"Macam mana kekuatan dia boleh tiba-tiba pulih semula?"
"Bukankah dia dalam keadaan kritikal sebelum ini. Macam mana selepas terjatuh dari lubang itu bukan sahaja dia tersedar malah bergerak dengan baik pula?"
"Bagaimana dia boleh berlari dengan sungguh laju? Oh Tuhan! Adakah dia ingin mencabar Celina yang tidak terjejas itu lagi?"
Di Menara Three Rings, semua orang terkejut melihat Marvin berlari!
Mereka ingat keputusan Pertandingan Grail Suci telah ditentukan. Marvin dan Wayne sudah tidak bertenaga lagi.
Mereka berdua telah terjatuh ke dalam lubang ais. Situasi mereka sungguh menyedihkan.
Walaupun begitu, ketabahan mereka berdua dalam pertandingan ini telah membuatkan majoriti daripada penonton rasa lebih yakin pada mereka.
Tetapi sayangnya ini masih satu pertandingan.
Pada pandangan majoriti, walaupun Celina tidak bertindak, dia masih tetap akan menjadi pemenang Pertandingan Grail Suci ini!
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com