Chen Guo tiba-tiba faham. Betul! Lelaki itu tidak lain tidak bukan adalah CEO kelab Excellent Era, bos yang sebenar, Tao Xuan. Chen Guo pernah melihat dia dalam sesetengah laporan, tetapi sebagai CEO, dia tidak mendapat pendedahan media yang banyak seperti pemain. Oleh itu, tidak banyak tumpuan diberikan kepada dia. Disebakan itulah Chen Guo hanya berasakan yang dia seperti kenal akan wajahnya. Setelah mendengarkan kata-kata Ye Xiu, dia akhirnya teringat.
CEO Excellent Era datang melawat?
Chen Guo serta-merta sedar ada sesuatu yang sedang berlaku. Dia tidak dapat menahan diri dari mengikut mereka berdua masuk ke dalam bilik dengan segala perasaan risau dan ingin tahunya. Apabila melihat mereka berdua merenung kepadanya, dia berasa malu. Dia menuding ke arah biliknya, "Saya akan balik ke bilik saya." Sewaktu kata-katanya keluar dari mulut, dia sudah pun bergerak dengan langkah yang laju. Dia cepat-cepat masuk ke bilik, menutup pintu… dan bersandar pada pintu tersebut.
Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com