webnovel

Bab 10: ...the chase

Kereta merah itu masih mengekorinya dan ia telah berada di belakang kereta Min kira-kira 20 minit sejak dia meninggalkan rumah agam Pirathong. Min tersenyum sinis sambil memutarkan steringnya dan menekan pedal minyaknya garang.

' So, you wanna play aye??' bisik Min sendirian.

Stering keretanya dipegang ketat dan matanya fokus kehadapan. Satu demi satu gear ditariknya sementara kakinya ligat mengawal pedal; accelerator, break dan gear dikawal kemas persis pelumba jalanan. Kereta merah gigih mendapatkan momentum untuk mengejar Min tetapi semuanya sia-sia kerana Min sangat lincah memandu.

Masa yang dihabiskan di litar mahupun di jalanan semuanya telah menjadikan dia seorang pemandu drag yang sangat disegani, dan aksi kejar mengejar amatur ini bukanlah standardnya. Akhirnya kereta merah itu hilang dari pandangan rear mirrornya, dan Min tersenyum puas. Dia meneruskan perjalanannya ke destinasi yang seterusnya- Bangkok.

Cuaca di Kyoto agak mencabar bagi Fiji; 13 darjah celcius, akan tetapi ramai yang telah beratur di luar cafenya. Sejak pengumuman dibuat, Ghoul Cafe Kyoto telah mula menerima banyak tempahan. Boleh dikatakan sepanjang 3 bulan hadapan, semua meja telah di tempah. Fiji memberi isyarat kepada staffnya untuk membuka pintu cafe memandangkan cuasa sangat sejuk di luar. Sejurus pintu dibuka, pelanggannya berpusu-pusu memenuhi kekosongan meja. Para staff Ghoul Cafe Kyoto mula melayan para tetamu dengan senyuman yang hangat.

Fiji hanya memerhati dari ruang kaunter dapurnya dan meneruskan penyediaan masakan. Beberapa sous chefnya juga sedang bersedia untuk menerima tempahan. Semuanya rasa teruja dengan kehadiran Fiji, the coffee prince. Mereka tidak sabar untuk menyaksikan kepantasan Fiji membuat coffee art, tetapi hari ini mereka dapat menyaksikan aksi Fiji di dapur dan ini telah menjadikan semua pelatih teruja.

"Okay..order in!" laung Fiji sambil tersenyum sementara tangannya mula ligat menyediakan hidangan.

Satu persatu bahan digabungkan, dilayurkan dan digoreng bersama tanpa ragu-ragu. Semuanya ibarat satu konserto di dalam kuali; harmoni. Kepuasan menyediakan hidangan dan melihat senyuman yang terbit di muka pelanggannya adalah kepuasan bagi Fiji kerana dia faham erti lapar dan kelaparan. Selepas itu, Fiji bergerak ke kaunter hadapan bersebelahan dengan barista yang sedang menyediakan pesanan kopi.

"Let's do magic baby.." bisiknya kepada gadis cashier yang dari tadi melihatnya.

Gadis itu tersipu malu dan menundukkan kepalanya. Pipi kemerahannya jelas kelihatan menjadikannya semakin malu untuk melihat Fiji yang masih berada disebelahnya. Suasana kafe bertambah menarik apabila salah seorang staffnya memainkan piano. Para tetamu memberikan tepukan gemuruh setelah lagu dimainkan berakhir.

"Semuanya telah lengkap tuan. Kita akan berlepas balik tengah hari ini." terang Millie kepada Min yang sedang melihat pemandangan ibukota Bangkok.

Min mengangguk dan bergerak menuju keluar dari bilik suitenya. Millie hanya mengikutnya dari belakang bersama pembantu yang lain. Seskali Millie akan memeriksa jadual terkini di tabletnya. Dia tidak mahu Min terlepas dengan apa-apa maklumat sepanjang business tripnya ini. Selepas melangkah keluar dari lif, Millie mengiringi Min duduk di sofa lobby sebelum dia beredar menguruskan hal-hal penginapan majikannya. Min duduk di sofa dan mengeluarkan handphonenya. Tiba-tiba dia terasa seperti kepalanya diketuk kuat dengan benda yang keras dan dia kemudian hialng kesedaran.

Min cuba membuka matanya apabila lenanya terganggu dengan perbualan kuat oleh suara-suara yang dia tidak kenali. Malangnya, dia tidak dapat melihat kerana matanya telah ditutup. Mulutnya dan tangannya juga diikat. Min percaya dia berada dalam sebuah kenderaan bergerak kerana dia berasa badannya bergegar. Min cuba bertenang dan mula memberi fokus kepada apa yang didengari; bunyi hon, geseran tayar, suara orang,semuanya diberi perhatian. Pada waktu yang sama, dia juga cuba untuk melonggarkan ikatan ditangannya secara senyap.

Keadaannya yang sedang berbaring mengiring digunakan dengan baik. Para penculiknya masih tidak tahu yang MIn telah terjaga dari pengsan dan dia sedang berusaha untuk meyelamatkan dirinya.

"Okay, tangan lepas.." ucapnya sendirian sambil membuka ikatan matanya. Perlahan-lahan ikatan mulut dan kakinya dibuka pantas. Kemudian satu tetakan dan tumbukan padu mengena salah seorang penculiknya yang sedang leka bersembang. Yang lain turut terkejut dan masing-masing cuba untuk menangkap Min semula. Keadaan van itu menjadi tidak stabil dan bergoyang-goyang. Dalam pergelutan itu, tidak semena-menanya, pintu belakang van terbuka dan Min mengambil keputusan untuk melompat keluar. Expectationnya, dia boleh jatuh dan bangun seperti dalam filem. Tetapi realitynya, Min jatuh menyembam di atas jalan tar. Min bungkas bangun dan melarikan diri di dalam semak yang berhampiran. Van buruk yang bergerak laju itu berhenti di bahu jalan dan 2 orang lelaki berbadan sado keluar mengejar Min.

Semakin Min berlari semakin perit kakinya terasa, darah merah masih mengalir dari darinya dan menghalang penglihatannya. Min menahan semua kesakitan dan dia sempat menganalisis kecederaannya; betis koyak, bahu kanan dislocate, 2 jari kanan patah, kulit muka tergores, bibir pecah dan 1 rusuk patah. Apa yang pasti dia harus melarikan diri dan bersembunyi untuk selamat. Nafas Min semakin kencang, sesekali dia mengusap lelehan darah dari dahinya masuk ke dalam mata. Sambil dia berlari, dia menoleh ke belakang untuk memastikan tiada kesan ketara di tinggalkan. 2 orang penculiknya masing lagi mengejarnya, mereka mengeluarkan senjata api dan menembak ke udara sebagai amaran untuk menakutkan Min. Min tidak terkesan dengan tembakan itu, malah terus melarikan diri sehingga tiba sebuah gaung- jalan mati!

Min terus memandang sekeliling untuk mencari perlindungan. Semuanya tidak membantunya pada waktu itu, jalan terakhir ialah untuk terjun ke bawah. Min tiada pilihan dan akhirnya dia terpaksa terjun ke dalam gaung itu apabila 2 orang penculik itu berjaya mengejarnya. Mereka melepaskan tembakan tepat ke arah Min sebelum Min jatuh ke dalam gaung.

Tubuh Min terhempas jatuh ke dasar gaung;motionless and lifeless. Penculik-penculik itu melepaskan lagi tembakan ke arah Min untuk memastikan keadaannya. Tiada pergerakan, maknanya telah mati. Oleh kerana tidak percaya dengan keadaan Min, mereka menuruni gaung itu untuk mendapatkan kepastian. Mungkin mereka banyak tengok drama atau filem yang orang terjatuh biasanya akan bangun semula, jadi mereka mahukan kesahihan. Salah seorang penculik menendang tubuh Min;tiada pergerakan. Setelah berpuas hati, mereka mengambil foto dan memanjat semula ke atas dan meninggalkan Min di situ.

"Cepat! Angkat dia dari situ!" sayup-sayup kedengaran suara memberi arahan.

Salakan anjing dan cahaya terang memancar bertebaran di sekitar kawasan semak itu. Hujan renyai-renyai mulai turun membasahi denai laluan, namun salakan anjing masih lagi kedengaran. Sesuk tubuh dibawa naik dari bawah gaung bersama titisan hujan malam itu.

Tiba-tiba cawan yang dipegangnya pecah. Fiji terkejut dan meninggalkan kaunter. Dia berlari ke luar kafe dan segera mendail nombor Millie. Sambil menunggu Millie menjawab panggilan, Fiji memberhentikan sebuah teksi.

"Kuko made onegaishimasu!" arah Fiji kepada pemandu teksi itu.

" Bumrungrad Hospital" balas Millie ringkas.

Fiji mematikan panggilan dan dia baru tersedar yang tangannya sedang berdarah. Dia membuka bandananya dan mengikat luka ditangannya. Perjalanan menuju kelapangan terbang masih lagi jauh, jadi dia mengambil keputusan untuk memaklumkan managernya untuk menguruskan urusannya di Kyoto.