'Bahagian muka awak yang mana berseri-seri?!' selepas melihat sami Barat yang memiliki tubuh yang tinggi dan otot yang besar, pengugut itu menelan air liur dan mengutuknya di dalam hati, 'Bahagian yang berseri atas tubuh awak ini hanyalah kepala awak yang botak itu!'
Selepas melihat yang pengugut itu tidak membalas, sami Barat tersebut mengerutkan keningnya. "Encik, mungkinkah awak tidak mahu beri muka kepada saya? Adakah muka sami kasihan ini belum cukup berseri lagi?"
Selepas bercakap sebanyak ini, sami Barat itu pun membuat gerakan memeluk dan berkata, "Sami-sami tidak bercakap bohong, dengan kekuatan tangan saya, saya boleh memeluk sehingga mati walaupun seekor beruang hitam. Encik pun berniat untuk rasakan pelukan beruang saya ke?"
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com