Apa yang Marvin boleh kata apabila menghadapi permintaan seperti ini?
Karel hampir separuh mati dikerjakan oleh Ivan dan tidak mampu bergerak. Marvin terus pergi ke situ dan terus memancung kepalanya.
Walaupun Penjahat Jalan Merah mempunyai pelbagai jenis kemahiran dan keistimewaan yang menakjubkan tetapi dia tetap tidak mempunyai badan yang tidak boleh mati.
Ini pemilik kelas paling tinggi iaitu berada di puncak pangkat ke-3 yang pernah Marvin bunuh sejak dibangkitkan di dunia ini.
Oleh itu jumlah exp pertempuran kali ini yang dia terima ialah sebanyak 6400 exp!
Dia sekarang ada 9153 exp pertempuran. Walaupun dia tidak boleh naik level untuk kelas Perantau Malam, dia masih boleh meningkatkan kelas Renjernya sekali!
…
"Terima kasih orang muda." Nicholas tersenyum sambil melihat Marvin. "Beri aku cincin kau."
Marvin mengangguk dan menyerahkan Ring of Prayers itu.
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com