webnovel

Selepas perlawanan terakhir selesai, tepukan tangan para penonton seolah-olah tidak ikhlas. Jelas sekali mereka tidak teruja dan hanya bertepuk atas dasar hormat sahaja.

Pemain utama Samsara, Zhou Zekai, nampaknya tidak kisah. Setelah pertarungannya selesai, dia melambaikan tangan ke arah penonton, mengucapkan terima kasih lalu beredar dari pentas.

Sejak acara pembukaan lagi, dia sepatutnya menjadi bintang terhebat pada malam ini. Tetapi pada akhirnya, dia seolah-olah menjadi sebahagian daripada rancangan picisan sahaja. Semua ahli Samsara mengeluh. Walaupun Cabaran Pemain Baru tahun ini merupakan cabaran yang paling menakjubkan dan berjaya sepanjang sejarah Glory, cabaran ini tidak memberikan sebarang tumpuan terhadap pemain profesional mereka.

Bab Terkunci

Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com