webnovel

Matinya Seorang Lagenda

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Anna mengangguk.

Atas perancangan susunan yang dibuat oleh Marvin, kesemua pengawal telah meloloskan diri dari Bandar River Shore dalam kumpulan yang kecil.

Kawalan pertahanan Bandar River Shore agak ketat tetapi ada kelemahan. Terdapat beberapa jalan rahsia yang tidak diketahui milik pelbagai orang.

Sebenarnya, Marvin telah membeli informasi mengenai jalan rahsia untuk melepaskan diri dari tempat goblin tua, sebelum peronda kembali dari pelabuhan malam tadi.

Selepas menghapuskan raksasa yang berada di pembetung di kawasan utara bandar, peronda tidak terlalu memberikan perhatian ketika berpusing di kawasan sana.

Oleh sebab itu, bahagian itu mempunyai terowong yang muat untuk dilalui oleh orang dewasa keluar dan masuk bandar.

Kumpulan Perdagangan Black Claw dianggotai Bane mengawal laluan ini. Dia dan Marvin mempunyai kerjasama dan sebab itu dia membawa keluar pengawal Marvin dari Bandar River Shore.

Mereka membawa barangan yang ringan dan mudah dibawa tetapi sangat berharga dan balik ke Kampung Green dan tempat lain.

Marvin dan Anna tidak mempersoalkan kesetiaan mereka semua tambah lagi dengan Andre yang mengetuai mereka. Kesemua garrison tidak akan berlawan atas barangan tersebut.

"Melakukan perkara seperti ini sangat bahaya!" Anna memarahi Marvin, "Aku tahu kau sangat bencikan dia. Dia telah membunuh Lord Tua dan dia patut menerima padahnya. Tetapi apa akan jadi jika ahli sihir yang menyiasatnya?"

Pelayan separuh-elf itu sangat risau. Dia sendiri yang akan membawa pulang anak perempuan Miro ke rumahnya pagi ini. Disebabkan itu, semua guild besar mengeluarkan ganjaran tangkapan untuk Pembunuh Senjata Berkembar Bertopeng petang ini. Siapa yang mengeluarkan ia agak jelas.

Selepas melalui pengalaman seperti ini, pengawal di semua keluarga pegawai tinggi majlis perbandaran ditingkatkan.

"Mustahil." Marvin tersenyum.

Dia tidak menjelaskan dengan panjang.

Orang di era ini terlalu menyanjung ahli sihir.

Lagipun mereka kumpulan yang memerintah dunia ini pada era ini.

Inilah sebab kenapa Bandar River Shore mempunyai keselamatan awam yang bagus. Tetapi ini semua akan menjadi sejarah.

Marvin masih ingat yang semua peramal hilang abiliti mereka enam bulan sebelum tiba Bencana Besar.

Ini satu petanda, tetapi ahli sihir tidak terlalu mengambil perhatian. Ini kerana meramal benda yang rumit.

Sebab sebenar terjadi kerana dewa masa yang agung telah mengambil sebahagian kuasa magik terlarang dari Kolam Magik Alam Semesta. Bahagian itu secara kebetulan mempunyai pertalian dengan ramalan.

Dewa-dewa semua sudah memulakan langkah mereka.

Disebabkan ini Marvin membuat tindakan berani. Dia tahu yang peramal tidak boleh mencari dia.

Ini satu kenyataan.

Manakala pegawai tinggi majlis perbandaran bernama Miro itu, dia tidak akan dengan sendiri menampilkan diri untuk membantu mengenal pasti identiti Marvin. Peronda bergerak disebabkan waran yang ditulis olehnya. Dia tidak mahu muncul sebagai seseorang yang tidak menjalankan amanahnya.

Dia mungkin akan menggunakan beberapa saluran lain untuk menyiasat secara rahsia dan mengeluarkan ganjaran tangkapan untuk Pembunuh Senjata Berkembar Bertopeng.

Cuma Marvin terkejut ketika mencari informasi di kedai minuman pada waktu petang. Dia mendengar yang peronda telah menangkap beberapa penganut kultus jahat di pelabuhan.

"Nampak seperti mereka membuat sembahan kepada [Dewa Plague], dan tidak sengaja bertemu dengan pasukan peronda. Malang sungguh nasib mereka."

Memang betul, menghantar peronda ke pelabuhan ialah sebahagian rancangan Marvin. Tetapi siapa sangka yang mereka memang berjaya menangkap penganut kultus jahat.

Tetapi ini juga mengingatkan Marvin.

Sama ada penganut [Pengakhiran-Dunia Ular Kembar] atau [Dewa Plague], kedua-dua telah menjadi semakin aktif di selatan.

Ini bermaksud era huru-hara sudah semakin dekat!

Dia tidak boleh berehat sekarang. Dia perlu cepat mendapatkan kembali Lembah White River!

Tetapi sebelum itu, dia perlu berlakon sebagai "mangsa" ahli keluarga.

Lagipun, dengan kematian Miller, Marvin satu-satunya waris yang ada pertalian darah yang tinggal. Ini bermaksud dia akan mewarisi harta Miller.

Tetapi Marvin tahu yang majlis perbandaran telah menghantar notis, yang kebanyakan harta warisan telah dirampas oleh mereka dan dia hanya akan mendapat sisa-sisa sahaja.

"Mereka ini tidak terlalu melampau. Aku ingat mereka akan mencari alasan yang harta di rumah Miller kesemuanya telah dicuri pencuri, dan hanya meninggalkan satu kotak abu sahaja."

Pada waktu lewat petang, Marvin menukar pakaian dia dengan pakaian bangsawan. Nampak gaya ini masa untuk dia bertukar kepada bangsawan muda yang lemah dan tidak cekap.

Seperti dijangka, pegawai yang bertugas untuk urusan harta warisan hanya memberi Marvin geran sahaja, geran rumah yang dibeli oleh Miller di kawasan orang kaya plot 31.

Barangan lain seperti barang kemas dan yang lain-lain tiada.

"Sir Marvin, maaf atas kehilangan anda," kata pegawai itu dengan tidak jujur.

Marvin berpura-pura lemah dan bertanya, "Sekarang pakcik aku sudah mati, saudara mara aku yang tinggal sudah mati. Bila Bandar River Shore boleh menghantar bantuan askar untuk membantu aku menghalau kumpulan gnoll itu? Aku perlu dapatkan semula wilayah aku balik."

Pegawai yang masih tidak jujur itu berkata, "Ini…Agak sukar. Sir Marvin, kau tahu, penganut kultus jahat sudah mula berada di Bandar River Shore, tambahan lagi dengan pembunuh ganas yang membunuh keluarga pakcik kau, Pembunuh Senjata Berkembar Bertopeng… Kita kekurangan kakitangan. Aku rasa lebih bagus engkau menunggu dengan sabar di dalam bandar sedikit masa lagi."

Wajahnya menunjukkan perasaan hampa.

Di dalam hatinya berasa terkejut.

Masuk akal jika selepas kematian Miller, pegawai yang dirasuah ini tidak mempunyai alasan untuk tidak menghantar askar untuk menghalau kumpulan gnoll itu.

Tambah lagi, Bandar River Shore dan Lembah White River tidak jauh di antara satu sama lain. Dengan adanya kumpulan gnoll di wilayah itu merupakan satu ancaman kepada Bandar River Shore.

Tetapi pegawai ini masih lagi berdalih untuk menguruskannya.

"Adakah terdapat orang lain yang masih mensasar kepada Lembah White River dan bukan Miller sahaja?"

Marvin sangat cerdik dan dia dapat meneka perkara di sebaliknya.

Tetapi dia tidak merancang untuk menggunakan kekuatan peronda Bandar River Shore. Bertanya seperti ini pertama sekali perkara yang wajar dibuat dan kedua untuk mendapatkan maklumat.

Nampaknya masih ada lagi orang yang mempunyai niat di Bandar River Shore.

Marvin melihat pantas kepada menu cabaran, dan melihat Cabaran Utama belum bertukar: ia masih lagi [Mendapatkan semula wilayah].

Tetapi dia masih mempunyai baki 18 hari lagi yang tinggal.

Selepas beredar dari majlis perbandaran, Marvin mula merancang apa yang perlu dilakukan seterusnya.

Selepas pembunuhan dan pembakaran semalam diikuti dengan merampas harta, Marvin telah memperoleh harta yang banyak dari rumah Miller. Amaun kekayaan lebih dari 100000 perak!

Garison Marvin pergi dengan hampir satu pertiga harta yang senang dibawa.

Dia menjual baki kepada Bane dari Black Claw pada harga rendah menggunakan identiti Pembunuh Senjata Berkembar Bertopeng.

Goblin tua itu sangat licik. Dia tahu dengan siapa yang dia boleh melakukan provokasi dan dengan siapa yang dia membuat kerjasama.

Badan Marvin penuh dengan aura membunuh yang kuat, oleh itu ketika dia menerima wang, dia sebenarnya telah dapat menjual dengan harga yang agak bagus.

Lagipun malam semalam, dia telah melihat dua pengikut Marvin pembunuh hendap bayang yang hebat.

Di dalam bidang pekerjaan ini, mereka sangat pentingkan satu perkara, jangan sesekali mencari masalah dengan pembunuh hendap.

Goblin itu menunjukkan perasaan semangat dan ceria kepada Pembunuh Senjata Berkembar Bertopeng kerana dia merupakan rakan niaga Black Claw yang penting. Walaupun terdapat waran tangkap dengan ganjaran yang tinggi untuknya.

Marvin sekarang memiliki 50 emas kesemuanya. Jika ditukar kepada perak, nilainya ialah 50000 perak.

Wang itu cukup untuk dia mengupah kumpulan pengembara.

"Nah, 30000 perak."

Marvin memberikan beg kepada Anna dan secara serius berkata, "Pergi ke guild pengembara untuk memilih beberapa orang. Meraka mestilah mempunyai kelas rasmi. Keutamaan kepada mereka yang mempunyai pengalaman bertempur, mereka yang boleh mengetuai, pelawan yang mempunyai senjata dan perisai sendiri. Dapatkan dalam 20 orang. Untuk ganjaran wang, lakukan apa yang kau rasa patut."

Anna mengangguk.

Dia sangat yakin dengan abiliti Anna. Dia melakukan tugasnya untuk mencari pengembara dengan cekap.

Dia mahu mengambil semula Lembah White River, dan dia perlukan askar. Hanya bergantung kepada garrison tidak cukup.

"Tuan Muda Marvin, bagaimana pula dengan kau?" Anna bertanya.

"Aku?" Marvin tersenyum, "Aku akan pergi memeriksa di Lembah White River dahulu. Bukankah kita perlukan seseorang untuk meninjau?"

Cahaya matahari terbenam menyinari puncak Pantai Timur Menara Holy Light.

Di platform tertinggi, satu mayat terbaring di sebelah orang tua.

Walaupun ahli sihir legenda dalam keadaan yang sakit teruk, dia masih agak kuat sebenarnya. Walaupun dia diserang hendap dan hampir mati, dia masih lagi dapat membunuh anak muridnya yang dikawal oleh Kultus Ular Kembar.

Cuma, saat dia menghampiri kematian semakin hampir.

Walaupun putera bayang ialah dewa lemah, dulunya dia pembunuh hendap legenda yang sangat hebat sebelum mendapat sifat ketuhanan dan menjadi dewa.

Anthony memejamkan kedua mata, mukanya dipenuhi lebam.

Suara yang keluar dari Mata Mentari Terang dalam keadaan kacau bilau seperti ada gangguan. Dia juga cuba untuk hubungi ahli sihir legenda lain di kawasan tetapi seperti ada medan ruang yang menghalang.

Ini satu konspirasi.

Anthony berjalan terhuyung-hayang di penghujung platform itu. Dari atas ini, Bandar Sail Boat atau Teluk Jewel dapat dilihat dengan begitu sahaja.

"Pemandangan yang sangat indah."

Orang tua itu berdiri tegak dan mula membaca jampi.

Tiga puluh saat kemudian, badannya jatuh dari platform itu.

Dan awan gelap mula terbentuk di langit.

Dalam sekelip mata, semua makhluk yang baik hati hidup di Pantai Timur terasa kesakitan.

Wanita yang mempunyai keazaman yang lemah tidak dapat mengawal diri dan terus menangis.

Semua orang melihat ke arah timur, mata penuh dengan perasaan terkejut.

Matinya seorang legenda!