webnovel

Bab 9: Aku?... canggung?

" Mesyuarat pleno 20 minit lagi!" umum Micheal.

Semua mengangguk dan kembali meneruskan tugasan mereka. Aku menyambung semula kerja mengedit gambar-gambar semalam. Semuanya perlu disesuaikan dengan kehendak team produksi. Walaupun agak rencam, tapi itulah kepakaran aku dan aku suka dengan kerja ini.

The heat is on! Itu yang aku rasa setiap kali menghampiri deadline. Rasanya projek kali ini mengambil masa yang sangat lama berbanding yang lain kerana expectation client VIP.

Setelah selesai bermesyuarat, Micheal mengajak semua staff makan tengah hari bersama kerana malam ini kami terpaksa bekerja lewat. Penggambaran yang tertunda semalam akan dibuat pada petang ini dan kebiasaannya akan berlarutan sampai malam-lewat!

"Mika!" Micheal memanggilku.

"..pakaian yang akan digunakan petang ni dah ready?" tanyanya. Aku mengangguk dan menghulurkan fail yang berkaitan. Micheal berpuas hati dengan jawapanku.

"..satu lagi,otw to studio X nanti you drop by Wessex ambil parcel dari client.

Semua perkara berkaitan penggambaran petang ini telah disediakan dengan teliti, dan ini bermakna semuanya akan dapat diselesaikan tanpa halangan. Bekerja bawah Micheal memang penat tapi kerana dia seorang yang berkebolehan, hampir tidak terasa betapa banyaknya job yang ada.

Rasanya dah lama aku tak berjumpa dengan Min dan Fiji. Masing-masing sibuk dengan kerja. Last aku dengar Min terbang ke Phuket atas urusan kerjanya, Fiji pula berada di Kyoto untuk pelancaran restorannya. Ada juga Fiji ajak aku ikut sekali tetapi aku terpaksa menolak kerana on-going projek yang terlalu pack. Aku pula memang sentiasa on-the-go; sentiasa berada di luar kawasan untuk sesi photography.

Berkenaan lelaki itu, boleh dikatakan dah lama tiada berita selepas insiden di Primune Works- agak tenang la hidup aku kiranya. Mungkin dia dah over dengan game yang dia mulakan,jadi dia sudah melupakannya-bagus juga!

Sesi penggambaran hari ini sukses sekali; semuanya mengikut apa yang dirancang. Frame-frame shots yang dihasilkan boleh dikatakan sangat menepati kehendak Micheal,jadi tak banyak sangat editing perlu dibuat. Apabila frame terakhir selesai di edit,aku menghela nafas lega kerana akhirnya aku boleh rehat sebelum next project.

Aku melambai ke arah semua krew sebelum melangkah keluar dari set. Aku betul-betul rindukan katil empuk dan timbunan bantal. Serious aku sangat lelah dan aku hanya nak tidur sepanjang minggu. Sejurus melangkah keluar dari pintu utama bangunan, keadaan sekeliling telah bertukar menjadi malam. Cahaya lampu menerangi malam dan cuaca agak dingin pada malam ini. Aku melhat jam; 8.00 malam. Masih lagi awal berbanding hari-hari yang sebelumnya. Aku bercadang untuk berjalan-jalan sebelum balik ke rumah. Tiba-tiba handphoneku berbunyi; Sze Rei...

Aku hanya melihat skrin handphoneku dan memasukkannya semula dalam poket jaketku. Itulah tindakan yang terbaik untuk waktu ini, fikirku. Aku meneruskan perjalananku sehingga di persimpangan jalan dan menunggu lampu lintasan bertukar. Ramai juga orang yang hendak menyeberang jalan waktu itu. Apabila lampu bertukar menjadi hijau, aku dan penjalan kaki lain mula melintasi jalan bersama. Sedang aku berjalan, tanganku digenggam-aku terkejut, Sze rei berada disebelahku, melintas bersama. Dia terus memegang tanganku sepanjang perjalanan tanpa berkata apa-apa. Raut wajahnya agak serius pada waktu itu. Dia masih tidak berkata apa sewaktu kami menaiki tren. Setelah tren berhenti di station Primula, Sze Rei meminpinku keluar dan membawaku ke Primune Athlete. Suasana kedai masih lagi sibuk, aku sempat melambai pada Angie sambil menurut langkah Sze Rei. Dia membawaku masuk ke pejabatnya dan kemudian menurunkan bidai tingkapnya. Dia melepaskan tanganku dan masih lagi memandangku dengan wajah yang serius. Pelik juga sebenarnya sebab aku tak tahu apa yang sedang berlaku sekarang. Dia marahkan aku ke? Tapi atas dasar apa nak marahkan aku? Pening aku nak fikir apa yang bermain dikepalanya.

Dia kemudian mengambil beberapa langkah menghampiriku dan terus merangkul tubuhku. Dia memelukku erat dan meletakkan kepalanya atas bahuku. Dia seolah-olah melepaskan kekusutan yang ditanggungnya bersama setiap pelukannya.

"Okay! I feel recharged now!" ujarnya sambil melepaskan pelukankannya. Seperti orang hilang akal, dia meluru duduk ke mejanya dan menyambung kerjanya.

'Jap! What the hell just happened?'

Aku masih lagi terpinga-pinga. Aku masih lagi cuba memproses kejadian sebentar tadi dan mula melangkah keluar dari pejabatnya. Belum sempat aku membuka pintu, Sze Rei menghalangku dan menarikku duduk di sofa.

"Let me finish a bit..it won't take long.." ujarnya sambil menyentuh hidungku. Sepertinya aku terpukau, aku hanya mengangguk dan duduk di sofa sambil memerhatikannya. Aku meletakkan beg galasku dan mengeluarkan handphone. Icon Netflix ku ketik dan aku mulai menonton episod drama yang aku ikuti...

'Apa dah jadi dengan watak utama drama tadi..??'

Getus hatiku sambil membuka mata. Bukan tadi aku duduk tengok Netflix ke, tapi kenapa sekarang aku tengah baring? Aku membuka mataku lebih luas dan mendonggak; Sze Rei? Aku berbaring diatas pangkuan Sze Rei! Bila masa?!! Sze Rei mengalihkan fail yang dibacanya dari pandangan tersenyum dan melihatku-kami bertentang mata. Aku cuba untuk bangun, tapi dia menghalangnya dengan menekan dahiku.

"Just baring for a while. Nanti sakit kepala if you force it.." katanya. Aku memang tak menyangkal kata-katanya kerana ianya benar.

Sze Rei menyambung membaca failnya untuk beberapa mint lagi sebelum meletakkannya ke atas meja. Dia mula membuat regangan dengan aku yang masih berbaring atas pangkuannya. Dia nampak begitu letih tetapi tetap mampu melemparkan senyuman apabila dia menyedari yang aku sedang memerhatikannya.

"I know, I kacak kan.." katanya sambil mendekatkan wajahnya ke wajahku. Terlalu hampir jaraknya, terlalu hampir! Jantungku tiba-tiba berdegup kencang dan aku hampir tidak dapat mengawal pernafasanku. Aku cepat-cepat menolak wajahnya dan bangun.

"Hmm.. jom kita makan.." Sze Rei membuat cadangan. Aku hanya mengangguk dan bangun mencapai beg galas. Kami keluar dari pejabatnya-gelap. Maknanya hanya kami berdua yang tinggal disitu. Aku mengikut Sze Rei menuruni tangga escalator. Sesekali dia menyapa security guard yang sedang meronda. Aku tak berapa suka keadaan gelap sebenarnya, jadi aku terus memegang lengan Sze Rei sehingga tiba di parkir kereta.

"Aaa.. I nak drive ni.." Sze Rei bersuara sambil menunjukkan lengannya yang aku peluk.

Aku cepat-cepat melepaskannya. Malu tak terkata bila aku perasan yang aku mengikutnya sehingga ke pintu driver. Aku berlari anak ke passanger seat dan masuk ke dalam kereta dengan cepat.

Selepas makan tengah malam, Sze Rei menghantarku pulang. Dia beredar setelah memastikan aku masuk ke dalam bangunan kediamanku.

Hari ini aku tak bercadang untuk ke pejabat awal. Aku nak meleperkan diri, bersatu dengan tilam,selimut dan bantal sehingga menjadi satu. Selesa dan nyaman bila dapat bermalasan di atas katil-nikmat dunia! Ketika aku mulai hendak lelap semula, kedengaran loceng pintuku dibunyikan. Aku bercadang untuk memperdulikannya, tetapi semakin kerap pula deringannya.

'Tak menyabar betul J&T ni!' jeritku kecil apabila teringat tentang barang yang ada aku pesan online beberapa hari lepas. Mungkin dah sampai barangnya, that's why tak menyabar kurier menekan loceng pintu.

"Sekejap ya!", balas aku sambil berlari anak ke arah pintu.

Aku membuka pintu dan alangkah terkejutnya aku apabila melihat Sze Rei sedang berdiri dihadapanku. Seperti biasa dia menayangkan senyuman nakalnya dan menolakku masuk sebelum dia menutup pintu dibelakangnya.

"Sekejap!!"jeritku.

Kali ini bukan dalam hati tetapi aku menzahirkannya dengan suaraku. Sze Rei segera menghampiriku dan menutup mulutku.

"Shh.. don't show your excitement!" bisiknya perlahan sambil menunjukkan beg plastik yang dibawanya.

Dia menarik tanganku ke meja makan dan meletakkan beg plastik itu di atas meja. Sejurus kemudian meja makan itu di penuhi dengan pelbagai jenis sarapan pagi. Sze Rei memandangku dan menaikkan keningnya dan tersenyum. Memang murah senyuman lelaki ini. Dari depan pintu sampai kini, dia tidak putus melemparkan senyuman.

"Makan?" katanya sambil membuatkan dirinya selesa di meja makan.

Aku tak terkata apa tetapi bergerak ke almari untuk mengambil beberapa pinggan dan cutlery yang lain sebelum duduk bersamanya.

Selepas Sze Rei selesai mencuci pinggan di dapur, aku menghulurkannya secawan kopi yang baru sahaja aku brew tadi. Dia menyambut cawan itu dan menghidu aroma kopi sebelum meneguknya perlahan.

"Emm.. how do you know my unit?" aku mula bertanya sedang Sze Rei menikmati kopinya.

Setahu aku, semalam dia cuma hantar aku di luar bangunan dan aku tak pernah la pulak reveal mana aku tinggal. Rasanya dia adalah antara orang yang tak akan aku bagi maklumat tentang tempat tinggalku- ever!

"With this face and charm, it's easy.." ujarnya sambil mengenyit mata.

'Comel!' tiba-tiba ayat itu keluar dari mulutku.

Sze Rei seperti tidak percaya dengan apa yang dia dengar lalu ketawa kecil. Aduss! Aku terkuat cakap! Sebentar kemudian, dia menuju ke arah sofa dan menepuk-nepuknya; isyarat untuk aku duduk bersama.

" So.. when you are going to marry me?" Sze Rei memandangku.

"..I'm not patient you know.." sambungnya lagi.

Dia meletakkan cawannya di atas meja dan menyilangkan tangannya. Dia seolah-olah menunggu jawapan dari aku. Kenapa dia konfiden benar yang aku akan kahwin dengannya hanya selepas insiden ciuman itu? Aku langsung tak mengenalinya dan tak nak pun berusaha untuk mengenalinya. Kenapa dia terlalu beria-ia? Okay, aku mengaku yang dia memang kacak,handsome dan kaya- a damn good catch, dan mungkin aku ada sikit ada rasa suka dengan setiap pelukan, senyuman atau kelakuan psychonya. Dan betul sepanjang dia tidak menghubungi aku, aku rasa sikit marah dan tertunggu-tunggu. Tapi, aku dan dia bukan item; bukan pun sedang bertemu janji.

Sze Rei memalingkan wajahnya ke arahku dan memandangku. Aku membalas pandangannya. Aku pun tak pasti apa jawapan nak aku berikan padanya.

"You can't force one to like you, you know.." aku bersuara.

" I am not..you're already in love with me.." balasnya sambil menunjukkan tangannya yang sedang aku genggam.

'What the f**k!'

Bila masa aku..!!!

Aku cuba menarik tanganku tetapi sentapannya lagi kuat dari tenagaku, sebentar kemudian aku berada dalam dakapannya-hangat, mesra dan selesa. Kenapa dia seperti telah lama aku kenal? Kenapa dia seperti telah lama aku rindui? Kenapa dia sangat menenangkan? Kenapa dia?

"..ok, i will take that as yes!" ucapnya sambil melepaskan aku dari dakapannya. Dia tersenyum dan menjentik dahiku lalu bangun dari sofa. Dia melangkah menuju ke pintu dan melambaikan tangannya. Selepas itu dia pun hilang dari pandanganku.

Sekali lagi, dia berkelakuan seperti psycho!