webnovel

Bab 20: Anjing…?!

"…ini ke?"tanya Sze Rei pada Doktor LeRue sambil menjilat darah di buku limanya.

Keadaan Sze Rei tak ubah seperti binatang liar mengepung mangsanya; dia berpusing-pusing sekeliling tubuh yang hampir tak bermaya penyerang Doktor LeRue. Sesekali dia menyingai menunjukkan gigi taringnya sambil tersenyum puas.

Berita Doktor LeRue diserang telah menyebabkan dia menggila sehinggakan semua geng underground diserkahnya demi mencari pelaku yang mencederakan darah dagingnya. Detektif Ryzal tak mampu menghalang tindakan Sze Rei apatah lagi apabila 'The Doctor' ada bersama. Tak lama kemudian, Sze Rei mengheret tubuh itu ke arah Doktor LeRue dan mencampakkannya ke hadapan abangnya. Dia tunduk mencangkung dan sedang bersedia untuk menambah lagi pukulan dengan senyumannya.

"Dah…" arah Doktor LeRue lembut.

Dia menepuk bahu Detektif Ryzal sebelum menghulurkan sapu tangan pada Sze Rei.

" He is no longer useful if he is dead.." sambungnya sambil mengangkat kepala mangsa amukan Sze Rei dan memeriksa tubuh yang longlai itu bagi memastikan ianya masih bernyawa sebelum tiba giliran Detektif Ryzal pula untuk menyambung apa yang telah ditinggalkan oleh Sze Rei. 

"Coming?"tanya Detektif Ryzal.

Doktor LeRue mengangkat keningnya dan mengikutinya. Dia sempat memeriksa keadaan Sze Rei yang sedang tekun melihat handphonenya. Kini alter egonya sudah semakin kerap muncul dari biasa.'Anjing gila' gelar Detektif Ryzal kepada alter ego Sze Rei setiap kali naluri liarnya mengambil alih. Sukar untuk menggambarkan paras model itu tak ubah seperti seorang psikopat.

" go..I'll clean up here…" kata Doktor LeRue pada Sze Rei. Dia mengangguk dan pergi meninggalkan abangnya.

".. call them.." arah Doktor LeRue pada Detektif Ryzal.

*************************************************************************************** 

Kekunci Macbooknya ditekan laju; entah berapa patah perkataan ditekannya dalam seminit. Kalau laju lagi, mahu berasap papan kekunci dikerjakan Fiji. Min menepuk bahu Fiji sambil menghulurkan secangkir kopi. Melihat mugnya tidak disambut, dia meletakkannya di sebelah Macbooknya. Jari jemari Fiji masih lagi tidak henti menekan papan kekuncinya. Akhirnya bunyi kekunci berhenti dan Fiji merebahkan dirinya di atas sofa bersebelahan Min. Dia menunjukkan jemarinya yang kejung pada Min sebelum memberi isyarat kepadanya untuk melihat screen Macbooknya. 

"…tembus?!" Min seperti tidak percaya apabila dia melihat screen.

Fiji telah berjaya membolosi security pangkalan data syarikat Pitrathong dan kini sedang mengekstrak maklumat sindikit gelapnya secara halimunan;bukti dan maklumat yang dia perlukan sedang berada dalam genggamannya. Dokumen encrypt dibuka satu persatu dan semua salahlakunya semakin jelas terbukti. Min menghela nafas panjang dan menutup matanya.Fikirannya kini tertumpu kepada satu perkara yang pasti iaitu pembalasan. Kemudian telefon Fiji berdering. 

'The Doctor'

Begitulah paparan yang tertera. Fiji memandang Min dan kemudian loud speaker diaktifkan.

**************************************************************************************

Troli yang masih lagi kosong ditolak malas sepanjang rak-rak makanan tin. Sesekali dia membelek-belek tin makanan yang ada tetapi diletakkan semula.Dia sendiri pun tak tahu apa yang hendak dibeli atau apa yang hendak dimakan nanti. Kalau tak kerana petinya dah kosong, Mika memang tidak mahu keluar membeli keperluan. Troli masih lagi ditolak dan tiba-tiba belakangnya ditindih, terasa seperti benda tajam menusuknya. Mika tergamam dan tidak bergerak.

"Kalau cuba menjerit atau lakukan sesuatu,pisau ini tidak akan teragak-agak merobek saraf tunjang kau!"ugut suara itu. 

 Mika tidak mempunyai pilihan selain mendengar arahan assulternya itu. Mereka berjalan keluar dari mini mart untuk menuju ke arah sebuah lorong kecil dan sempit. Mika tedapat berpaling untuk melihat siapa yang sedang mengacukan pisau, puas juga dia menjeling dari hujung matanya tetapi assulternya cekap menyembunyikan diri dari dilihat dan pada saat itu jugalah Fiji tiba-tiba muncul. Assulter Mika cepat-cepat melarikan diri bila melihat kelibat Fiji yang menuju ke arah Mika. Mika menghelakan nafas lega sambil berpaut pada Fiji ketika dia sampai dihadapannya. Fiji kebingungan dengan tindakan Mika.Setelah Mika bercerita barulah dia faham tetapi ianya telah terlambat untuk mengejar individu itu. Laporan bertulis itu dibaca sekali lagi dan setelah berpuas hati, Mika menyerahkan laporan itu kepada pegawai bertugas. Walaupun ianya satu langkah kecil, tetapi ianya jauh lebih baik dari tiada sebarang tindakan. Mika tidak dapat melelapkan matanya malam itu. Menyesal juga bila dia juga yang menghalau Fiji dari bermalam di rumahnya. Sebelum Fiji pergi, dia berulangkali memeriksa setiap tingkap,ruang udara dan semua tempat yang dia rasa boleh dicerobohi. Setelah dia puas hati barulah dia meninggalkan Mika. Mika cuba melelapkan matanya semula untuk berehat, tiada apa faedah akan dapat kalau dia tidak mengumpulkan tenaganya.

***************************************************************************************

 Pintu penthousenya ditutup malas sebelum dia berbaring di atas sofa. Dia menghela nafas panjang dan cuba melelapkan matanya. Tak lama kemudian dia tenggelam dalam mimpi. Lenanya terhenti apabila pintu dibuka tetapi dia enggan bangun. Daun pintu diselak dan dia hanya mendongak melihat siapa yang masuk.

" Okairi.." katanya malas kepada Malique.

Malique hanya tersenyum.

"Tadaima.." balas Malique dan sebentar kemudian keduanya berhimpit bersama diatas sofa.

Perjalanan pulangnya amat memenatkan dan persinggahan yang terhampir berbanding dengan rumah adalah Primune ;antara privillage yang dinikmati bila pemilik bangunan adalah boss sendiri. Malique tidak menyangka akan bertembung dengan Sze Rei di penthouse bangunan itu; cadangnya dia hendak memberi kejutan tetapi ia berlaku sebaliknya. Tak kisahlah, sebab waktu ini jetleg telah menguasai anatomi badannya dan dia perlu tidur untuk menjadi waras semula.

Bunyi alarm yang membingitkan menyebabkan Sze Rei terjaga. Di atas hamparan, Malique sedang nyenyak tidur nyenyak; entah bila masa dia sempat membentangkan toto untuk tidur dengan selesa. Telefon Malique dicapai dan alarmnya dimatikan. Dia kemudian mencapai telefonnya; 5 miscall,3 pesanan suara dan semuanya tidak didengari. Setelah mendengar semua pesanan suara, dia bangun mencapai kunci motornya. Sebentar kemudian dia berada di atas jalanraya yang lengang itu dengan kelajuan 120kmj memecut kesunyian. 

Loceng pintu ditekan berulangkali sehingga daun pintu dibuka. Sze Rei mengenyitkan matanya sebelum menjemput dirinya masuk.Dia kemudian mengamati Mika dari hujung rambut hingga ke kakinya dan memeriksa setiap bahagian tubuh wanita kecil itu. Setelah berpuas hati barulah dia menguntumkan senyuman kepada Mika dan tiba-tiba air mata Mika mula mengalir. 

"…maaf,saya lambat.."ucap Sze Rei sambil mengusap rambut Mika.

Mika tidak teragak-agak melepaskannya air matanya kepada lelaki di hadapannya ini dan memeluknya erat.Dia tidak sanggup berbuat demikian dihadapan Fiji kerana dia tak mahu Fiji risau. Mungkin timing Sze Rei tepat pada waktunya dan entah kenapa lelaki ini selalu berada disisinya pada saat-saat yang tidak disangka. Sze Rei membiarkan Mika dalam pelukannya.

Setelah Mika dapat bertenang, dia cuba melepaskan dirinya dari pelukan Sze Rei perlahan.

" I'm okay.." katanya sambil mengesat air mata. 

Sze Rei mengangguk dan tersenyum tetapi masih memeluk Mika. 

" Now, get some sleep. I'll be here.." Sze Rei menunjukan waktu di jamnya;3.30 pagi.

Mika mengangguk dan bangun masuk ke biliknya.Sebentar kemudian dia keluar bersama sehelai selimut dan bantal untuk Sze Rei tetapi Sze Rei telah pun tertidur di sofa berbantalkan lengannya. Mika dengan perlahan menyelimutkan Sze Rei. Dia memandang wajah Sze Rei yang sedang tidur; kacak, sangat kacak walaupun sedang tidur. Dia mengusik helaian-helaian anak rambut yang jatuh di dahinya sambil tersenyum. Mika kemudian meninggalkan Sze Rei dan kembali ke biliknya. Kali ini dia tidak berasa takut atau resah tetapi gembira. Daun pintu biliknya di biarkan renggang supaya dia dapat melihat Sze Rei sambil berbaring di atas katilnya. Dia memerhatikannya sehingga dia terlelap.

"Mika…Mika…" 

Sayup-sayup suara itu memanggil Mika berulang kali.

" Hmmm…"

Mika hanya mengangkat kepalanya malas tanpa membuka matanya. Dia masih tidak mahu beranjak dari tilam empuknya. Perlahan Sze Rei menarik selimut yang menutupi Mika.

"..we have to go..." arah Sze Rei dingin.

Mika membuka mata kebingungan. Matanya terpaku pada wajah Sze Rei yang sedikit tidak terurus. Sze Rei menghulurkan hoodie dan membantunya bangun. Tangannya digenggam;perlahan pintu bilik dibuka dan Mika terkejut dengan apa yang dilihatnya; semuanya berselerak dan disudut sofa, sesusuk tubuh berlumuran darah terduduk kaku dengan tangan dan kakinya diikat. Mika mengangkat tangannya yang digenggam Sze Rei;kesan darah ada padanya. Mika menahan dirinya dari menjerit dengan menutup mulutnya. Setelah berada jauh dari unitnya, Mika menarik tangan Sze Rei untuk berhenti. Sze Rei tersengih akur. Matanya meliar melihat sekeliling tak ubah seperti anjing gila; raut wajah tenangnya berubah serta merta, bibirnya tidak lekang dengan senyuman yang menampakkan gigi taring tajamnya: dingin,kejam dan menakutkan dan aturan nafasnya kencang seperti teruja.Mika berasa takut dengan perubahan Sze Rei tetapi dia tidak mahu lari darinya. Perlahan, Mika merapatkan dirinya kepada Sze Rei dan memeluknya. Denyutan jantung kencang Sze Rei beransur menjadi perlahan bersama nafasnya. Keadaan waktu itu tidak ubah seperti seekor haiwan pemangsa yang ganas tanpa pemikiran. Akhirnya, Sze Rei menghela nafasnya. Dia meleraikan pelukan Mika dan membawanya menuruni tangga kecemasan untuk keluar dari unit apartmentnya dan sebentar kemudian mereka meluncur laju.

   Accelaratornya ditekan dan motornya menderam kuat. Mika memeluk Sze Rei ketat; dia betul-betul memecut laju dan entah berapa AES dipintasnya serta saman yang bakal diperolehinya nanti.