webnovel

Chapter 9 : Mula bekerja dalam syarikat milik Dato Kamal

*****

"Assalamualaikum." Aku beri salam dan masuk ke dalam rumah. Aku terus meletakkan barang yang dibeli atas meja. Lalu aku pun berbaring kat sofa di ruang tamu.

"Waalaikumsalam. Ha along dah balik pun. Ni.....barang yang mama kirim tu ada tak?" Tanya mama yang melihat aku kepenatan.

"Ada ma. Along dah letak kat atas meja bawah. Maaaa.....along naik dulu eh. Along nak rehat." Jawab aku sambil duduk.

"Ha yelah. Rehat dulu. Nanti turun awal sikit ye sayang. Lagipun dah petang. Tak elok tidur lama-lama." Pesan mama.

"Baik mama." Kata aku lalu bangun dan masuk bilik untuk berehat.

Sebelum aku tidur, aku menunaikan solat fardhu asar. Lalu aku baring dan akhirnya tidur dengan lena sebab penat memandu dari jam 1 petang hingga 5 petang.

*****

Aku tersedar dalam jam 6 setengah petang. Lalu aku pun membersihkan diri dan turun ke bawah untuk masak masakan kegemaran mereka yang akan pulang tak lama lagi.

*****

"Along sini kejap." Panggil mama yang melihat aku memang nak ke dapur.

"Ye ma. Ada apa?" Tanya aku.

"Cuba rasa ni. Ok tak?" Kata mama.

"Ok je ma. Kenapa?" Tanya aku dan hairan melihat banyak makanan telah disediakan. Ada apa-apa ke eh? Aku tertanya-tanya.

"Ma kenapa banyak makanan ni? Nanti membazir pulak ke ada apa-apa jamuan. Atau mama nak sedekahkan pada jiran-jiran?" Tanya aku dengan penuh tanda tanya yang bermain di fikiran.

"Kamu lupa ye along." Kata mama.

"Lupa? Lupa apa ma?" Tanya aku tak faham.

"Harini kan hari lahir kamu dan Adha. Jadi, mama jemput la keluarga terdekat kita. kawan-kawan mama dengan papa. Apa lah along ni. Hari lahir sendiri pun lupa. Hahahahahahaha." Jawab mama sambil tertawa.

"Ouhh. Maaf la ma. Along tak selalu sambut hari lahir. Tu yang kadang-kadang lupa birthday sendiri. Hihihihihihihihi." Kata aku sambil tertawa.

Niat aku untuk masak kan favourite food diorang pun terbatal. Lalu aku menolong para pekerja mama yang sedang sibuk menyiapkan persiapan untuk majlis malam ini.

*****

Mereka pulang dari bekerja lalu terus bersiap-siap sementara menunggu tetamu datang. Yang penting harini aku akan dapat jumpa crush adik. Siapa la agaknya.

*****

"Assalamualaikum." Tetamu beri salam dengan membawa tiga orang perempuan yang tak aku kenali.

"Waalaikumsalam. Datang pun kau Syafie. Eh sila, sila masuk. Duduk dulu kat dalam ye. Maaf saya kena sambut tetamu yang lain dulu." Kata papa sambil menyalam tangan kawannya.

Tiba-tiba ada orang lain lagi yang beri salam.

"Assalamualaikum." Tetamu lain beri salam dengan membawa dua orang perempuan.

"Waalaikumsalam. Eh sila masuk bang!" Jawab papa.

Disisi lain mama sedang berborak dengan tetamu yang baru sampai tadi.

"Alhamdulillah. Datang juga kak fina. Ingatkan tak datang." Kata mama dengan happy.

"Eh mestilah datang. Awak kata anak lelaki yang terpisah dulu dah balik kan. Mana dia? Tak nak kenalkan ke?" Tanya auntie fina pada mama.

"Ada. Sekejap lagi suami saya kenalkan ye kak. Senang sikit tak de la kena soal benda sama je nanti." Jawab mama spontan.

"Ha yelah. Kadang jenuh jugak kan bila kena soal benda sama je." Kata auntie fina.

*****

"Eh dik! Mana crush kau tu? Kata nak kenalkan dengan mama dan papa masa majlis hari lahir kami." Adha menyindir Adriana.

"Ha ah lah dik! Mana? Tak nampak pun dari tadi." Tanya aku turut menimpali.

"Dia otw la bang. Tak sabar-sabar eh korang ni." Jawab Adriana muak dengan kami.

"Hmmm yelah!" Kata Adha.

"Hahahahahahahahaha." Aku hanya mampu ketawa.

*****

"Assalamualaikum." Tetamu beri salam.

"Waalaikumsalam." Jawab Adriana dengan muka yang ceria.

"Siapa ni dik? Senyum-senyum lak kau." Kata Adha.

"Ha ini lah crush yang adik ceritakan haritu tapi dia bukan crush adik lagi dah. Dia dah jadi boyfriend adik. Hihihihihihi." Kata Adriana memperkenalkan boyfriendnya kepada kami berdua.

"Nama siapa?" Tanya aku dengan tegas.

"Adam Haris." Jawabnya dengan poyo.

"Ouh jadi kau la eh yang jumpa dengan adik kami masa kami bercuti haritu?" Kata Adha sambil meneka.

"Eh angah. Resort tu Adam yang punya. Memang la kami jumpa sekejap haritu." Sampuk Adriana.

"Eh dah la. Jom masuk!" Ajak aku.

*****

"Ok semua. Mari kita berkumpul di meja untuk memulakan majlis." Panggil papa.

Semua tetamu pun berkumpul ke meja. Lalu ustaz yang di jemput pun mula membacakan doa.

*****

"Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada semua kerana sudi datang. Kenalkan ini anak sulung saya yang sudah lama terpisah dari kami. Dia jugak adalah kembar Adha." Kata papa memberitahu semua orang siapa aku.

"Nama saya Adli Adrian dan ini adik kembar saya Adha Adrian. Kami ingin ucapkan terima kasih kerana sudi datang ke majlis sambut hari lahir kami. Harini adalah hari pertama saya sambut birthday bersama kembar saya. Tahun ini kami berumur 23 tahun." Kata aku.

"Dan kami ingin ucapkan terima kasih kepada ibu kami yang telah melahirkan kami ke dunia ini. Mama! Thank you ye mama kerana telah melahirkan kami." Kata Adha menyambung kata-kata aku.

Mereka pun tepuk tangan dan aku perasan ada seorang perempuan yang aku tak kenal ni asyik pandang aku. Macam tak puas hati gitu. Aku abaikan je. Tiba-tiba dia tegur aku.

*****

"Haiiii. Nama I Melisa. I cousin you. I nak cakap dengan you berdua sekejap." Katanya menegur aku. Lalu Adha, Adriana, dan Adam pergi dari aku meninggalkan kami berdua.

"Ye? Oh ye? Cepatlah. Nak cakap apa ni?" Tanya aku.

"I suka you. You suka I tak? I boleh bagi apa sahaja yang you nak." Katanya sambil menyentuh tangan aku.

"Sorry. Aku tak suka kau. Aku dah berpunya dan lagi satu jangan main sentuh tangan aku sesuka hati kau!" Kata aku sambil menepis tangannya.

"You jangan jual mahal sangat. I nak you. Itu je. Jom masuk bilik sayang." Katanya dan tiba-tiba peluk aku dari belakang.

Plak!

Aku melepaskan pelukan lalu menampar dia.

"Hey kau ni takde maruah ke! Jangan nak jerat aku dan JANGAN KACAU HIDUP AKU!" Kata aku dengan tegas.

"Hey! You ni main sesuka hati je tampar I. Mak bapak I pun tak pernah la tampar I. You ingat ni eh. I tak akan putus asa untuk dapatkan you and I TAK AKAN BERHENTI GODA YOU!" Bisiknya di telinga aku dengan geram.

Lalu dia pun pergi ke dalam rumah dan aku nampak ada seorang wanita yang baru saja melihat aku menampar Melisa. Aduh! Mesti anak kawan papa salah faham ni nanti. Aku kalau boleh tak nak seorang pun benci aku.

*****

Waktu berlalu dengan cepat sehingga semua tetamu pun balik ke rumah masing-masing. Kami semua pun berehat dalam bilik masing-masing.

*****

Aku bangun di pagi hari dan melaksanakan solat fardhu subuh. Lalu aku bersiap untuk keluar berjoging di pagi hari dengan udara yang segar. Setelah siap berpakaian yang sesuai aku pun turun dan bertemu mama.

"Eh awal anak mama bangun harini. Nak kemana awal-awal pagi lagi ni?" Tanya mama.

"Along nak joging kejap ma. Mama! Along ada benda sikit la nak cakap." Jawab aku.

"Apa dia long?" Tanya mama.

"Along tak suka la dengan Melisa tu." Jawab aku.

"Kenapa pulak? Dia ada buat bukan-bukan pada kamu ke?" Tanya mama.

"Ada ma. Malam tadi dia goda along. Lepastu along tampar dia. Mama marah tak along tampar dia?" Jawab aku dan terus bertanya.

"Eh tak la. Kalau along rasa apa yang along buat tu betul tak pe. Dia tu memang dari dulu berperangai macam tu tapi mama tak nak la sampai bergaduh dengan abang papa pulak." Kata mama.

"Ouhh. Papa dua beradik je ke ma?" Tanya aku.

"Tak. Papa anak tunggal. Pak long tu abang angkat dia je. Pak long tu memang tak pernah tahu perangai anak dia macam mana. Dia manjakan sangat anak tunggal dia tu. Dia ingat perangai mel tu elok sangat." Kata mama menjelaskan semua pada aku.

"Ouhh tapi apa maksud mama yang pak long tak tahu perangai anak dia?" Tanya aku.

"Adalah perangai dia tu. Nanti kamu tahu sendiri la tapi kalau dia cuba buat bukan-bukan dekat kamu. Mama tak akan percaya sebab mama dah kenal sangat perangai dia macam mana. Mama tahu pun sebab Adha yang beritahu dan mel tu anak saudara kesayangan papa. Jadi papa memang tak tahu perangai dia. Eh dah la long tadi kata nak joging. Pergilah!" Kata mama.

"Ha ah la ma. Along pergi dulu eh. Bye mama. Assalamualaikum." Kata aku lalu keluar rumah.

*****

Setelah jauh aku berjoging tiba-tiba ada seorang makcik menegur aku masa aku tengah berjoging.

"Eii budak. Berhenti kejap!" Perintah makcik itu pada aku.

"Ye makcik?" Aku pun berhenti joging.

"Kau anak siapa budak? Aku tak pernah nampak kamu pun sebelum ni." Tanya makcik itu.

"Saya anak Kamal. Kenapa makcik?" Jawab aku.

"Ouh anak Kamal. Nama kau siapa budak?" Tanya makcik itu.

"Saya Adrian. Makcik pulak siapa?" Jawab aku lalu bertanya kembali.

"Ouh jadi kamu ni mesti kembar si Adha tu. Makcik Dayana. Nanti kirim salam la kat mak bapak kamu ye." Katanya.

"Baik makcik." Balas aku lalu sambung berjoging untuk pulang ke rumah.

*****

Aku tiba di rumah tepat jam 8 pagi. Aku masuk dan terus menuju ke meja makan.

"Balik dah long?" Tanya mama.

"Ye ma. Oh ye ma. Tadi makcik Dayana kirim salam." Kata aku.

"Waalaikumsalam. Macam mana kamu kenal dia?" Tanya mama.

"Tadi waktu nak balik dia tegur along." Jawab aku.

"Ouhh. Ha dah pergi kejutkan Adha tu kejap long. Lambat dah ni. Nanti papa bising pulak." Perintah mama.

"Tak yah kejut la ma. Angah dah siap dah. Ni adik pun dah siap dah ma. Tunggu papa je la tak siap lagi." Kata Adha yang terlihat hensem di pagi hari yang akan masuk kerja sebentar lagi.

"Baguslah. Meh sini duduk. Breakfast dulu." Panggil mama.

*****

"Ai bang. Lewat abang siap harini. Bangun lambat ke?" Tanya mama pada papa yang baru datang untuk makan bersama.

"Amboi awak ni. Sindir saya nampak!" Jawab papa.

"Ermm pa! Along nak masuk kerja esok boleh?" Tanya aku.

"Eh boleh. Apa pulak tak bolehnya tapi along ok ke? Belum seminggu rehat lagi dah nak masuk kerja." Jawab papa.

"Ok je pa. Lagipun along tak nak la buang-buang masa. Daripada buang masa baik along kerja kan." Balas aku.

"Bagus la tu. Ha dah. Jom makan." Ajak papa.

*****

"Along! Ni dah petang kan. Diorang pun tak balik lagi. Jom temankan mama pergi kedai bunga sekejap. Nak tak?" Tanya mama.

"Boleh la ma. Daripada bosan duk rumah tak buat apa. Baik kita keluar kan ma. Mama pergi la siap. Along tunggu." Jawab aku.

"Ha sekejap mama pergi ambil beg tangan mama kejap." Kata mama.

*****

"Aik mama kata nak pergi kedai bunga. Kenapa nak suruh pak mat hantarkan pulak. Tak yah la ma. Kita pergi berdua je. Along bawa mama." Kata aku pada mama.

"Ha yelah. Erm pak mat nanti jangan lupa ambil Adriana kat office ye. Saya dengan anak saya nak keluar sekejap." Perintah mama pada pak mat iaitu driver kami.

*****

Masa berlalu dengan cepat. Tahu-tahu dah nak masuk waktu mahgrib. Aku dan mama pun balik ke rumah.

"Assalamualaikum." Mama beri salam ketika masuk rumah.

"Waalaikumsalam puan." Jawab mak tam.

"Mak tam! Tuan tak balik lagi ke?" Tanya mama.

"Belum lagi puan tapi encik Adha dan cik Adriana sudah balik tadi. Sekarang diorang ada dalam bilik diorang." Jawab mak tam.

"Baik baik. Terima kasih ye mak tam." Kata mama.

"Ma! Along naik dulu. Nak bersihkan diri." Kata aku.

"Yelah. Ni kamu tolong panggilkan adik-adik kamu turun." Perintah mama.

*****

"Adha! Mama panggil turun." Pekik aku memanggil Adha dari luar bilik.

"Adik! Turun. Mama panggil!" Jerit aku panggil Adriana.

Aku menuju ke dalam bilik. Lalu membersihkan diri dan turun semula setelah selesai solat fardhu mahgrib.

*****

"Assalamualaikum." Papa beri salam.

"Waalaikumsalam." Kami jawab serentak.

"Bang jom makan dulu. Anak-anak tunggu daripada tadi ni nak makan sama-sama dengan awak." Ajak mama.

"Yelah." Balas papa pendek.

Kami makan seperti biasa tapi kali ni di meja makan tak meriah macam selalu sebab masing-masing diam je.

Setelah selesai makan. Kami masuk bilik masing-masing dan buat aktiviti masing-masing. Sebaik sahaja aku masuk dalam bilik aku terus tidur.

*****

Hari pun telah pagi. Aku bersiap-siap di awal pagi. Tak sabar rasanya ingin mula bekerja. Kami lakukan aktiviti pagi seperti biasa iaitu makan bersama dan berangkat ke tempat kerja.

*****

"Assalamualaikum. Ok harini kita ada manager baru. Dia anak saya. Kenalkan diri masing-masing." Perintah papa kepada semua pekerja.

Masing-masing memperkenalkan diri dan aku mula bersuara.

"Saya Adli Adrian. Panggil saya Adrian sahaja. Selamat berkenalan." Kata aku memperkenalkan diri.

Aku pun masuk ke bilik kerja aku yang ditunjukkan oleh papa. Ternyata papa telah menyediakan semua keperluan aku termasuk PA. Bilik kerja aku tu cantik dan luas.

Aku pun mula lakukan kerja aku pada hari pertama bekerja dengan papa. PA aku yang berada di depan bilik aku jugak buat kerjanya.

BERSAMBUNG...