508 Di Luar Jangkaan

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Video yang dikirimkan telah diperiksa dengan teliti sepanjang hari. Pada akhirnya, para kelab mengetap gigi dan menghubungi Mo Qiang yang menerima ganjaran dengan gembiranya. Mo Qiang sendiri sangat terkejut. Dia tidak fikir ia semudah ini! Jika tidak, mengapa dia harus membuat pos internet sebagai langkah keselamatan atau merakam kesemua panggilan? Pihak kelab telah menonton video dengan teliti, jadi dia menyangka pertelagahan besar akan berlaku di antara mereka, tetapi, berbeza dengan jangkaannya, mereka hanya menjawab dengan dua patah perkataan: akaun bank.

Urusan berjalan dengan lancar sehinggakan Mo Qiang agak tersentak. Dia memberikan pihak kelab nombor akaun banknya dan menghubungi Ye Xiu.

"Ya ke? Baguslah macam itu!" Ye Xiu agak tenang dan tidak terlalu terkejut. Ini kerana sedang satu tingkap perbualan sedang terbuka di skrinnya. Loulan Slash sedang berkata, "Kamu dah berikan kami banyak masalah!"

"Apa yang tak kena?" tanya Ye Xiu.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter