webnovel

Serangan Mendadak

Éditeur: EndlessFantasy Translation

"Hati-hati!" Gru menjerit.

Dia juga perasan api yang marak di badan dubuk itu!

Walaupun Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng sangat hebat, tetapi jika tidak berhati-hati, nyawanya mungkin melayang!

Disebabkan pengalaman bertahun-tahun mengembara, Gru membiarkan anak buahnya membuat keputusan sendiri ketika mereka beraksi.

Nampak gaya dubuk mutasi yang dalam kebakaran ini akan mati tidak lama lagi. Mereka hanya perlu membazirkan masanya sedikit untuk menumpaskannya.

"Kenapa Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng tergopoh-gapah?" Fikir Gru.

Kepantasan dia menghayun pedang besar tidak kurang laju berbanding Marvin.

Pada masa sekelip mata, Marvin telah meluru ke depan dubuk terbakar itu.

Dia nampak sungguh tenang. Tiba-tiba dia menendang tanah dan melompat tinggi!

Dia membuat balik kuang yang menakjubkan di udara untuk mengelak cakaran dubuk terbakar dengan cantik sekali. Dia menikam kedua-dua kerambitnya dengan kejam pada bahagian leher dubuk yang lemah itu.

Ia masih tak cukup!

Selepas itu, dia memijak di bilah kerambitnya!

Dengan kedua-dua belah kaki! Marvin menekan dengan kuat di kerambit dengan kaki sehingga tembus!

"Plop!"

Darah terus terpancut merata!

Kepalanya terus terputus dari badannya.

Tapi Marvin dengan tenang melompat turun. Dubuk mutasi yang melompat keluar dari lubang api itu sudah nyawa-nyawa ikan. Selepas serangan Marvin yang kuat itu, nyawanya terus menjadi 0 HP!

[Anda menggunakan serangan asas kepada sasaran anda…]

[Serangan anda terus melumpuhkan mangsa, serangan asas bertukar menjadi serangan lumpuh]

[Sasaran mati… Anda memperoleh 120 exp pertempuran]

Marvin dengan gembira melihat log pertempuran. Dubuk mutasi ini boleh dikatakan lebih hebat dari yang lain.

Jika tidak dia tidak akan mendapat nilai exp lebih dari dubuk sebelum ini.

Sayangnya, dubuk mutasi yang mati terbakar di dalam lubang tidak memberikan nilai exp kepadanya. Jika tidak dia sudah mendapat habuan yang tinggi dengan cepat.

Semua orang yang tidak jauh dari situ tergamam melihat aksi itu.

Seseorang dari pasukan Bramble berkata, "Sekarang baru aku tahu macam mana dia mampu membunuh Diapheis…"

Semua orang terkedu melihat; Gru yang mula meluru ke depan terus terkaku di pertengahan jalan.

Kemahiran seperti ini tak dapat dibayangkan!

Ini bukan sekadar di luar batasan kebolehan badan; tapi dapat dilaksanakan dengan pengalaman pertempuran, reaksi masa tindak balas, minda yang kental dan juga pengawalan sempurna tubuh badan.

"Berapa banyak latihan yang telah dia lalui untuk mencapai tahap seperti ini…" Mereka semua tidak dapat berhenti berfikir mengenai perkara ini.

Tetapi sebenarnya, Marvin hanya gilakan permainan video, tidak lebih dari itu. "Benua Feinan" merupakan permainan yang paling menarik perhatian. Setiap benda sangat terperinci seperti dunia nyata. Dia seperti ikan yang berenang di lautan ketika bermainan permainan video ini untuk meningkatkan level. Ketika PK juga dia selalu berlawan dengan semua lawan yang hebat.

Dia sudah berlawan hampir semua kelas legenda dan memahami semua kelas yang ada.

Mindanya mengawal tubuh badan. Dia melatih dirinya di dunia permainan video dengan PK dan kematian.

Menjadi pembunuh hendap yang paling hebat di antara pemain bukan perkara yang mudah.

Disebabkan pengalaman ini dan juga pengawalan ke atas tubuh badan, Marvin menjadi antara orang yang paling menakutkan di Benua Feinan sebenar.

Untuk mencapai tahap itu, dia perlukan masa untuk membesar dan mahir.

Sayangnya pada ketika ini masa merupakan perkara yang paling dia kurang ada. Bencana Besar hampir tiba!

Selepas membunuh enam dubuk mutasi tersebut tanpa hilang satu rambut, pasukan Bramble memandang Marvin dengan penuh rasa hormat.

Pengembara memang begitu.

Jika dapat tunjukkan kebolehan yang hebat, ia akan memberikan keyakinan dan mampu mengubah persepsi terhadap seseorang!

Walaupun Anna yang membuat sumbangan paling besar disebabkan dia yang merancang, jika tidak kerana Marvin membuat keputusan sekelip mata untuk membunuh dubuk mutasi dan berani mara ke arah dubuk mutasi terbakar ketika waktu paling bahaya, mereka yang lain pasti sudah cedera parah… atau mati!

Pertarungan sangat kejam kerana sesiapa boleh mati!

Di satu sudut yang lain, kumpulan dengan sembilan orang itu tidak menghadapi sebarang masalah menghapuskan empat gnoll sampah itu.

Walaupun Cat masih berfikir untuk membuat huru hara, tetapi jika berita mengenai sembilan orang tidak dapat membunuh empat gnoll tersebar, pasukan Lynx tidak akan dapat mencari kerja akan datang.

Selepas ugutan yang dilakukan Marvin semalam, beranikah dia untuk menimbulkan sebarang masalah?

Tambah lagi selepas mereka berpasukan dengan pasukan lain, dia perasan yang pasukan Bramble telah berubah sedikit ketika melihat Marvin.

Ia perasaan hormat yang tidak dapat dijelaskan.

Ia seperti Marvin telah meyakinkan mereka dengan kuasa yang dia ada.

Cat tak pasti apa yang berlaku di hutan itu tetapi dia tahu yang Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng mesti telah tunjukkan kekuatan yang menakutkan. Jika tidak mana mungkin ahli pasukan Bramble yang bangga diri itu menunjukkan ekspresi yang berlainan sebegitu.

Verne menduga kekuatan pasukan dia tidak sehebat pasukan Bramble. Melihat perkara itu terjadi, dia terus mengalah dari cuba membuat huru-hara.

Lebih baik selesaikan misi ini. Mengenai klien penting itu, ganjaran tersebut bukan rezeki dia.

Pemikiran dia terus bertukar menjadi proaktif. "Apa patut buat kemudian? Serang hendap istana?"

"Serang hendap?" Anna menggeleng kepala, "Tak, kita akan serang terang-terangan."

"Bukan istana tetapi lombong di utara!"

Di Lombong Utara, kelihatan dua dubuk mutasi meronda kawasan sekeliling.

Dua gnoll itu pula tidak menyedari mereka akan diserang seperti ribut melanda.

"Hanya bawa separuh dari kekuatan pasukan yang ada," Anna berkata mengikut apa yang dirancang oleh Marvin. "Kita mesti biarkan seorang lari tetapi hapuskan mereka yang lain."

"Lepaskan seorang lari?" Mereka semua terkejut mendengar.

"Melepaskan satu gnoll bebas adakah untuk biarkan ia memberitahu situasi yang berlaku?"

"Ini lagi bagus dari menyerang hendap?"

"Aku faham." Kapten Lynx layak terkenal kerana mempunyai minda yang pantas memproses. Dia orang pertama yang terus memberi reaksi. "Kita menggunakan separuh kekuatan pasukan yang ada untuk membiarkan mereka salah anggap kekuatan yang kita ada. Sebagai seorang penyihir, dia pasti berhidung tinggi. Melepaskan seorang pasti membuat egonya tercalar.

"Jika seperti itu, kita tidak perlu menyerang istana kerana mereka sendiri yang akan datang ke Lombong Utara mencari kita!"

Anna mengangguk. "Betul kata kau, itulah rancangan aku."

"Nanti dulu! Bagaimana jika Penyihir itu tidak hidung tinggi? Bukankah kita telah bazir peluang untuk serang hendap? Verne bertanya dengan pantas.

"Jika mereka tidak terperangkap, Tuan Marvin telah memberi rancangan lain kepada aku." Anna mengangguk tenang, "Mari kita laksanakan bahagian pertama rancangan ini dulu."

"Kamu semua tidak perlu turut serta kali ini, biar saja kumpulan garison kami uruskan."

Selepas mendengar ayat tersebut, pemuda dari Lembah White River tidak dapat bersabar lagi!

Mereka ingin membunuh gnoll untuk melepaskan dendam mereka.

Mereka dipaksa lari dari wilayah mereka kerana gnoll dan terpaksa menjadi pelarian di kawasan perkampungan di gunung. Penghinaan ini, pengembara tidak akan faham.

Pengembara hanya datang kerana wang.

Untuk Andre dan mereka yang lain…

Mereka berada di sini kerana Tuan dan maruah mereka!

"Rakan seperjuangan!"

Andre mengangkat pedang besar dengan kedua belah tangan. Dia juga pelawan seperti Gru tetapi levelnya sedikit rendah, hanya level 4.

Ahli garison yang lain mempunyai tahap yang lebih kurang sama, pemegang kelas antara level 3 dan level 4. Tetapi kelebihan mereka dari segi latihan yang dilalui. Mereka boleh bekerjasama di antara satu sama lain dan juga mempunyai kelengkapan yang agak bagus.

Kelengkapan terpakai dari pasukan pertahanan Bandar River Shore. Walaupun sedikit berguna tetapi ia tidak banyak beza dari yang baru.

Andre hanya berkata satu patah perkataan saja:

"Bunuh!"

Pemuda di belakangnya terus bersemangat!

Mereka telah menunggu masa yang lama untuk perkataan ini!

Mereka hampir mati tersedak!

Bangsat! Gnoll celaka itu telah menjajah kampung halaman mereka!

Jika bukan kerana arahan Tuannya, mereka telah lama berjuang ke titisan darah terakhir melawan gnoll.

Sekarang kapten mereka telah memberi arahan, apa yang ditunggu lagi?

Hanya satu perkataan!

Bunuh!

Apabila ahli garison yang mengamuk tu meluru keluar dari hutan selepas mendapat arahan dari Andre, hampir semua gnoll masih tidak bersedia lagi untuk bertarung

"Roar!" Andre meraung sambil menghayun pedang besarnya membelah dua gnoll dengan mudah seperti memotong tembikai.

Mereka yang lain juga tidak ketinggalan, terus meluru satu per satu dan menyerang musuh mereka.

Pertumpahan darah tidak dapat dielakkan.

Hanya tiga minit masa yang diambil!

Pertempuran sudah selesai.

Dubuk mutasi yang parah itu dibelah hingga mati oleh Anna dan Andre. Mayat gnoll pula semuanya bergelimpangan di tanah.

Hanya ada satu gnoll yang laju dari yang lain sempat menyelamatkan diri, walaupun sebenarnya semua orang saja melepaskan dia.

Gnoll yang mengawal di luar kawasan lombong utara dihapuskan dengan sekelip mata!

Sekarang waktu untuk melihat harta rampasan. Walaupun gnoll tidak kaya, tetapi mungkin ada harta rampasan yang berguna.

Ok. Siap bab ke 40 kali ini. Nampak semakin ramai pembaca yang membaca. Sebelum terlupa, selamat menyambut hari natal dan juga selamat tahun baru 2019. Pada hari minggu sebelum tahun baru, kumpulan translator dan editor di Malaysia telah berkumpul untuk makan-makan dan membuat barbeku. Terima kasih kepada ketua-ketua translator & editor kami. Ramai yang dapat hadir ketika itu. Ramai di antara kami hanya mengenali secara dalam talian saja sebelum ini. Apabila dapat bertemu muka dan bergembira bersama merupakan perkara yang sangat menakjubkan. Harap kami dapat berkumpul lagi di masa akan datang. Terima kasih banyak-banyak ke atas mereka yang dapat hadir.

Jangan lupa, terus membaca novel-novel dalam bahasa melayu. Kumpulan kami akan cuba mengekalkan kadar mengalih bahasa supaya anda semua dapat terus menikmati dengan kadar yang konsistem. Terima kasih banyak. Jasa anda semua amat kami hargai.

dracarys3064creators' thoughts