Setelah persiapan saya selesai,saya segera mengambil dua pasang pisau yang saya letakan di dalam laci lalu menyelitnya dipinggang saya.
Senjata pemberian dari pihak program itu sememangnya senjata yang berharga bagi saya, walaupun ianya hanyalah senjata yang berkualiti sama seperti di pasaran tetapi untuk saya yang sekarang senjata itu amat membantu kerana saya tidak perlu membelinya sendiri.
Saya kemudian mengambil roti yang sedia ada di meja lalu memasukkan seluruhnya ke dalam mulut saya.Kemudian saya terus meminum air panas tea yang telah saya buat agar menghangatkan lagi perutku.
Setelah itu,dengan cepat saya keluar dari rumah lalu mengunci rumah itu dan berangkat ke sekolah.
Sambil saya berjalan, perasaan saya seakan akan sangat bahagia.Melihat suasana matahari terbit yang memancarkan cahayanya yang terang sekaligus suasana pagi sememangnya membuatkan hati saya berwarna-warni,saya berjalan melintasi pasar yang kelihatan orang orang mulai memasang gerai masing masing.
Saya pun tidak melepaskan peluang untuk mencuba kuih kuih yang masih panas,saya terus mengikuti gerak hati memandangkan masa yang tersisa sebelum pendaftaran sekolah pada hari ini tamat.
Saya pun pergi menyapa beberapa pekedai dan terus masuk ke lautan manusia yang sibuk.Saya terus memilih makanan yang ingin saya makan dengan telititi,daripada baunya,melihat pelanggan di kedai itu,sehinggalah ke pengeshoran orang orang yang aku soal siasat.
Akhirnya,semua kerja kerasku terbayar kerana aku telah mendapat sarapan yang paling enak iaitu beberapa keping karipap dan sebungkus nasi lemak.
Untuk nasi lemak,saya terus membantainya di kedai itu juga,dan untuk karipap pula.saya menyimpankan sedikit untuk nanti.
Setelah habis melayan nafsu,saya terus melihat jam tangan yang ada di tangan saya.Mataku terbuka besar setelah melihat jarum jam yang hampir kearah pukul tujuh pagi.
"Habislah saya"
Saya pun bergegas berlari ke sekolah namun jalan utama mulai sesak kerana dipenuhi orang,"arhggg,saya terlambat.Kenapa saya boleh melakukan kesilapan sedemikian di hari pertama saya"teriak hati saya perlahan lahan.
Saya kemudian melihat lorong lorong yang kurang dimasuki orang ramai,"saya tahu,jalan lorong itu mampu dijadikan 'short cut' untuk sampai kesekolah" bisik hati saya sambil diikuti oleh badan saya yang mulai berlari masuk kedalamnya.
Semakin jauh saya memasukinya, semakin kurang orang terlihat disekeliling saya, perasaan tidak enak mulai berlegar legar di fikiran saya namun saya tetap bergerak maju.Ini kerana,saya sudah tidak mempunyai pilihan lain,mahu tidak mahu saya perlu mengatasi perasaan takut ini agar saya berjaya sampai tepat waktu ke sekolah,saya terus berlari anak sehinggalah akhirnya jalan saya disekat oleh tiga orang lelaki yang berbadan besar.
Saya cuba untuk meminta izin untuk limpas namun dihalang oleh mereka,"ya tuhan,kenapa berat sungguh ujian yang saya perlu hadapi pada hari pertama persekolahan ini? "hatiku bersuara dengan suara yang berat.
"Sungguh,saya sudah tidak tahu apa yang akan berlaku ke depannya?,apa yang mereka inginkan dariku sebenarnya?"sambung hati kecilku.Saya melihat ke sekeliling saya untuk meminta pertolongan namun saya bersendirian,saya kemudian memikirkan untuk coba melarikan diri dengan melihat sama ada jalan keluar dari sini terus ke jalan utama.
Namun,sekali lagi saya kecewa apabila melihat tidak ada jalan keluar,"adakah saya terkepung?"
Pada waktu itu,barulah saya faham yang mereka sememangnya telah merancang pertemuan ini,mereka akan menunggu mangsa mereka disini lalu menghabiskan mereka.
Keringat dingin mulai membasahi dahi saya,melihat mereka yang berjalan lalu mengambil posisi disekeliling saya membuatkan saya terdiam.
Perlahan tangan saya mencapai kedua bilah pisau yang ada dipinggang saya,"adakah saya akan menang melawan mereka?,jumlah mereka lebih banyak berbanding saya ditambah dengan tubuh mereka yang besar sememangnya bukan tandingan saya.Jadi,untuk apa latihan yang telah saya lakukan selama ini?,adakah semuanya cuma sekadar omong kosong?
Saya bukanlah penakut,Cuma jumlah mereka yang banyak bukan alasan untuk saya kalah."Lebih percayalah pada dirimu sendiri Sarah,awak adalah susur galur keluarga Wormwood,keluarga wira!".
Setelah saya mula meneguhkan tekad untuk melawan mereka,salah seorang dari mereka ketawa terbahak-bahak.
"jangan buat lucu budak,awak tidak akan mampu mengalahkan kami,lihat saja lelaki besar ini,dia adalah bekas kelas guardian dan seorang lagi ini adalah bekas kelas barbarian manakala saya adalah bekas kelas acher,sungguh awak tidak akan mampu untuk melawan kami".
Saya terdiam,apa yang dikatakannya betul,melihat senjata yang melekat dibelakang mereka sememangnya betul seperti apa yang dia katakan.
Hati saya mulai ragu untuk melawan,"apa yang awak inginkan?, sekiranya kamu mencari uang,saya minta untuk awak lupakan kerana saya memang tidak mempunyai uang"ucap saya sambil kedua tangan saya sudah sedia untuk mencabut psiau di pinggang saya.
"Awak tidak mempunyai uang?,awak fikir kami percaya dengan kata katamu,awak rasa sudah berapa kali orang yang menjadi mangsa kami berkata demikian?,tetapi awak tidak perlu risau!,kami adalah 'profesional'.Awak tidak perlu berbuat apa apa,biar kami yang menggeledah badan awak sendiri"balas ketua dari mereka sambil menggunakan isyarat tangan yang ditujukan ke lelaki bersaiz besar yang berada di belakang saya.
Kemudian,saya ditahan dari belakang,saya cuba untuk melawan tetapi semuanya sia sia,saya cuba menggunakan segala usaha saya untuk melepaskan diri.Kedua dari mereka segera mengambil peluang untuk menyentuh tubuh saya.
Tangan mereka yang berlegar legar di tubuh saya membuatkan saya merasa jijik,saya hanya mampu melihat serta teriak meminat pertolongan,solah olah perasaan saya hancur seketika apabila memikirkan nasib saya yang menjadi mangsa penyamun seperti mereka,saya menangis sambil menjerit memohon pertolongan.
Melihat saya yang menjerit dengan kuat menyebabkan mereka semua ketawa terbahak bahak,"cik muda tahu?,tempat ini menjadi markas kami kerana tidak ada orang disini yang mampu menolongmu,hahahaha…,kemana tekadmu yang tadi?,sungguh menyedihkan".
Saya menangis apabila mendengar kata kata mereka,saya memang lemah,saya cuma hidup dalam mimpi saya selama ini.Ingin menjadi wira namun tidak mempunyai kekuatan untuk itu,saya sering menyalahkan pihak program kerana memberikan saya kelas yang lemah namun sekarang saya faham,saya memang lemah dan itulah saya.
Saya boleh berjuang tetapi ada batas pada kekuatan saya, buktinya usaha saya selama ini tidak berguna apabila melawan kelas yang jauh tinggi dari saya.Saya mulai tenang kerana sudah tidak mempunyai tenaga untuk cuba melepaskan diri,saya sedar bahawa usaha untuk melepas diri dari pelukan kelas guardian adalah sia sia tetapi hanya untuk sekali ini saya akan menggunakan seluruh tenaga saya untuk menjerit meminta tolong.
"TOLONG....."jerit saya dengan sekuat hati,mereka hanya menutup telinga mereka.
Setelah nafas saya habis,mereka kemudian melepaskan tangan mereka lalu cuba untuk mengoyakkan baju seragam sekolah saya,saya hanya mampu menangis sambil mengulang ulang perkataan tidak.
Dengan tiba tiba,sepasang kaki dari atas hinggap ke muka orang yang berada di hadapan saya.Melihat lelaki itu mendarat ke atas orang itu setelah melompat dari atas bangunan setinggi 3 tingkat membuat saya dan orang yang ada disitu terpegun.
Kemudian belum sempat saya melihat lelaki itu,dia sudah hilang dari pandangan,mata saya berjaya melihat kelibat laju melimpasi saya lalu saya pun menoleh untuk melihatnya,namun yang hanya saya lihat ialah seorang lagi lelaki berkelas barbarian itu sudah terbongkok apabila menerima impak tumbukan di perutnya.
Apabila lelaki itu melemah dan terduduk,lelaki misteri itu kemudian menarik rambutnya dan melemparkannya ke arah orang besar yang ada di belakang saya,orang besar itu kemudian hanya menggunakan sebelah tangannya untuk menepis rakannya dari terhempap padanya.
Kemudian dia teriak kerana marah lalu membuang saya ketepi kerana ingin fokus untuk mengahabisi orang misteri itu, lelaki besar itu kemudian meluruh laju ke arah lelaki itu kerana ingin sekurang-kurangnya menangkap tangan atau kakinya lalu terus mematahkan tulang belulangnya.
Saya kemudian berteriak "awas"kerana saya telah mengetahui sejak di program lagi bahawa cengkaman kelas guardian sememangnya berbahaya.
Namun begitu lelaki misteri itu juga turut meluruh laju ke arah lelaki bersaiz besar itu,kemudian dengan cepat berada betul betul dihadapan lelaki besar itu,dengan cepat lelaki besar cuba memeluk lelaki yang telah masuk dalam jangkauan pelukannya itu.
Tetapi,dengan tiba tiba tangan lelaki misteri itu hinggap di mukanya,kemudian lelaki misteri itu menolaknya ke bawah.Saya yang berada disitu terkejut melihat situasi yang tidak normal itu,"adakah dia cuba mengalahkan kelas guardian dengan menggunakan kekuatan?,itu tindakan yang gila,saya melihat pergerakannya yang cepat sememangnya berpeluang untuk menang melawan guardian yang lambat itu dengan syarat dia tidak tertangkap.
Tetapi,kenapa dia mengubah cara bertarungnya yang laju dan memilh untuk menggunakan kekuatan?".Saya mula ragu melihat lelaki itu yang memilih untuk bertarung jarak dekat,kedua tangan saya sudah memegang pangkal pisau saya sebagai langkah siaga untuk maju membantu sekiranya dia tertangkap.
Namun begitu,saya kemudian terkejut melihat situasi yang berlaku dihadapan mata saya,saya melihat daya tekanan kebawah yang diberikan lelaki misteri itu menyebabkan lelaki kelas guardian itu rebah ke tanah,saya terus diam di posisi kerana cuba memproses kejadian yang berlaku.
"Adakah dia paladin?, sekiranya dia adalah paladin, logiklah dengan kekuatan yang dia ada itu.Tetapi melihat dia yang memakai pakaian seragam yang sama dengan saya membuatkan saya sedikit ragu kerana mengikut khabar angin yang beredar,Cuma ada satu orang paladin yang bersekolah di Maktab Tentera.Tambahan pula,paladin itu adalah lelaki dengan berambut perang sedangkan orang yang dihadapan saya ini berambut hitam pekat".
Sambil sibuk menganalisa kelas lelaki itu,timbul rasa kagum dalam hati saya apabila melihat lelaki itu menghentak hentak kepala orang besar itu ke tanah berulang ulang kali sehingga raksasa itu pengsan.
Saya terasa terpukau dengan kekuatan itu.Kekuatan yang saya impikan selama ini,saya kemudian perlahanan maju mendekatinya untuk mengucapkan terimakasi.
"Sungguh,jadi inilah yang dipanggil pandangan cinta pertama?,saya sering membacanya di novel novel romantik serta dari penceritaan pengalaman rakan sekerja saya di kedai makan,tetapi saya belum pernah merasakannya sendiri",saya kemudian membongkok sedikit badan saya dihadapannya sebagai tanda hormat lalu mengucapkan terima kasih.