggeleng. "Belum lagi. Saya saja nak ambil gambar di sekitar sini. Korang bersiap lah sebelum kita jalan. Nanti panggil saya bila kita nak bergerak. Saya ke sana dulu." Tanpa menunggu jawapan kawan-kawannya, Ashley berjalan meninggalkan kawasan khemah mereka.

Ashley berhenti di kawasan pokok-pokok yang redup. Keadaan sekeliling kosong sebab tiada orang yang datang ke sini. Malah tempat ini juga jauh dari kawasan perkhemahan jadi tidaklah terlalu bising.

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, membuatkan daun-daun kering di atas pokok terbang melayang mengikuti arus angin. Keadaan tenang itu membuatkan Ashley tersenyum sendirian. Tenang rasanya melihat keindahan alam.

Ashley terus berjalan sambil memandang sekeliling. Dia kagum melihat susun atur pokok-pokok yang kemas itu. Mesti sudah disusun semasa ditanam. Pokok-pokok itu ditanam dalam bentuk barisan lurus dan panjang menjadi sebuah jalan yang lurus.

Ashley memandang ke atas dan tersenyum melihat semua yang dia lihat. Kerana daun pokok yang lebat, hanya ada beberapa saja sinar matahari yang menembusi ke lantai bumi.

Sekeping daun yang sudah berwarna kekuningan jatuh di atas kepala Ashley kerana ditiup angin. Ashley terus mengambil daun itu dengan tangan kiri.

Kachak!!

Mendengar bunyi kamera, Ashley terus menoleh ke depannya. Terkejut dia melihat Steven sedang mengarahkan lansa kamera ke arahnya. "Steven, apa kau buat di sini?"

Steven tersenyum dan berjalan mendekati Ashley. "Apa maksud kau apa yang saya buat di sini? Saya pun nak ikut perkhemahan yang dirancang di sini. Bukan korang saja yang nak datang sini. Saya pun nak enjoy. Tak sangka pula saya kau pun datang sekali," kata Steven.

"Saya memang tak nak datang tapi Raquel dan yang lain paksa saya. Saya terpaksa juga datang. But I do enjoy it here," kata Ashley pula.

Steven mengangguk mendengarnya. Dia sudah berjumpa dengan Raquel dan Ted beberapa bulan yang lalu. Dia terkejut melihat ada Raquel dan Ted bersama dengan Ashley kerana dia tidak pernah menyangka yang dua orang itu akan mengikuti Ashley sehingga ke Sabah. Macam Steven yang mengikuti Kenzie balik ke Sabah.

"Baguslah kalau kau enjoy. Daripada kau datang ke sini tapi tidak suka. Anyway, kenapa kau jalan seorang diri ni? Mana yang lain?" tanya Steven pula.

"Oh, dorang masih bersiap di khemah. Kami nak pergi ke hutan sebelah lepas ni. Saya sedang tunggu dorang bersiap," balas Ashley. Matanya dialihkan ke arah lain.

"Oh, korang pun pergi sekali? Saya dan Kenzie pun pergi juga nanti," kata Steven pula.

Mendengar nama itu, Ashley merasa jantungnya berhenti berdetak. Ke--Kenzie??

"Kenzie? Ken-Kenzie pun datangkah?" tanya Ashley dengan perasaan gugup. Jauh di sudut hatinya, dia merasa gembira tapi pada masa yang sama dia juga merasa takut.

"Ya, kami berdua sama-sama datang. Saya sedang tunggu dialah ni... Alang-alang kita sudah jumpa, lebih baik kita pergi sama-sama. Ramai-ramai lagi elok. Macam yang selalu kita buat dulu," kata Steven pula.

Pergi sama-sama... Macam yang selalu kita buat dulu... Cakap memang senang. Tapi nak buat tu yang susah, keluh Ashley dalam hati.

"Steven, marilah kita jalan." Kenzie berdiri di sebelah Steven sambil memegang bahu sahabatnya itu. Matanya terus tertumpu ke arah Ashley yang sedang berdiri di depan Steven. Terdiam dia jadinya.

"Oh, Kenzie... Kita tunggu kawan-kawan Ashley yang lain dulu, okey? Bagus lagi kalau kita pergi ramai-ramai," kata Steven yang kini sedang memandang Kenzie yang hanya diam saja itu.

Kenzie mengalihkan pandangannya secepat mungkin. Dia berdehem sekejap sambil menggaru belalang lehernya.

"Steven, kalau korang nak jalan dulu, korang boleh pergi dulu---"

"Ashley, jom lah jalan. Kami sudah siap!" kata Connie. Dia dan yang lain sudah pun berdiri di belakang Ashley.

"Oh, Kenzie dan Steven juga ada di sini. Korang nak join kami, pergi hutan sebelah sama-sama?" kata Ted pula, memandang dua orang lelaki itu dengan perasaan gembira. Di belakang dia ialah seorang lelaki yang bertubuh sederhana dan berbaju kuning. Ted terus menepuk bahu lelaki itu dan berkata, "Yang ini Noel, budak komputer macam saya. Dia akan ikut kita sekali."

Lelaki berbaju kuning itu hanya tersenyum saja. Terbentuk lah satu lesung pipit kecil di sebelah bibir kanannya. Nampak comel saja lelaki itu bila dia senyum. Noel ialah seorang lelaki berbangsa Cina jadi kulitnya ada sedikit putih.

"Okey, baguslah kalau ramai yang pergi macam ni. Kurang dapat bahaya. Marilah jalan, yang lain sudah pergi tadi," kata Steven. Dia pun memimpin kumpulan itu pergi ke kawasan hutan yang terletak di sebelah bukit itu.

Kerana hutan itu dipisahkan sungai dengan tebing yang tinggi, sebatang jambatan gantung yang besar dan lebar dibina. Meskipun nampak menakutkan kerana jambatan gantung itu bergoyang namun keindahan sungai itu masih memukau pengunjung yang datang.

"Ted, boleh saya pegang tangan kau? Saya takut tinggi lah. Saya rasa nak mual saja tengok sungai tu," kata Angel pula. Dia sudah pun menarik hujung baju Ted yang berjalan di depannya.

Ted menoleh ke arah Anjel. Dia melihat wajah Anjel sudah berubah menjadi sedikit pucat. Dia betul-betul takut tinggikah? "Oh, sure! Pegang tangan saya!" Dengan begitu saja, Ted menghulurkan tangannya ke arah Anjel.

Anjel tersenyum gembira lalu dia memegang tangan Ted. Tangan Anjel terasa lebih kecil di dalam genggaman tangan Ted namun itu yang membuatkan Anjel merasa gembira kerana dia merasa selamat di dalam genggaman tangan Ted. Bersama-sama, mereka berdua naik ke atas jambatan.

Raquel yang berada jauh sedikit dari Ted dan Anjel hanya memandang dua orang kawannya itu berjalan sambil berpegangan tangan.

"Wei, kau janganlah tengok dorang dengan muka jealous kau tu, kalau kau jealous sangat, pergilah terus terang dengan Ted sana," kata Ashley, menolak kepala Raquel. Dia terus berjalan mendahului Raquel.

Kerana Raquel terhenti di depan dia tadi, jalannya terbantut. Ashley ingat ada apa sampai Raquel berhenti, rupanya dia sedang memerhati pula Ted yang memimpin Anjel berjalan di jambatan.

"Eh, tolonglah. Saya nak jealous pasal dorang kenapa pula? Tak ada maknanya lah... Saya cuma tengok dorang berdua ni rapat semacam saja. Tak pernah saya nampak Ted baik begitu dengan perempuan lain," kata Raquel dengan suaranya yang jelas menunjukkan dia sedang menahan marah.

Ashley ketawa kecil. Entah dia perlu menampar kepala Raquel sekali lagi atau tidak untuk menyedarkan kawannya itu. "Hah, yalah sangat. Ted tu kan memang selalu baik hati. Selalu tolong perempuan dan dia mengutamakan perempuan... Kau saja yang paranoid cakap begitu."

Raquel menjadi bengang bila Ashley memanggilnya 'paranoid'. "Kurang asam betul mulut kau ni, kan?!! Siapa yang paranoid??" Raquel cuba untuk menangkap beg Ashley supaya dia dapat menarik kawannya itu ke belakang.

Ashley sedar tindakan Raquel itu dan dia segera berlari ke depan. Menyebabkan jambatan itu bergoyang dengan kuat. Ashley ketawa terbahak-bahak bila melihat Raquel terpaksa memegang tali jambatan itu kerana dia hampir jatuh tadi.

"Ooppss, hati-hati," kata Steven. Tangannya secara automatik memegang pinggang dan bahu Raquel untuk menolong perempuan itu supaya tidak jatuh.

Terkejut Raquel bila disentuh oleh Steven. Ini pertama kali dia disentuh oleh lelaki itu. Itu membuatkan dia menjadi sedikit gelisah. "Terima kasih."

Steven hanya tersenyum saja dan dia mendepakan tangan kiri ke depan. "Ladies first." Raquel hanya mengangguk sekali sebelum dia berjalan ke depan dan Steven mengikuti dari belakang.