Setelah melihat Sembilan Tanglung menuju ke tokong dengan gembiranya, Song Shuhang berlari-lari anak dan mengejarnya.
Pada masa ini, dia memang tidak tahu apakah rancangan Sembilan Tanglung seterusnya. Mungkin juga dia akan membawanya ke tempat paling misteri di Pulau Syurga dan melepaskannya selepas menutup memorinya...
Apa-apa pun, dia dah penat untuk meneka apa sebenarnya yang bermain di minda Sembilan Tanglung.
Setelah kembali ke tokong, Sembilan Tanglung kembali duduk ke posisi asalnya. Kemudian, dengan senyap, dia membuang pendinding di atas batu pencerahan dan mula menyentuh Wanita Bawang menggunakan jarinya dengan malas.
"..." Wanita Bawang.
Selepas melihat Sembilan Tanglung tidak mahu bercakap, Song Shuhang berfikir sejenak dan pergi ke penjuru, mencangkung dan terus membaca buku-bukunya.
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com