webnovel

Saya Tak akan Bosan Biarpun Selepas 10 Tahun akan Datang

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Ha ha ha ha, ya, ya. Dia memang macam tu. Dia kelakar kan?" Chen Guo turut mengangguk.

Para pemberita menyerah kalah. Adegan kembali tertumpu kepada Wang Jiexi. Sesi temuramahnya sudah hampir tamat. Wang Jiexi benar-benar tahu bagaimana hendak menyampaikan mesej. Sewaktu temuramah, dia berusaha sepenuhnya untuk memberikan perhatian kepada Gao Yingjie. Ayat yang paling kerap diulanginya adalah "Masa hadapan Tiny Herb."

Semangat Wang Jiexi ini mungkin tidak dapat dirasakan oleh para penonton, namun para pemain sememangnya terharu mendengarkannya, terutama sekali Ye Xiu. Bagi Ye Xiu, Wang Jiexi dan Gao Yingjie merupakan perkara paling menakjubkan tentang Cabaran Pemain Baru tadi.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com