Setelah habis waktu bekerja. Aku pun balik ke rumah dengan papa. Sesampainya aku di rumah aku terkejut sebab Melisa datang untuk tidur di rumah mama dalam dua ke tiga hari.
*****
Kami makan malam bersama-sama. Lalu aku duduk di sofa berborak dengan Adha sekejap.
"Camne long? Hari pertama bekerja dengan papa." Tanyanya.
"Ok je ngah. Kenapa?" Tanya aku balik.
"Yelah. Maksud aku penat ke tak?" Tanyanya semula.
"Ouh. Penat la jugak. Eh dah la ko ni. Aku masuk tidur dulu. Penat ni. Ngantuk pulak tu." Kata aku.
"Yelah." Balasnya.
*****
Aku masuk ke dalam bilik dan terus menutup pintu. Lalu aku masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Aku pergi ke almari lalu capai kain pelikat untuk dipakai. Tiba-tiba aku rasa haus dan aku pergi ke meja dan minum air yang ada di atas meja. Selepas minum air itu, aku berasa pening. Seolah-olah macam nak pecah otak aku.
Aku melihat pintu bilik aku dan aku nampak Melisa sedang menuju masuk ke bilik aku. Dia mendekati aku namun aku memintanya segera keluar.
"Mel please keluar dari bilik aku. Nanti apa pulak cakap papa." Perintah aku kepada Melisa.
"Ala apa salahnya papa nampak. Nanti I boleh kahwin dengan you terus." Katanya dengan senang.
Tiba-tiba aku pengsan dan tidak menyedarkan diri.
*****
Aku bangun di pagi hari apabila mendengar jeritan.
*****
Mereka semua mendengar jeritan lalu terus menuju ke bilik aku untuk melihat apa yang terjadi. Kepala aku masih terasa berat macam ada banyak perkara yang aku fikirkan. Aku juga tak ingat apa yang berlaku malam tadi. Aku juga melihat Melisa yang berselubung dengan selimut serta matanya dipenuhi dengan air mata. Aku hairan apa yang berlaku sebenarnya?
Papa menyuruh aku mandi dan pergi ke ruang tamu untuk berbincang mengenai hal yang berlaku.
*****
Dalam perjalanan nak ke ruang tamu. Tiba-tiba aku dengar suara papa yang kuat.
"MELISA! Betul ke kamu dirogol oleh Yan? Cakap betul-betul dengan uncle." Tanya papa dengan marah.
"Betul uncle. Semalam Yan tarik mel masuk dalam bilik masa mel lalu depan bilik dia. Lepastu dia terus kunci pintu dan buat benda bukan-bukan pada mel." Jawab Melisa dengan teresak-esak.
"APA! Kau jangan menipu mel. Kau cakap betul-betul mel. Aku tak akan buat macam tu la. Aku tahu kau nak jerat aku kan?" Kata aku dengan marah.
"YAN! KAMU DIAM!" Marah papa pada aku.
"Mel tak tipu uncle. Yan dah rosakkan mel. Percayalah uncle. Mel nak cakap apa nanti dekat mommy dan daddy kalau diorang tengok perut mel besar nanti." Kata Melisa.
"Kau jangan nak berdalir lagi la mel. Aku kenal kau lah. Kau akan buat apa saja janji kau dapat apa yang kau nak!" Sampuk Adha membela aku.
"KAMU JANGAN SIBUK ANGAH!" Kata papa dengan marah.
"Tapi pa. Adik kenal along. Along tak akan buat perkara terkutuk tu. Along ni baik. Sekali pun along tak pernah sentuh perempuan. Jangan percaya sangat lah pa yang si mel ni cakap. Bukan betul pun. Papa kena dengar dari pihak along jugak supaya benda ni berlaku dengan adil. Bukan dari sebelah pihak sahaja!" Kata Adriana membela aku.
"KAMU DIAM ADRIANA! JANGAN MASUK CAMPUR HAL ORANG TUA-TUA! JANGAN NAK AJAR PAPA!" Kata papa dengan marah.
"Papa dah buat keputusan. Papa nak Adrian mesti bertanggungjawab atas apa yang dia lakukan pada Melisa! Jika tak ikut cakap papa, papa anggap dia bukan anak papa! Keputusan papa MUKTAMAD! Majlis akan dilangsungkan minggu depan!" Kata papa dengan tegas.
"Baiklah kalau papa cakap macam tu. Along boleh buat apa yang papa nak tapi dengan syarat. Papa tak akan pernah ambil tahu apa yang along buat dan papa tak dibenarkan untuk mengarah along!" Kata aku dengan tegas.
Aku terpaksa bersetuju sebab aku tak nak papa tahu yang aku akan berkahwin dengan Lyana walau apa cara sekalipun. Dalam masa yang sama aku melihat mama yang menangis sebab terpaksa menyaksikan pergaduhan antara aku dan papa.
Kau nak sangat kahwin dengan aku kan mel. Kau tunggu apa yang aku buat dekat kau nanti.
*****
Tibalah hari pernikahan aku dan Melisa. Meskipun aku marah pada papa kerana tak pernah mendengarkan cerita aku tapi aku tetap cuba buang perasaan benci aku pada papa. Aku juga tak nak mama sedih kerana aku dan aku juga tak nak keluarga kami berpecah-belah.
Aku pun melafazkan akad ke atas Melisa dan perkahwinan kami sah. Semua orang terlihat bahagia kecuali aku, mama, Adha dan Adriana. Kami hanya buat majlis kecil-kecilan sahaja. Aku bersetuju untuk mengahwini Melisa kerana aku ingin membalas dendam kepadanya. Aku akan lakukan itu apabila kami berpindah ke rumah lain nanti.
Tiba-tiba mama datang kat aku lalu menyampaikan pesanan.
"Along sabar ye sayang. Walaupun kamu bencikan mel tapi kamu dah jadi suami dia yang sah. Walau apa pun yang jadi, kamu tetap suami dia. Sekarang, dia hanya bergantung pada kamu je nak. Jadi bimbing la dia. Jadi suami yang baik. Ingat pesan mama ni." Mama memberi nasihat kepada aku.
"Baik ma." Jawab aku dengan pasrah.
Dalam masa yang sama aku berasa bersalah sebab telah mengkhianati cinta yang aku janjikan pada Lyana. Pasti hatinya hancur apabila dapat tahu bahawa aku telah berkahwin dengan orang lain.
BERSAMBUNG...