webnovel

Beberapa Tetamu yang Tidak Dijangka

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Oleh itu, Yu Jiaojiao meninggalkan Song Shuhang serta yang lain dan kembali ke Bumi bersendirian dengan niat untuk menangkap pengarang kecil yang comel itu.

Selepas itu, Song Shuhang, Chu Chu dan Li Yinzhu terpelanting dari perahu abadi dan tercampak ke angkasa yang luas dan tidak terbatas... Ya, mereka betul-betul terpelanting!

Beberapa ketika sebelumnya, Chu Chu dan Li Yinzhu masuk ke dalam kapsul kapal angkasa yang kecil. Manakala Song Shuhang memakai sut angkasa yang rumit itu dan mengikat dirinya ke kapsul kapal angkasa, bersiap-sedia untuk keluar dari perahu abadi.

Tetapi ketika itu, Pertapa Ketujuh Dari Hemah Agung Yang Mulia bertanya dengan baik, "Awak semua dah bersedia untuk berangkat?"

Song Shuhang menjawab, "Ya, kami bersedia."

Kultivator Pertapa Ketujuh Dari Hemah Agung Yang Mulia meneruskan, "Awak semua perlukan bantuan?"

Song Shuhang menjawab, "Bantuan? Senior Pertapa Ketujuh Dari Hemah Agung nak hantar kami pergi? Boleh!"

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com