webnovel

[Sejarah dunia]

"tidak mengapa sekiranya awak berkata begitu Sarah,kakak hanya sedikit risau.Arwah bapa bukannya calang calang orang,bapa adalah kelas paladin yang sering kali memimpin batalion pasukan negara kita melawan negara musuh.Sudah tentu, Assasin yang berjaya mencabut nyawa bapa bukannya tandingan kita!".

"Kakak boleh duduk diam sekiranya kakak takut tetapi saya tidak akan sesekali memaafkannya,tidak ada yang mustahil,saya sudah pernah merasa dibawah dan saya berjaya memanjat naik dengan usaha.Saya hargai perasaan kakak tetapi salah seorang dari kita perlu membalaskan dendam bapa"balasku dengan nada yang sedikit tinggi kerana cuba untuk menahan emosi.

"Baiklah kak,saya pergi dahulu,kakak tidak perlu risau kerana saya akan menyewa rumah sewa berdekatan bandar untuk tinggal.Kakak tidak perlu untuk menjenguk saya kerana untuk sekarang,saya perlu fokus untuk menyiapkan diri untuk memasuki hari persekolahan nanti".

Aku meninggalkan kakakku disitu lalu pergi ke seorang pembantu rumah berdekatan situ.

"Ambil semula barang barangku dan letakkan di kereta kuda,aku akan pergi dari sini".

"Tungguh Sarah,kita perlu bincang tentang ini!".

"Tidak perlu kak,akak tidak faham apa apa.Saya tidak perlukan simpati kakak,saya suahpun dibuang daripada rumah.Kakak tidak akan pernah faham sakitnya bila kita berada dibawah dan dihina,apabila orang yang sepatutnya berdiri terakhir bersama kita terus melepaskan hubungan begitu sahaja.Selama ini,aku berjuang sendiri,aku mampu bersendirian,aku tidak perlukan tangisan simpati seorang kakakyang hanya tahu menangis".

"Saya datang hari ini hanya ingin memberitahu bahawa saya telah lulus denang berjaya di program itu dan mendapat tajaan dari pihak kerajaan untuk melanjutkan pengajianku di sekolah yang sama dengan kakak"

Barang barang saya yang ada dirumah telah siap dimasukkan ke dalam kereta kuda keluarga saya.Apa yang saya lakukan itu adalah kebiasaan bagi bangsawan yang telah ditendang keluar dari keluarganya,tetapi untuk kes saya, situasi saya lebih baik kerana masih ada orang seperti kakak saya yang masih menyayangi saya dan turut memberikan kebenaran untuk saya mengambil semua barang saya.

Tidak lupa juga,kakak saya sempat memberikan saya seguni uang untuk membantu saya hidup diluar sana selagi saya belum mendapat pekerjaan.

Kereta kuda yang saya naiki perlahan lahan dipandu menjauhi villa besar yang menyimpan banyak memori saya ketika saya kecil.Sedikit berat hati saya untuk meninggalkannya tetapi tidak ada cara lain.Saya sudah tidak ada tempat disana,untuk sekarang saya perlu fokus untuk mimpi saya.

Setelah sampai di rumah baru saya,saya pun membawa masuk semua barang Saya ke dalam rumah itu sambil dibantu oleh beberapa orang tukang gaji yang diarahkan oleh kakak saya.Pengemudi kereta kuda juga turut membantu mengangkat barang barang berat.Hasilnya,dalam tempoh beberapa minit sahaja, pekerjaan pun selesai.Saya terpaksa untuk tidak mengangkat masuk beberapa perabot kesayangan saya kerana ruang rumah sewa itu tidaklah seluas bilik saya sebelum ini.Saya kemudian memberi mereka uang sebagai tanda terima kasih kerana telah membantu saya,pada mulanya mereka keberatan untuk menerimanya tetapi setelah saya berkeras mereka pun akhirnya menerimanya.Setelah itu mereka pun balik semula ke villa meninggalkan saya sendirian dengan rumah baru saya.

Dalam tempoh masa 2 bulan sebelum sesi persekolahan bermula,saya perlu menguasai latihan fizikal serta akademik agar mampu bersaing dengan pelajar yang kuat.

Selain itu,saya perlu mencari kerja sambilan untuk menyara kehidupan saya.Memang sedikit berat untuk belajar sambil bekerja tetapi tidak ada cara lain lagi,mahu tidak mahu saya perlu melakukannya,saya merupakan orang biasa dan perlu mencari uang sendiri untuk terus hidup.

Setelah beberapa hari merayau di pelosok kota.Nasib akhirnya berpihak kepada saya.Saya telahpun mendapat pekerjaan di sebuah kedai makan yang hanya terletak di beberapa simpang dari rumah saya.

Saya bekerja sebagai pelayan pelanggan disana dengan waktu kerja sekitar pukul 8 pagi sehingga 5 petang untuk sekarang.Setelah selesai masa bekerja,saya pun berlatih senjata saya di halaman rumah lalu diikuti dengan latihan fizikal badan seperti 'pumping','push up'dan lain lain.

Di malam hari, setelah selesai makan malam yang saya masak sendiri dengan hanya mengikuti buku resepi makanan,saya kemudian mengambil masa untuk belajar mulai dari ilmu strategi peperangan,matematik,teknik 'close combat' dan tidak lupa sejarah negara Magnolia.

⟦Negara Magnolia⟧

Dunia ini mempunyai benua yang besar dan dikelilingi oleh laut,terdapat 3 negara besar yang menapak di benua ini iaitu negara Magnolia yang berada dibahagian barat benua,kemudian acre yang terletak di bahagian timur serta negara antioch yang berada dibahagian utara benua.Tidak lupa juga kepada bangsa nomad yang tinggal di pergunungan ais selatan.Mereka merupakan bangsa gasar yang kerap kali dijadikan tentera bayaran oleh mana mana negara yang cuba untuk menjatuhkan negara lain.

Persengketaan antara negara ini sememangnya berlaku sejak kerajaan ini berdiri lagi iaitu pada 1100 lagi atau lebih tepatnya 2 abad yang lalu.Sememangnya hubungan yang buruk antara ketiga-tiga kerajaan yang disebabkan perebutan wilayah, perebutan sumber bumi dan lain lain menyebabkan keselamatan negara ibarat berdiri di ranjau periuk api,bila bila sahaja perang boleh tercetus.

Oleh disebabkan keamanan merupakan mimpi yang amat mustahil,dengan itu raja yang berkuasa di Magnolia pada ketika iu telah mengutamakan kekuatan dalam setiap hal.

Disini, kekuatan adalah segalanya, kerana hanya dengan kekuatanlah yang dapat menjamin keselamatan rakyat sekaligus dapat meningkatkan sistem pertahanan negara pada tahap maksimum.Dengan itu,negara Magnolia dapat duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara negara yang lain.

Sejak saat itu, sekolah sekolah tentera terbina di setiap kota Magnolia ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.Dek kerana, kerajaan yang membayar segala kos pembinaan,setiap orang yang berbakat walaupun bukan bangsawan dapat bersekolah sekaligus menjadi wira negara.

Di negara ini juga,setiap orang yang berjaya memberi sumbangan besar kepada negara akan diberikan status bangsawan dan keturunan mereka yang mempunyai nama keluarga yang sama turut diperlakukan sebagai bangsawan sebagai mana yang terjadi kepada keluargaku.

Akibat ilmuan negara juga turut berkongsi mimpi untuk negara ini dijaga oleh tentera yang boleh diandalkan.Para peneliti ini telah menyusulkan idea kepada raja untuk mewujudkan 'program 3 tahun' yang bertujuan untuk mengenal pasti kecocokan setiap orang dan dapat menyesuaikan peranan mereka berdasarkan bakat,bentuk badan,cara fikir serta banyak lagi.Tidak dilupa,para ahli strategik juga turut memberikan buah fikiran untuk membuat sistem kelas untuk menyempurnakan idea 'program 3 tahun' itu.

Hasilnya,sistem ketenteraan yang teratur dan lebih efisien dapat menjadikan sistem militer negara ini lebih kedepan berbanding negara lawan.Buktinya, kerajaan Magnolia pernah memenangi beberapa peperangan melawan kerajaan Antioch dan Acre.

Di antara banyak sekolah yang dibina.Sekolah Maktab Dirajalah yang paling digeruni kerana banyak melahirkan pahlawan pahlawan yang hebat,pelajar lepasan sekolah ini juga diberikan kesempatan untuk berkhidmat paling dekat dengan raja, pendek kata mereka adalah penjaga serta kaki tangan raja.

Namun begitu,akibat ingin terus mengekalkan kualiti pelajarnya dan bukan kuantiti,bukan sahaja peluang untuk masuk dibataskan.Namun begitu,sekolah ini jugaturut mempunyai sistem 'drop out' yang akan membuang pelajar mereka yang tercorot dalam setiap peperiksaan yang dijalankan.

Pada mulanya,saya berfikiran yang cara pihak sekolah adalah sedikit kejam tetapi memang begitulah cara kerja dunia, untuk kepentingan murid lain serta mengamankan masa depan orang orang yang berbakat, mereka perlu mencari yang terbaik dan berkualiti sekaligus mengurangkan jumlah mereka agar peluang mereka mendapatkan pekerjaan semakin tinggi.

Bagi mengelakkan diri saya menerima nasib yang sama seperti orang yang dibuang itu,saya perlu berusaha lebih gigih berbanding mereka dek kerana kelasku yang kurang menguntungkan.