Dewa Ahli Sihir?
Marvin terkejut beruk.
Tetapi apa yang lebih mengejutkan Marvin ialah lukisan itu sedang bercakap dengan dia.
Di Feinan, selalunya lukisan mempunyai kebolehan yang misteri. Selepas Marvin menyeberangi ke dunia ini, dia telah terjumpa banyak item yang lebih kurang sama seperti lukisan di Koridor Ghost dan juga lukisan datuknya.
Secara ringkas, selalunya lukisan ini telah dijampi.
Marvin tidak terlalu terkejut apabila Dewa Ahli Sihir tahu tentang namanya. Ini kerana berdasarkan hikayat di Feinan, Lance dinyatakan sebagai Dewa Pencipta.
"Helo? Sir Lance…"
Marvin tidak pasti adakah ini ialah Dewa Ahli Sihir sendiri atau peninggalan kesedaran dia.
Dia cuba berkomunikasi dengan Dewa Ahli Sihir.
Tetapi dengan tidak disangka, lukisan Lance itu mengeluarkan nada yang agak keras.
"Kau tidak patut datang ke dunia ini!"
"Kau ialah pendatang!"
"Kau tidak patut berada di sini, kau sepatutnya dihalau!"
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com