webnovel

Wira Menyelamatkan Gadis Cantik?

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Hutan Thousand Leaves.

Keadaan hutan pada waktu malam sangat tenang. Sinaran rembulan menyinari atas pokok membentuk banyak bayang. Tiada siapa yang tahu apa yang bersembunyi di sebalik bayang itu.

Tetapi ketenangan ini tidak rasa seperti kosong. Seluruh hutan seperti dalam keadaan harmoni.

Jika Marvin ialah druid, dia boleh mengumpul lebih banyak maklumat dari hutan dan juga setiap pokok yang melihat.

Hutan juga merupakan kawasan kegemaran bagi renjer. Dia dapat rasa trankuiliti di tempat ini.

Satu kuasa yang hebat melindungi kawasan ini.

Sebelum kematian Anthony, semua orang rasa aman kerana Mata Mentari Terang memerhatikan kawasan Pantai Timur siang dan malam tanpa henti.

Di dalam Hutan Thousand Leave, semua penduduk asal mendapat rahmat dari Raja Elven Agung.

Semua pokok, semua tupai.

Kuasa jahat tidak terfikir untuk mencari masalah di kawasan ini. Pengembara yang tamak juga tidak berani masuk terlalu dalam. Pengawal Elven Iron mengawal ketat sempadan Hutan Thousand Leaves. Sesiapa yang menceroboh akan dihalau atau dikurung di dalam penjara.

Agak sukar untuk melepaskan diri dari penjara elven.

Di penghujung hutan, terdapat dua kelibat bergerak ke hadapan.

Marvin rasa risau dan teruja pada masa yang sama.

Sean memang bertindak terlalu cepat, betul tak? Selepas keluar dari alam tidak lengkap Raja Malam iaitu [Syurga Malam Abadi, dia terus mendesak Marvin untuk masuk ke Hutan Thousand Leaves.

Selepas merasa kehidupan sebagai tukang besi selama setahun, Marvin rasa sangat letih.

Keletihan ini bukan dari fizikal tetapi mental. Dia memaksa diri untuk mara ke hadapan menggunakan keazaman dan niat untuk menjadi Perantau Malam.

Penerangan Sean sangat jelas sebelum bertolak ke sini.

Tugasan untuk kenaikan pangkat Perantau Malam ialah menerima rahmat Raja Malam melalui pembaptisan.

Jika dia melengkapkan tugasan ini, Marvin akan naik pangkat kepada Perantau Malam dengan jayanya dan menjadi ahli dalam organisasi Perantau Malam.

Dan satu lilin yang bernyawa akan ditambah di tempak letak lilin Sean.

"Makam Raja Malam dibina di dalam Hutan Thousand Leaves. Pada waktu itu, Hutan Thousand Leaves masih belum dikawal oleh elves."

"Sebab itu untuk mendapatkan rahmat Raja Malam, seseorang itu perlu menyelinap masuk ke dalam Hutan Thousand Leaves."

"Berhati-hati semasa masuk. Kau tidak boleh terserempak dengan Pengawal Elven Iron kerana akan timbul masalah yang memeningkan nanti."

Ini perkara yang diberitahu Sean kepada Marvin sebelum bertolak.

Dia terus diam selepas memberi penerangan. Dapat dilihat aura kekuatan sebagai bekas ketua Perantau Malam. Orang tua ini telah mengalami kecederaan teruk yang kekal di tangan dan kaki tetapi masih boleh lari dengan laju!

Marvin mengalami kesukaran untuk mengejar! Marvin sudah lama tertinggal di belakang beberapa saat jika dia tidak memperlahankan kelajuan dengan sengaja.

Marvin sekali lagi terkedu dengan kekuatan Perantau Malam.

Sean bukan seorang Legenda!

Dia sangat hampir untuk menjadi Legenda, dengan level kelas [Renjer Level 8 – Perantau Malam Level 12]. Selepas 5 level, Perantau Malam jarang memilih kelas lanjutan lain sebaliknya meningkatkan level kelas lanjutan sedia ada kepada pangkat ke-3 atau meningkatkan kelas asas. Ini meningkatkan keupayaan untuk menyesuaikan diri ketika bertempur dan Sean salah seorang dari mereka.

Ini ada kaitan dengan keistimewaan hebat Perantau Malam.

Walaupun Marvin tidak pasti jumlah orang yang Sean telah bunuh, keistimewaan [Night Kill] telah sampai ke level 4 atau lebih tinggi.

"Dia mungkin tidak dapat berlari sepantas itu jika tidak…"

"Ketangkasan aku sudah sampai had batasan dan kelajuan larian aku juga sangat pantas tetapi aku masih tidak dapat mengejar dia."

"Ini bukan disebabkan ketangkasan dia tetapi abiliti Perantau Malam pada waktu malam!"

Marvin berhempas pulas untuk lari mengikut belakang Sean.

Dia jarang lari dengan menggunakan seluruh tenaga seperti ini. Cuma satu kelebihan, dia tidak perlu risau dengan keadaan sekeliling.

Dia hanya perlu lari mengikut Sean ke mana saja.

Marvin menaruh syak abiliti gurunya ini di hutan pada waktu malam lebih kuat dari druid.

Memang sayang Sean bukan berada pada keadaan terbaik kerana telah cedera kekal. Kekuatan bertempur dia lebih lemah ketika ini, jika tidak dia mungkin boleh naik pangkat ke Legenda.

Oleh itu, guru dan anak murid ini berlari dengan sangat laju di dalam Hutan Thousand Leaves pada waktu malam.

Kelebihan darksight ditonjolkan ketika ini. Walaupun berlari seperti petir, semua benda di persekitaran masih boleh dilihat dengan jelas.

Dan waktu setahun yang dihabiskan telah meningkatkan tahap tubuh badan. Peningkatan sebanyak 2 nilai tubuh badan ini tidak boleh dipandang rendah. Ia seperti transformasi ke atas stamina dan juga rintangan diri.

Bukan saja dia boleh mampu lari lebih pantas, dia juga boleh lari buat jangka masa yang lebih lama.

Perkara yang paling penting ialah, dengan peningkatan tubuh badan, keistimewaan serangan dari [Burst] Marvin akan menjadi lebih tinggi berbanding dahulu.

Ini ialah peningkatan terhadap kekuatan diri yang sukar untuk dilakukan.

Malangnya dia tidak sempat untuk menguji atribut kerambit tersebut. Marvin telah berfikir sebelum ini untuk berhenti dan menyiasat status dan status rahsia [Kemarahan Membara]. Tetapi malangnya Sean tidak memberi peluang untuk dia lakukan.

Orang tua ini berkata jika Marvin tertinggal sehingga dia tidak nampak orang tua ini, ujian kenaikan pangkat untuk Perantau Malam dikira gagal.

Dengan peraturan yang sangat ketat, Marvin hanya boleh terus mengejar.

Tidak lama kemudian, mereka tiba di kawasan pedalaman Hutan Thousand Leaves.

Pada waktu ini, Sean berhenti dan memberi isyarat kepada Marvin!

"Ada masalah?" Marvin menggigil. Dia terus berhenti dan bersandar di pokok.

Sean mengangguk dan terus hilang dari tempat dia berdiri!

Abiliti hebat apa yang seperti hantu ini!

Mata Marvin terus terbeliak dan hampir menjerit kerana terkejut.

Sean berada 50 – 60 meter di depan sebelum hilang semula dan muncul semula di belakang Marvin!

Merupakan perkara yang sangat mudah jika dia mahu membunuh Marvin!

Walaupun Jaguh Pembunuh Hendap Bayang yang terkenal dengan kemahiran mendekatkan jarak [Shadow Shift] tidak boleh lawan jarak seperti ini!

Tambahan pula, sekarang ialah waktu malam dan tiada bayang di belakang Marvin untuk dia syifkan diri!

Nampaknya kelas Perantau Malam mempunyai banyak kemahiran yang boleh diteroka.

Marvin tidak dapat mengawal diri untuk rasa teruja selepas berfikir perkara ini.

"Jangan buat kecoh budak," kata Sean dengan dingin. "Abiliti Perantau Malam luar dari jangkaan kau. Jika pada masa itu aku tidak terlalu mentah dan angkuh untuk mengusik Ahli Sihir Legenda, aku pasti sudah menjadi Legenda sekarang!"

"Terdapat situasi berlaku di depan. Aku rasa kau patut gunakan peluang ini sebagai satu ujian."

"Pergi."

"Eh?"

Kata Sean tidak masuk akal tetapi Marvin tetap bertindak.

"Situasi di depan?"

Dia terus bergerak ke depan tetapi masih tidak melihat sesiapa di dalam pandangan termasuk sebarang bunyi.

"Sean cakap di depan tetapi tidak beritahu berapa jauh ke depan…"

"Terdapat seorang gadis 5 kilometer di depan. Dia diiring oleh dua pengembara sebagai penunjuk jalan untuk masuk ke Hutan Thousand Leaves."

"Nampaknya gadis itu mencari sesuatu, tetapi dua pengembara tersebut cuba untuk melanggar perjanjian. Gadis itu dalam bahaya."

"Pergi hapuskan lelaki itu. Aku sangat kagum melihat kemahiran membunuh kau, pasti tidak sukar, betul tak?"

Sean menambah sedikit informasi.

Marvin terus terkedu mendengar perkara tersebut.

"Celaka!"

"Lima kilometer!"

"Tunggu! Macam mana kau tahu?" Marvin tidak dapat menahan diri dari berteriak.

Sean membisik, "Ini kerana gadis tersebut datang ke Pekan Oak beberapa hari lepas. Dia mencari Jane untuk menempah beberapa pasang baju. Mereka berbual agak lama, sebab itu aku tahu. Punca aku dapat melihat sangat jauh kerana aku telah mendapat rahmat Raja Malam. Tiada tempat yang aku tidak dapat lihat dengan mata ini.

Matanya terus berpusing, merenung kepada tempat di jarak yang jauh.

Dia terus memaksa, "Cepat!"

"Dua pengembara tersebut akan mula bertindak!"

"Kau masih muda, bukankah kau tidak sabar ingin menjadi wira menyelamatkan gadis cantik? Sekarang waktunya."

Marvin mendiamkan diri.

Dia tidak pernah berminat untuk menjadi wira menyelamatkan gadis cantik!

Perantau Malam merupakan pelindung Feinan. Sebahagian tanggungjawab mereka ialah menjaga rahsia besar, tetapi ia memang kelas yang tidak boleh melihat orang ditindas dan membantu menggunakan kerambit?

Dia melihat wajah orang tua itu yang memberikan satu rancangan.

Memang sangat pelik.

Tetapi dia terus memaksa diri untuk terus mara ke depan!

Sean mengikut dari belakang. Tidak lama kemudian, Marvin terus tidak dapat perasan kehadirannya.

"Celaka, dia memang orang tua yang licik."

Marvin mencarut dalam hati.

Menyuruh dia melakukan perkara leceh ini.

Dia akhirnya tiba di tempat yang Sean beritahu.

Dua pengembara mengepung wanita yang lemah.

Mereka tersenyum jahat.

Perkara yang paling penting ialah mereka berdua ini pemilik kelas pangkat ke-2.