Marvin sudah mendapat hasil yang banyak dari perjalanan dia ke Paya Cendawan Busuk. Oleh itu pertarungan dia dengan Witch Ular itu memang tidak sia-sia.
Marvin masih lagi menderita sakit akibat kecederaan sebelum ini apabila dia tinggalkan kabin dan mula menuju keluar dari paya. Marvin mengeluh dengan sikap pendendam Witch Ular dan kuasa dari God Restraining Seal itu.
Walaupun Marvin tidak sempat melihat dengan teliti tetapi Marvin masih perasan terdapat sedikit buku tentang God Restraining Seal di dalam Perpustakaan Witch Ular itu.
Semua benda ini sangat bernilai. Walaupun Lembah White River ketika ini tidak mempunyai orang sesuai yang boleh menggunakan ia tetapi Marvin dapat rasakan yang orang "itu" akan kembali tidak lama lagi.
Marvin dapat rasakan Wayne yang merupakan Peramal hebat dan berjaya selamat semasa muda itu boleh berjalan di laluan Magik yang tidak pernah dibayangkan oleh orang sebelum ini apabila kembali semula dari Kawasan Liar.
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com