ASHLEY berjalan ke depan sambil memandang sekeliling dengan wajah yang gembira dan dia sangat puas hati dengan apa yang dia nampak di hadapannya. Sekarang ini, mereka sedang berada di kawasan yang penuh dengan bunga-bunga yang mekar.
Sinaran matahari yang keluar dari celah-celah daun menyinari seluruh lapangan bunga itu, memberikan satu aura yang nyaman dan sejuk untuk mata memandang. Rama-rama dan serangga kecil yang lain berterbangan di sekitar lapangan itu, menambahkan suasana 'hutan' di sekeliling mereka.
"Saya tidak tahu pula di hutan ni ada lapangan bunga macam ni," kata Connie. Dia juga terpegun melihat keindahan di sekelilingnya. Connie tidak pernah menyangka akan ada lapangan bunga seperti ini di hutan ini. Meskipun lapangan bunga ini kecil saja namun cukup memuaskan di pandangan mata.
"Kan... Saya pun sukalah tengok. Bila saya berdiri di sini, saya rasa saya ialah seorang pari-pari cantik yang tinggal di sini," kata Anjel sambil berdiri di tengah-tengah pokok-pokok bunga yang berwarna merah.
"Pfft, kau ni terlalu berimaginasilah, Anjel," perli Laura lagi. Anjel menghentak kaki dengan perasaan yang geram. "Weh, saya cakap yang betullah. Apalah korang ni!" bentak Anjel.
Ashley hanya menggeleng dengan sifat kawan-kawannya. Dia terus mengangkat kameranya dan mula mengambil gambar. Dia mengambil gambar tanpa memikirkan keadaan sekelilingnya.
Butang kamera ditekan dan bunyi gambar diambil terdengar. Saat itulah, Ashley berhenti. Kira-kira dua meter dari Ashley, tepat di hadapannya ialah Kenzie yang sedang menunduk sambil menatap lebih dekat pada bunga yang berwarna kuning.
Wajahnya masih dingin namun dengan bantuan pokok-pokok bunga sebagai latar belakang, Kenzie terlihat lebih tampan dari yang biasa.
Dupp!
Seperti terkena panah, jantung Ashley terasa berhenti berdegup selama sesaat. Ashley cepat-cepat menoleh ke belakang dan cuba menenangkan jantungnya yang mula berdegup kencang. Malah lebih kencang dari roller-coaster. Genggaman jari di kameranya semakin erat.
Ashley terus memandang ke skrin kamera dan memandang ke gambar terakhir dia ambil. Sudah dia agak, bayang Kenzie ada bersama di dalam gambar itu dan dengan jelas lagi menunjukkan wajah dia.
Ashley tersenyum lebar. Terpaksa dia menggigit bibir bahagian bawahnya untuk menahan dirinya daripada melonjak kegembiraan. Siapa yang tidak gembira bila dapat mengambil gambar orang yang disukai.
Tiba-tiba, Ashley tersedar sendiri. Dia cepat-cepat menggeleng untuk menghapuskan semua bayangan di mindanya. Apa yang saya fikir ni? Sudah lima tahun berlalu tapi kenapa saya masih semudah ini jatuh cinta lagi?
Ashley berpaling ke belakang dan memerhati Kenzie. Kenzie saat itu sedang memerhati bunga yang ada di kawasan lain pula.
Senyuman kecil namun hambar terlukis di bibir wanita ini. Yalah, sudah lima tahun. Tidak mungkin Kenzie akan menyimpan perasaan yang sama pada saya. Saya saja yang selama ini asyik terkejar dia. Tidak mungkin lelaki sehebat Kenzie ini akan membuang masa dia untuk perempuan macam saya...
Dengan anggapan yang seperti itu, Ashley terus berpaling ke belakang dan berjalan ke arah yang bertentangan dengan Kenzie.
Pada masa yang sama, Kenzie juga menoleh ke arah Ashley. Dia menatap belakang Ashley yang semakin menjauh. Tanpa sedar, sebuah keluhan panjang keluar dari mulutnya. Kenapa dia rasa Ashley semakin menjauh, tidak seperti lima tahun yang lalu?
Setelah mereka siap memerhati lapangan bunga itu, mereka mendaki gunung itu lagi menuju ke puncak gunung. Di sana, pemandangan indah yang lain menanti mereka. Di atas gunung itu, mereka dapat melihat pemandangan sehingga jauh nun di sana.
"Wah, ini sangat memuaskan hati. Saya sukalah pemandangan yang ada di sini," kata Steven. "Saya pun," kata Noel pula sambil memandang sekeliling dengan wajah kagum.
Tidak sangka perjalanan sepanjang mendaki gunung ini sangat berbaloi.
"Ash, Ash.. Mari sini.. Tengok ni!! Cantik kan?" kata Raquel. Dia menarik Ashley sehingga ke tebing gunung. Meskipun tidak curam namun jika tersalah langkah, pasti akan membahayakan nyawa juga.
Ashley hampir jatuh ke tebing itu kerana Raquel menariknya terlalu kuat. Kerana terlalu terujalah Raquel langsung tidak sedar yang dia sebenarnya membahayakan nyawa Ashley.
"Raquel, pelan-pelan!" kata Ashley. Takut dia melihat tebing gunung itu. Hampir saja dia jatuh ke bawah jika bukan kerana ada seseorang yang menarik tangannya supaya Ashley tidak jatuh.
"Hati-hati. Tebing ini bahaya juga kalau tidak berhati-hati," kata Kenzie, memegang pergelangan tangan Ashley dengan kemas. Panik juga dia melihat Ashley hampir jatuh dari tebing tadi.
Ashley terkejut melihat Kenzie yang memegang pergelangan tangannya. Ini memang bukan pertama kali mereka bersentuhan tangan tapi setelah lima tahun, sentuhan tangan itu kembali terasa. Kali ini, lebih lembut dan kemas.
Ashley memandang Kenzie dan memandang wajah Kenzie. Entah dia perlu berteriak atau pengsan saja di sana kerana dia mula merasa rama-rama berterbangan di perutnya.
Melihat mata Ashley merenung tangannya, Kenzie segera melepaskan tangan Ashley. Dahinya berkerut sedikit dan dia seperti mengeluh dalam diam. Kalau tidak suka saya pegang itu, janganlah tengok saya macam tu... Saya sudah baik hati nak tolong pun.
"Terima kasih," kata Ashley perlahan, antara dengar atau tidak. Tapi Ashley yakin kalau Kenzie mendengarnya kerana Kenzie juga memandang ke arah Ashley.
Hanya beberapa saat saja pandangan mereka bertembung sebelum Kenzie memandang ke tempat lain dan berjalan menjauhi Ashley.
Ashley mengeluh bila dia melihat Kenzie menjauh darinya. Ya, saya lupa... Sejak kejadian itu, tidak mungkin dia mahu menyentuh saya lagi... Mesti dia tidak suka bila dia sentuh tangan saya tadi kan? Tak apalah... Mungkin Kenzie masih tidak dapat lupakan perkara lima tahun dulu...
Mereka menghabiskan masa selama tiga puluh minit untuk menikmati pemandangan itu dan mengambil gambar bersama-sama. Ada kalanya, Ashley akan berlaga bahu dengan Kenzie namun mereka hanya saling berpandangan sebelum Ashley yang lebih dulu mengalihkan wajahnya.
Steven memandang kamera yang mereka gunakan untuk mengambil gambar secara berkumpulan. Dia melihat gambar-gambar di dalamnya dengan senyuman lebar. Akhirnya, Steven mengangkat kepalanya dan memandang Ashley yang sedang memeriksa kameranya juga. Mata Steven beralih ke arah Kenzie sebelum dia memandang ke skrin kamera lagi. Steven tersenyum kecil.
"Mungkin sudah tiba masanya untuk kau sedar, Kenzie." Steven terus menatap gambar berkumpulan itu di mana Kenzie sedang berdiri di sebelah Ashley dengan jarak mereka yang sangat dekat. Malah ada juga gambar yang memperlihatkan Kenzie dan Ashley sempat saling berpandangan di dalam gambar.
Melalui aura yang manis dan lembut di sekeliling gambar itu, Steven tahu diantara dua orang kawannya ini, ada satu rahsia yang tersimpan rapat. Tidak mungkin mereka berdua ini saling berhadapan dan akan memberitahu satu antara satu sama lain apa yang mereka rahsiakan.
Steven tahu apa rahsia mereka kerana selama ini dia menjadi pemerhati mereka berdua. Kerana dia lebih memahami Kenzie dari sesiapa pun jua, Steven lebih tahu isi hati Kenzie meskipun Kenzie tidak sedar. Steven tahu perasaan suka di dalam jiwa Kenzie itu sudah muncul sejak lama. Sejak lima tahun yang lalu...
Tapi Kenzie lebih memilih untuk mengabaikan perasaan itu dan membiarkan perasaan marah dan benci menutupi semuanya. Steven tahu dan dia dapat merasakan semuanya, cuma Kenzie yang terus menutup hatinya.
Sudah lima tahun berlalu.
Sekarang Kenzie berjumpa kembali dengan Ashley. Tidak salah kalau Steven menolong Kenzie untuk sedar dengan perasaan sebenar dia terhadap Ashley. Lagipun, Steven tidak mahu Kenzie akan menyesal di akhir hayatnya.
***
Perjalanan mereka untuk mendaki gunung sudah siap dan kini mereka sedang menuruni gunung itu untuk kembali ke kawasan perkhemahan mereka.
Ashley berjalan paling belakang sekali sebab dia tidak mahu berjalan berdekatan dengan Kenzie. Dia melihat Kenzie ada di depan jadi Ashley sengaja untuk berjalan di belakang sekali.
Ashley melihat Raquel yang berjalan di depannya dan langkah kaki Raquel yang perlahan itu membuatkan Ashley hairan. Kenapa Raquel berjalan lambat-lambat macam ni? Dia sakit kaki kah?
Ashley berjalan laju sedikit sehinggalah langkah kakinya menyaingi langkah kaki Raquel. "Raquel, kau kenapa jalan lambat sangat? Kaki kau sakit kah apa ni?" tanya Ashley pula.
Raquel menoleh ke arah Ashley lalu dia mengeluh kecil. "Kaki saya bukan Sakitlah, Ashley. Saya saja lambat jalan sebab saya penat."
Ashley mengangguk mendengar jawapan itu. "Hei, Ashley, Raquel... Cepat sikit jalan. Nanti kami tinggalkan nanti baru tahu!" teriak Laura dari depan.
Ashley hanya melambai untuk membalas kata-kata Laura.
"Kau jalan lambat macam ni sebab kau tidak mahu ada dekat dengan Kenzie, kan?" tanya Raquel.
Ashley memandang ke anak mata Raquel. Dia berdiam diri dan tidak menjawab soalan Raquel. Raquel tersenyum kecil lalu dia berkata lagi, "Saya sudah agak. Memang kau tidak akan mahu bercakap dengan dia lagi. Tapi kenapa kau tidak mahu bercakap dengan dia lagi? Kau kan pernah suka---"
"Raquel, kita semua tahu yang perkara itu sudah lama berlalu. Sudah lima tahu lamanya. Kau tak perlulah ungkit lagi. Dalam masa lima tahun itu, banyak perkara yang terjadi, okey. Saya tidak mahu bercakap apa-apa pasal lima tahun lalu," Dengan cepat Ashley membidas semua ayat Raquel.
"Saya tidak bercakap pasal lima tahun yang lalu, Ashley. I'm talking about now. Kau masih belum boleh lupakan masalah lima tahun lalu, saya boleh rasa itu," kata Raquel lagi.
Ashley terus memandang ke depannya dan meneruskan perjalanan. Dia tidak mahu bercakap apa-apa lagi tentang masalah ini dengan Raquel. Ashley langsung tidak mahu mengungkit masalah itu. Sudah lima tahun berlalu, kenapa masih mahu diungkit?
Melihat Ashley yang melayannya secara acuh tidak acuh saja, membuatkan Raquel mengeluarkan muncung itiknya. "Ash, saya sedang bercakap dengan kau. Jangan abaikan saya macam tu."
Ashley berhenti. Dia memusingkan badannya ke arah Raquel dan dengan perasaan yang tidak berminat, dia menatap wajah Raquel. "Apa yang kau nak cakap sangat ni?"
"Saya cuma nak cakap yang kau patut lebih natural dan anggap saja perkara lima tahun yang lalu macam tiada apa-apa," ujar Raquel dengan penuh yakin.
"Saya memang natural, Raquel. Apa yang tidak natural di mata kau?" balas Ashley pula.
"Kau patut mengelak daripada menghindar dari Kenzie, Ashley..."
Ashley memandang Raquel tanpa memandang apa-apa. Dia terasa sama ada ingin menangis atau ketawa saat ini kerana perkataan Raquel itu. "Raquel, kau tahu jelas macam mana perkara lima tahun lalu itu berlaku. Selepas itu, diantara kami dengan Kenzie sudah tiada apa-apa dan saya anggap dia tidak lebih dari kawan. Saya nak tegur dia atau tidak, dia tidak akan peduli. Dan saya yakin dia juga tidak akan peduli dengan saya. Kenapa kau pula yang beria-ia nak saya tegur Kenzie lagi? I'm done with him. I don't want to do anything with him again."
Raquel terus mengeluh dengan jawapan Ashley. Dia sangat tidak puas hati dengan jawapan Ashley.
"Dengar, Raquel... Lepas kejadian itu, kenapa saya perlu bercakap dengan Kenzie lagi? Saya tidak mahu dia berfikir buruk tentang saya dan saya tidak mahu kejadian yang sama berulang. Cukuplah apa yang terjadi lima tahun yang lalu. Kau faham?" kata Ashley. Dia meletakkan tangan kirinya ke bahu kanan Raquel.
"Tapi Ashley... Kau menyalahkan diri kau sepenuhnya. Itu bukan salah kau. Dan saya yakin, Kenzie juga berfikir begitu," Raquel masih cuba untuk menyakinkan Ashley.
Ashley tersenyum hambar. Dia faham dengan tindakan yang Raquel ingin lakukan kepadanya tapi Ashley tidak sanggup untuk mendekati Kenzie lagi. Lebih baik jika Ashley hanya memandang lelaki itu dari jauh saja. Seperti yang selalu dia buat sebelum dia dan Kenzie mula bercakap.
"Is everything okay, ladies?"
Belum sempat dua orang wanita ini bercakap lebih lanjut, Steven menyampuk dan berdiri diantara mereka. Steven memandang kedua-dua wanita itu dengan senyuman kecil. "Kamu berdua sudah ketinggalan jauh. Jadi, Ted suruh saya tengokkan korang berdua. Takut pula sesat nanti. Jom lah pulang ke tempat perkhemahan."
"Mana Ted? Kenapa bukan dia yang datang ke sini?" tanya Raquel pada Steven.
Steven hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. "Saya cuma nampak dia pergi dengan Anjel tadi."
Ashley melirik ke arah Raquel dan dia sedar wajah Raquel berubah menjadi sedikit ketat. Eh, Raquel marah kah sebab bukan Ted yang datang ke sini? Kenapa dia mahu marah pula?
"Jom lah... Malam ini ada pesta api di sekitar kem. Kalau korang lambat bersiap, lambat nanti," Steven mengangguk kecil untuk memberi arahan kepada dua orang wanita itu supaya mengikuti Steven.
Sesampainya mereka di tempat perkhemahan, Raquel terus menghilang entah ke mana. Dia langsung tidak memberitahu Ashley di mana dia hendak pergi. Tinggallah Ashley sendiri sebab Steven pun sudah pergi ke khemah dia sendiri.
Ashley menuju ke kawasan di mana minuman disediakan untuk para penghujung yang mengikuti perkhemahan itu. Selain daripada para pelajar dari kolej yang sama dengan Ashley, malah orang awam yang datang juga ikut berkhemah di sana.
Ashley mendekati sebuah bekas air tempat simpan air sejuk yang besar. Dia mencari botol minuman. Ashley sudah dahaga sejak dari perjalanan pulang ke kawasan perkhemahan sebab bekalan air dia sudah habis.
"Tolong ambil untuk saya, satu."
Secara automatik, Ashley mengambil dua botol minuman dan dia terus menyerahkan satu kepada orang yang memintanya air.
"Ini---"
Ketika melihat siapa yang meminta air itu, tangan Ashley berhenti. Terkedu dia di sana melihat Kenzie sedang berdiri di depannya dengan wajahnya yang seperti biasa, dingin.
"Terima kasih." Tanpa segan-silu, Kenzie terus mengambil botol itu dari tangan Ashley.
Ashley masih lagi terkedu di tempat dia berdiri. Dia tidak tahu reaksi apa yang paling bagus dia perlu buat sekarang. Aduh, dalam banyak-banyak tempat... Kenapa di sini juga saya boleh jumpa dia? Masa-masa yang tiada orang di sini...??
Kenzie tidak peduli dengan keadaan Ashley dan dia terus minum. Melihat Ashley yang masih tidak bergerak itu, Kenzie juga ikut memandang Ashley. "Kenapa kau tengok saya macam itu? Ada apa-apa di muka saya?" tanya Kenzie.
"Ahh, tiada... Tiada... Tiada apa-apa..." Ashley terus mengalihkan pandangannya ke arah lain dan terus membuka tutup botol. Dengan keadaan gementar, dia meminum airnya. Jantungnya sudah lama berdebar saat melihat Kenzie ada di sana.
Maka, berdirilah dua orang itu sebelah-menyebelah sambil menikmati minuman mereka atau lebih tepat lagi, tiada yang lebih baik daripada ini selain dari minum air. Nak cuba berbual antara satu sama lain, tapi apa yang perlu dibual?
Suasana di sekeliling mereka perlahan-lahan bertukar menjadi perasaan kekok.
Sebelum ini juga, Ashley dan Kenzie tidak pernah bercakap banyak antara satu sama lain tapi mereka tidaklah pernah merasakan kekok seperti ini sebelum ini.
Kenapa sekarang tiba-tiba bertukar menjadi kekok pula. Ah, yalah, gara-gara tentang kejadian lima tahun yang lalu. Sebab itu, suasana mereka sekarang tidak lebih dari hanya sekadar orang asing. Kalau angin bertiup pun boleh dengar lagi...
Ashley memandang ke arah Kenzie. Dengan senyuman yang kekok dan gerak tubuh yang tersangatlah kekok dan macam batu, Ashley tersengih ke arah Kenzie. "Saya... Saya pergi dulu. Saya perlu bersiap... Umm.. Untuk malam ni."
Usai berkata begitu Ashley terus berjalan meninggalkan tempat itu dengan wajahnya yang sudah bertukar menjadi merah. Ashley tidak sanggup berada di sana lebih lama kerana dia takut dia tidak dapat menahan diri daripada terus merasa malu. Setelah jauh dari Kenzie, Ashley berhenti. Bila dia berfikir tentang apa yang dia katakan kepada Kenzie tadi, wajahnya menjadi semakin malu dan akhirnya, Ashley tidak dapat menahan dirinya. Dia terus jatuh, duduk mencangkung di atas tanah.
Ashley menyembunyikan wajahnya di atas lutut dengan tangannya disilangkan di atas kepalanya. Dia pun mula lah menggumam seorang diri di sana. "Kenapa?? Kenapa?? Kenapa saya cakap begitu dengan dia??? Isshhh, rasa macam nak mati saja!! Kenapa saya bercakap begitu pada dia? Kenapa saya perlu minta benar untuk pergi dari sana? Kenapa?? Somebody, tell me!!!!!"
Kalau ada keranda di depannya sekarang ini, mesti Ashley tanpa fikir dua kali, terus masuk ke dalam keranda itu. Biar dirinya dikubur bersama dengan keranda itu jauh ke dasar bumi. Supaya dia tidak berjumpa dengan Kenzie lagi.
Ahh, malunya!
Sementara itu, Kenzie hanya merenung saja kelibat Ashley yang semakin hilang itu. Setelah Ashley hilang dari pandangan, barulah Kenzie merasa dapat bernafas dengan normal. Kenzie menghembuskan nafas paling berat yang pernah dia rasa.
"Ish, kenapa saya rasa pelik ni?? Apa jadi sampai saya perlu rasa lega macam ni?"
Kenzie memandang botol minuman yang ada di tangannya. Adakah sebab air ini?
Kenzie mengeluh lagi lalu dengan kedua tangannya, Kenzie terus menyokong badannya di atas meja. Kenapa saya rasa diri saya bodoh berdiri di sebelah dia tadi???
Kenzie terus mengusap rambutnya dengan gaya kasar sehingga rambutnya yang sebelum ini kemas, sudah menjadi kusut. Ahh, apa-apa sajalah!
Kenzie pun mengambil langkah untuk pergi dari sana, masih merasakan sesuatu yang tidak kena dengan dirinya sendiri.