webnovel

Bab 19: Oh?!

Seperti biasa, Mika akan tenggelam dengan pelbagai kerja di studio setelah dua bulan mereput di hospital untuk proses rehabilitasi. Segala kerja pemilihan, editting, susun atur ,layout gambar dan negotiates fees and rights agreements;perlu dikejar sebelum dateline. Tak cukup dengan itu, editorial decisions untuk pengiklanan juga perlu diselesaikan dengan segera. Micheal telah dihalau balik oleh Mika setelah beberapa hari dia tidak pulang.

'tak guna punya accident!'; bebel Mika sambil tangannya pantas menekan keyboard.

Helaian dokumen diselak berkali-kali dan gambar-gambar photo shoot disemak entah untuk ke berapa kalinya. Bungkusan Mamee bersepah di merata tempat kerjanya dan kalau tak halang mungkin dia juga akan jadi next maskot untuk kilang Mamee. Tiba-tiba kekunci pintunya seperti terbuka dan Fiji menjengahnya sambil mengenyit matanya. 

"..jom makan!!" pinta Fiji sambil menyumbat mulut Mika sekeping pisang goreng. Mika meluahkan semula pisang goreng itu kerana mulutnya lecur.

"..tcks,panas la!" jerit Mika. Fiji ketawa kecil dan meniup pisang yang diluahkan Mika.

"Nah.."

Mika menghulurkan mug berisi kopi dan Fiji berhenti memusing-musingkan kerusi yang diduduknya. Perlahan-lahan dia menghirup kopi hangat itu sebelum memandang Mika.

**************************************************************************************

" Nampaknya kita terpaksa memburu lagi." ujar Pitrathong ke arah lelaki yang berselindung di sebalik bayangan langsir pejabat. Sebentar kemudian lelaki itu menghilang dari pandangan apabila pintu pejabat dibuka. 

"Mesyuarat lembaga pengarah tak lama lagi tuan." maklum Setiausaha Pratt. 

Pitrathong mengangguk sambl membetulkan suitnya. Kedua-dua lelaki pertengahan umur itu keluar serentak dari pejabat dan menuju ke bilik mesyuarat. Apabila Pitrathong melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat, matanya terbeliak apabila melihat kelibat Min disalah satu kerusi persidangan. Pandangannya cepat-cepat diredupkan supaya tidak kelihatan ketara kerana dia telah pun tahu Min berpura-pura hilang ingatan sejak insiden kebakaran di restoran Fiji.

" Sebelum kita mualakan mesyuarat, tuan Pitrathong ada pengumam" Setiausaha Pratt memaklumkan semua ahli mesyuarat.

Semua ahli mensyuarat mula berbisik kehairanan menjadikan bilik mesyuarat itu sedikit bising. 

"Sebagai pemangku pengarah, saya ingin memperkenalkan Vitthamin Pracharawratt, anak buah saya."

Min tergamam dan memandang tepat ke arah Pitrathong. Bilik mesyuarat menjadi riuh seketika sebelum Setiausaha Pratt bersuara.

"En Vitthamin Pracharawatt adalah anak buah Tuan Pitrathong yang telah hilang sepuluh tahun lalu dan pihak syarikat baru dapat maklumat yang sah bahawa dia adalah anak kepada abang Tuan Pitrathong. Dan kebetulan juga dia adalah salah satu daripada syarikat yang sedang kita bekerjasama. " sambungnya sambil beberapa pembantu memberikan dokumen keputusan DNA bukti hujahnya.

Pitrthong kemudian melemparkan senyum sinis ke arah Min. Untuk tidak menunjukkan sebarang curiga, Min bangun dan tunduk hormat kepada semua ahli mesyuarat. 

'Play along' getus hatinya. 

Selepas mesyuarat lembaga berakhir, Setiausaha Pratt membawa Min bertemu dengan Pitrathong. Min ditinggalkan sebaik sahaja mereka tiba di pejabat Pitrathong. 

"Terkejut nampaknya Vitthamin. Kamu ingat aku tak tahu?" Pitrathong bersuara sambil mengetuk kelima-lima jarinya di meja mahagonynya.

Min tidak bersuara tetapi hanya memandang tepat ke arah Pitrathong. 

"Nampaknya nyawa kamu masih lagi bersambung selepas kejadian di gaung ye..aku bagi kredit untuk itu. Tapi mari kita tengok sejauh mana permainan ni akan berterusan?" sambungnya seperti sedikit mengugut.

Kali ini Min menguntumkan senyuman sebelum berlalu keluar dari pejabat Pitrathong. Itu sudah cukup menjadikan Pitrathong marah.

****************************************************************************************

Mug diletakkan semula di atas meja dan dia menarik semula fail yang dibacanya. Bayangan mimpi yang selalu dialaminya tampak lebih jelas membuktikan yang dia tak gila atau paranoid. Mimpi ngerinya itu adalah fragments of the real thing. Cuma dia bingung kenapa dia tidak mampu untuk mengingatinya. Sebentar kemudian, screen video call ditutup dan dia mencapai jaket di sofa dan dia bergegas keluar.Dia perlu mencarinya segera-sekarang walau apa pun.

Accelerator ditekan lagi supaya cepat tiba, dia perlu segera untuk sampai; hanya itu yang difikirkan. Apabila pintu lif terbuka, kelibatnya disambut mesra oleh semua yang ada di dalam studio. Micheal memberi isyarat kepadanya agar menuju terus ke biilik persalinan. Dia mengangguk tetapi dia melencong ke arah meja suntingan dan susuk tubuh yang dia cari ada di sana; sedang khusyuk dengan mata terpaku di kaca screen. Dia menguntumkan senyuman dan menongkatkan dagunya dia atas kepala Mika.

" Eehhh?!" protes Mika sambil menyiku entah siapa yang memberatkan kepalanya sambil mendongak.

Mata mereka bertentang dan Mika tergamam apabila wajah Sze Rei betul-betul di atasnya. Dahi Mika dikucup dan Mika cepat-cepat menutup mukanya malu. Sze Rei tersenyum dan menuju ke bilik persediaan sebelum beredar ke ruangan set fotografi.

Micheal menghulurkan beberapa naskah majalah sebagai reference shot yang perlu dibuatnya untuk product promo. Sejak Sze Rei membuat kemunculan semula untuk iklan jenamanya, banyak syarikat pengiklanan telah menghubunginya. Tetapi Sze Rei hanya akan menerima tawaran sekiranya studio Micheal yang mengambil kesemua photoshotnya. Ini bukan kerana Mika tetapi dia hanya akan bekerja dengan staff yang dia selesa dan tambahan pula dia sangat berpuas hati dengan kerja Micheal; elegant , simple and smart.

"…hmm.." balasnya sambil tersenyum. 

Micheal menganggukkan kepalanya sebelum mengukir senyuman. Lelaki bila bercakap memang tak banyak kosa kata tetapi semuanya pasti difahami sesama mereka.

Selesai sesi photoshot,Micheal ketawa puas apabila semua take berjalan lancar dan wakil syarikat pengiklanan X juga turut kagum dengan hasil hari itu. Bukan setakat itu, Sze Rei juga telah berjaya menjadikan semua model nampak hebat dengan aura professionalnya.

Di suatu sudut, Mika kelihatan sedang dikelilingi oleh beberapa orang model lelaki. Semuanya menunjukkan minat terhadap Mika. Mana taknya, dengan berbekalkan ketinggian 5 kaki 6 inci, berkulit mulus, raut wajah comel seperti anak patung, sepasang mata bulat dan redup, serta lesung pipit yang menggoda setiap kali tersenyum menyebabkan ramai ingin bersamanya. Wajah Sze Rei berubah dan dia beredar ke bilik persalinan. Mika ternampak kelibat Sze Rei dan menamatkan perbualannya sebelum menyusur laju mengejarnya. Apabila dia masuk ke dalam bilik persalinan, pintu di belakangnya ditutup dan tubuhnya di tolak ke pintu. Wajah Sze Rei sangat serius pada waktu itu. Dia tidak bersuara tetapi hanya memandang Mika. Selepas menghela nafas berbaur marah, dia berpusing menuju ke sofa. Mika cepat-cepat menarik tangan Sze Rei dan itu membuatkan dia berpaling.

Perkara yang tidak disangka berlaku apabila Mika memeluknya erat seperti seolah-olahnya faham yang sebenarnya Sze Rei cemburu. Tak lama kemudian Mika menolak Sze Rei dan dia berpusing sambil menutup mukanya. Perbuatan comelnya itu membuatkan Sze Rei ketawa kecil. Dia menghampiri Mika dan melabuhkan kepalanya ke bahu Mika.

"Thank you.." bisik Sze Rei lega.

Muka Sze Rei dilap perlahan untuk membersihkan sisa-sisa make-up. Mika berhati-hati mengelap muka Sze Rei kerana yelah takut kalau-kalau muka yang berharga puluhan ribu ini rosak dengan sentuhan tak profesionalnya. Sze Rei insist untuk Mika membersihkan riasnya,katanya ianya adalah hukuman kerana membuatkan dia cemburu tadi. Tangan Mika terhenti apabila dia tersentuh bahagian parut Sze Rei kerana dia risau akan menyebabkan kesakitan. 

"It's okay,ia tak sakit lagi dah sekarang.." kata Sze Rei sambil mengambil jari Mika untuk menyentuh parutnya sebelum menciumnya.

"...mmacam mana parut ni ada?" tanya Mika.

Sze Rei tersenyum dan menarik Mika duduk di atas pangkuannya. Mika terkejut tetapi tidak menolak walaupun jantungnya hampir meletup dan telinganya berubah menjadi panas waktu itu.

"...peristiwa ngeri malam sebelum tahun baharu masa I berumur 9 tahun. Keluarga I sepatutnya menghadiri jamuan makan malam tahun baharu di rumah teman mereka waktu itu terlibat dengan kemalangan kecil sewaktu dalam perjalanan.Kebetulan I dan LeRue sudah pun berada di rumah teman mereka. Mereka ada anak perempuan yang comel berumur 5 tahun dan dia suka mengikut ke mana I dan LeRue pergi." Sze Rei memulakan ceritanya.

"Kemudian, pasangan itu dibunuh kejam semasa dentuman bunga api tahun baru bermula. LeRue dan I berusaha untuk menyelamatkan budak perempuan itu tetapi akhirnya kami kehilangannya. Pada waktu itulah, LeRue hilang sebelah kakinya dan I dicederakan kejam.." sambung Sze Rei.

Terlopong Mika mendengar cerita Sze Rei. Dia menekup mulutnya dan air matanya tak henti mengalir. Sze Rei mengusap air mata Mika dan tersenyum.

"..tapi, I dah jumpa budak perempuan tu..dia membesar dengan baik.." tambah Sze Rei sambil memandang Mika lembut.

Mika kembali ceria dan menguntumkan senyuman sambil mengesat air matanya.

"..dia ingat lagi pada Doktor LeRue dan you?" tanya Mika.

Sze Rei hanya menggelengkan kepalanya. Mika membuntangkan matanya.

"Ehhhh??!! Kenapa dia tak ingat?" tanyanya lagi.

"...mungkin belum masanya untuk dia ingat dan I tak nak paksa untuk dia ingat peristiwa ngeri tu..when the time is right, she will remember it..until then I will be there for her.." balas Sze Rei.

"..hope you don't mind yang I ada perempuan lain selain you.."tambah Sze Rei

"..ehh...aa?!!" Mika terkejut dengan ayat Sze Rei. Dia beria-ia menunjukkan isyarat 'tidak'pada Sze Rei dan itu membuatkannya tak henti ketawa.

"..er..rasanya dah lama kita dalam ni, kita keluar sebelum semua perasan I hilang.." Mika bersuara sambil cuba untuk bangun dari pangkuan Sze Rei.

Sze Rei mengangguk dan membantu Mika bangun. Pintu bilik persalinan dibuka dan Sze Rei menarik Mika keluar bersamanya. Tangan Mika digenggam erat sehingga ke ruangan set fotografi dan sebelum melepaskan genggamnya dia menoleh dan menguntumkan senyuman kepada Mika. Mika berdiri dimana dia ditinggalkan dan memerhati Sze Rei yang mula blend in bersama Micheal, Steven dan beberapa model untuk menyapa perwakilan dari Syarikat X. Gayanya dari seorang model profesional berubah menjadi seorang ahli perniagaan apabila terma dan hal berkaitan perniagaan menjadi topik perbualan. Mika meninggalkan Sze Rei ketika dia leka berbual dan menuju ke meja editting untuk membuat finalize foto-foto yang telah siap sebelum diserahkan kepada client mereka.

****************************************************************************************

Doktor LeRue cuba untuk bangun semula tanpa kaki prostetiknya telah dimusnahkan. Dia mengesat darah yang mengalir dari dahinya dan meludah sisa darah mulutnya. Ternyata penyerangnya tahu akan kelemahannya dan tidak teragak-agak untuk mencederakan atau mungkin membunuhnya. Doktor LeRue menstabilkan kedudukannya walaupun terpaksa berpaut pada railing besi disebelahnya.

"Ini amaran doktor! Lain kali mungkin tidak ada besi untuk dipaut!" kata penyerangnya sebelum menerjahnya dan melepaskan satu hentaman kuat ke kepalanya.

Doktor LeRue sempat mempertahankan kepalanya tetapi kemudian jatuh sebelum dia samar-samar kedengaran suara memanggilnya. Kemudian matanya menjadi kabur.

"Fiji!" arah Min yang sedang memangku Doktor LeRue.

Fiji faham dan mula mengejar pelaku yang telah mencederakan Doktor LeRue. Sebenarnya, Min telah dapat menjangka yang Doktor LeRue akan diserang apabila dia mula mengekori 'anjing' suruhan Pitrathong. Kejadian di hospital tempoh hari telah mencetus pergelutan hari ini dan mujur, Fiji ada bersamanya. Fiji bukan setakat penulis tetapi dia juga merupakan seorang pakar seni mempertahankan diri jujitsu. Dalam erti kata lain; Min is the brain and Fiji is the brawl.

"Dia terlepas but I get to bugged him.." kata Fiji tercungap-cungap sambil mengesat darah dibibirnya.

Nampaknya dia melawan dan Fiji dapat mencederakannya;satu peluang, fikir Min sambil memapah Doktor LeRue ke kereta. Sesampai dirumah, Fiji mula luka-luka Doktor LeRue. Doktor LeRue sementara Min cuba menghubungi Mika. Kali ini Pitrathong mula bertindak keras dan keselamatan Mika amat dikhuatirinya. Dia kemudian meletakkan handphonenya dan memandang Fiji.

"She's at work..she'll be fine there.." kata Min kepada Fiji.

" Sze Rei?" tanya Fiji dan Min mengangguk.

Seketika kemudian Doktor LeRue menjerit kesakitan apabila Fiji menekan pendarahannya sebelum tersedar. Dia memandang sekitarnyat dan kembali bertenang apabila dia nampak Min dan Fiji.

"Damn it! " getusnya sambil ketawa kecil apabila tersedar yang kini dia dirawat dan bukan merawat.

Min dan Fiji juga turut tertawa dengan keadaan yang pelik itu. Selepas Fiji selesai mengenakan balutan yang terakhir, Doktor LeRue membetulkan posisi kedudukannya. Dia melihat keadaan kecederaan dan dressingnya dan mengangguk tanda puas hati.

" Not bad for a cook.."pujinya pada Fiji.

"With Min around, I had to take extra credits in medic ..he is the injured type.." balas Fiji sambil melemparkan gauze ke arah Min.

Dia kemudian menuju ke dapur dan mula menyediakan sesuatu untuk menenangkan hati dan jiwa masing-masing. Agak-agak dalam setengah jam, dia membawa manisan barli;Talbina untuk semua. Doktor LeRue menyuap sesudu talbina ke mulutnya dan seperti namanya, dia berasa sedikit lapang dan tenang.

"Okay spill...what happen just now?" tanya Min kepada Doktor LeRue.

Dia mula menceritakan apa yang berlaku kepada Min. Nampaknya, siapa yang terlibat dengan Min,Fiji atau Mika akan dianggap sebagai gangguan dan akan dihapuskan.

"Nampaknya Pitrathong dah dapat baca apa yang kita tangah buat.."kata Fiji.

"Dia dah mula lepaskan 'anjing' pemburunya untuk hapuskan gangguan." sambungnya.

"...pembunuhan datuk dan kemalangan, semuanya dirancang...bukti yang ada belum cukup untuk bawa dia ke muka keadilan..." tambah Min. 

"..ada satu lagi yang belum kita dapat..Mika" celah Fiji.

Doktor LeRue tercengang tidak faham akan maksud Fiji.

"Why?" tanyanya.

" Semuanya berkait dengan Mika doc..the key of all mystery" jelas Fiji.

"She wasn't alone ..she had family before an incident took them away.. I heard ada 2 lagi survivor,tapi seorang cedera parah..tu je yang I dapat.." sambungnya.

Doktor LeRue menelan air liurnya dan jantungnya berdegup kencang.

"Si..siapa 2 survivors tu?" tanyanya.

" Katanya 2 orang budak lelaki dari keluaraga Wu..Which Wu, I don't know.." kata Fiji.

Doktor LeRue tunduk sebelum meneruskan kata-katanya.

" Wu Sze Rei dan abangnya Lei LeRue..2 survivors.."

Min dan Fiji tergamam. Suasana pada waktu itu menjadi sunyi seketika dan tak lama kemudian Doktor LeRue mula menitikkan air matanya. Dia tak tahu untuk berasa lega atau marah atau bersyukur; semuanya ada pada waktu itu. Mika adalah budak perempuan yang dia hilang sewaktu peristiwa ngeri itu selamat dan membesar dengan baik. Sebaik sahaja dia dapat mengawal emosinya , Doktor LeRue menceritakan apa yang telah berlaku kepada Min dan Fiji.