webnovel

Kutukan dan Pengembaraan

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Pelayan tua telah menghantar surat untuk memberitahu adik lelaki Marvin bernama Wayne mengalami kesukaran menghilangkan sumpahan. Ahli sihir hebat dari Akademi Magore juga buntu.

Tidak banyak informasi di dalam surat itu, tetapi pelayan tua yang mengikut Wayne ke Akademi Magore menerangkan keadaan Wayne.

"Kemahiran dari Kultus Ular Kembar!"

Selepas membaca surat tersebut, Marvin dapat mengagak apa yang terjadi.

Pengikut Kultus Ular Kembar agak kejam. Mereka berani membuat pasal di kawasan Menara Three Ring?

Lokasi Wayne dalam Akademi Magore yang sebahagian dari Menara Three Ring. Boleh dikatakan lokasi paling selamat di Pantai Timur mengikut fikiran Marvin. Dia tidak sangka akan berlaku masalah kepada adiknya ketika dia baru saja merampas kembali wilayahnya.

Ini tidak dijangka Marvin.

Kenapa pengikut Kultus Ular Kembar mengenakan Wayne?

"Adakah patriarch ternampak aku? Mustahil? Aku telah mengorek biji mata Miller sebelum membunuhnya."

Marvin terus menolak kemungkinan itu.

Mengikut apa yang dikatakan oleh pelayan tua, Wayne dalam persediaan untuk pertandingan penting.

Di dalam kawasan Menara Three Ring, ketiga-tiga akademi ahli sihir akan bertanding satu sama lain. Nampaknya ketika ini, tiga ahli sihir level tinggi dari menara tersebut bersepakat untuk mengadakan pertandingan bertempur sebenar buat pertama kali.

Mereka membahagikan anak murid mereka kepada beberapa peringkat untuk biarkan mereka bertempur.

Walaupun adik Marvin agak muda dan baru lagi menyertai akademi ahli sihir, dia telah menunjukkan bakat yang tinggi dalam menggunakan magik.

Dengan bakat seperti datuknya, asalkan Wayne berlatih bersungguh-sungguh, tidak menjadi masalah untuk menjadi ahli sihir pangkat ke-2. Dia mungkin boleh melepasi rintangan untuk menjadi ahli sihir pangkat ke-3.

Bakat seperti ini di Menara Three Ring boleh dikatakan sangat jarang ditemui terutama sekali di Akademi Magore yang dikatakan paling lemah.

Mengikut kata gurunya, dia mempunyai kelebihan menjadi ahli sihir pelawan istimewa. Atas nasihat dari gurunya, dia akan turut serta dalam pemilihan untuk pertandingan tersebut.

Pertunjukan Wayne sangat menakjubkan. Dia melepasi kesemua halangan dan sampai ke peringkat akhir.

Tetapi pada waktu pemilihan, budak lelaki umur 9 tahun ini jatuh sakit.

Nampak sangat dia dijerat.

Guru dari Magore berusaha sebaik mungkin untuk melambatkan jampi dikenakan kepada Wayne.

Dia masih tidak sedarkan diri dan mungkin tidak dapat meneruskan pembabitan dalam pertandingan itu.

Orang yang beruntung ketika Wayne berada dalam koma mestilah pencabarnya., seorang ahli sihir bernama White. Guru dari Magore tidak mempunyai bukit ke atas White. Lagipun terdapat orang yang agak berkuasa menyokongnya.

Walaupun mereka mengesyaki tetapi tiada bukti yang kukuh. Mereka tidak dapat buat apa-apa.

"Betul, nampaknya jampi meramal sudah tidak efektif lagi."

Marvin membaca surat itu dengan teliti supaya tidak terlepas apa-apa.

Terdapat pangkat ke-3 peramal di kalangan guru Magore. Tetapi mereka juga tidak dapat buat apa-apa.

Jelas sekali meramal sudah tidak dapat digunakan. Jika tidak [Truth Recollection] sudah cukup untuk menangkap suspek tersebut.

Ahli sihir mula hilang keupayaan.

Kemudian, sekolah magik yang lain akan mula jadi lemah dan pemerintahan ahli sihir akan semakin goyah.

Lagipun mereka terpaksa menghadapi dewa yang lebih kuat.

"Tuan Muda Marvin, biar aku pergi," kata Anna secara spontan.

Marvin menggeleng kepala.

Isu ini bukan semudah yang disangka. Keadaan Wayne yang masih dalam koma sama seperti efek digunakan pengikut kultus ular kembar.

Orang biasa, mahupun ahli sihir juga tidak pasti teknik yang digunakan kultus ular kembar disebabkan sudah bertahun-tahun tidak bertarung dengan mereka.

Lagipun kutukan merupakan perkara paling leceh. Ingin menghilangkan kutukan? Anda perlu mencari sumber kutukan. Akademi Magore tidak mempunyai pakar yang mampu buat perkara itu.

"Melainkan Dia sendiri yang bertindak."

"Tetapi mustahil." Fikir Marvin dalam hati.

Akademi Magore mempunyai pertalian dengan mahaguru menara rainbow, ahli sihir yang hampir ke pangkat legenda, Hathaway. Dikatakan dia ahli sihir paling tinggi peluang untuk mencapai pangkat legenda dalam Persekutuan Ahli Sihir Selatan. Marvin masih ingat lagi semasa bermain permainan video, perempuan itu sempat mencapai pangkat legenda sebelum Bencana Besar dan bernasib baik dapat mengelak dari cedera teruk disebabkan kemusnahan kolam magik alam semesta.

Dia merupakan salah seorang ahli sihir legenda yang aktif selepas Bencana Besar. Sayangnya, dia telah dibunuh oleh dewa satu tahun selepas Bencana Besar.

Rasanya itu perbuatan Putera Shadow, sama seperti kes Anthony. Lelaki itu menggunakan penampilan dewa. Dia akan menggunakan penjelmaan semula untuk menyerang hendap ahli sihir legenda pihak manusia. Dia tidak pernah lagi gagal.

Jika Marvin tidak silap, Hathaway ketika ini mengasingkan diri untuk cuba melepasi rintangan pintu terakhir ke pangkat legenda.

Jika bumi dan langit terbalik di Akademi Magore berlaku, dia tidak akan mengendahkannya.

Inikan pula penuntut ahli sihir muda yang sengsara kerana terkena sumpahan.

Jika tidak kerana guru Magore sayangkan bakat Wayne ada, sudah lama mereka tidak ambil peduli.

Ubat dan jampi untuk melengahkan efek kutukan sangat mahal.

Surat yang pelayan tua hantar sangat jelas memberitahu situasi Wayne ketika ini dan paling lama boleh dilengahkan selama sepuluh hari saja.

Dan tarikh pemilihan sudah ditangguhkan kepada dua minggu akan datang menyebabkan Marvin tidak mempunyai banyak masa.

"Aku akan pergi sendiri." Marvin membuat kata putus.

"Tetapi bagaimana dengan wilayah…" Anna berkata dengan berbelah bagi.

"Jika ada sesiapa orang luar bertanya, beritahu aku tengah memulihkan diri dari kecederaan. Tiada apa yang boleh dibuat," Marvin berceloteh. "Teruskan dengan dekri yang aku keluarkan. Aku terpaksa menyusahkan kau untuk lakukan dengan lebih spesifik."

"Baiklah." Anna mengangguk.

"Kekuatan wilayah kita masih lemah. Tapi aku akan uruskan isu itu."

"Gru dan ahli pasukan Bramble juga sangat berbakat dan aku pasti mereka tidak akan menjadi pengembara seumur hidup mereka."

"Jangan risau pasal wang, cuma pastikan kau merekrut mereka."

Marvin mengarah, "Dengan adanya pasukan Bramble, Lembah White River akan jadi lebih selamat."

Anna mengangguk.

"Aku akan suruh Agate ikut kau. Walaupun dia sedikit lemah kerana cedera ketika ini, dia mampu uruskan beberapa perkara lagi."

"Lagi satu, jika ada budak perempuan muda datang dengan ibunya dari Bandar River Shore, jaga mereka dengan baik. Nama dia Isabelle."

"Lagi…"

Marvin dengan tanpa henti memberikan berbagai strategi untuk dilakukan.

Ia mengambil masa tidak sampai sejam untuk sampaikan semua perkara untuk dilaksanakan dari isu penting kepada isu remeh.

Dan butler yang gigih ini menulis nota tanpa henti semua arahan Marvin.

Marvin menepuk tangan, "Bantu aku panggil Gru dan beritahu dia aku sudah jumpa buku yang mengandungi cara untuk pulihkan wabak penyakit anak perempuannya.

Anna berkata dengan ragu-ragu, "Adakah kau ingin beritahu perkara sebenar?"

Marvin tergelak, "Tentulah tidak."

"Aku akan beritahu yang Pembunuh Senjata Berkembar Bertopeng menyuruh aku beritahu dia untuk sertai sekali di Bandar River Shore."

"Pergi dulu. Selepas kau selesaikan semua ini, aku akan bersiap untuk mengembara."

Banyak perkara berlaku dengan cepat; walaupun Marvin cekap dalam uruskan perkara dengan pantas tetapi dia tetap rasa rumit.

Jika ikut jalan biasa, dia perlu melepasi Bandar River Shore arah barat laut dan seberang Bukit Deathly Silent serta Bukit Despair di tengahnya sebelum tiba di Hutan Moonlight.

Kemudian terus ke utara sehingga tiba di kawasan Menara Three Ring.

Ia mengambil masa dekat seminggu.

Dia pasti akan lambat.

"Jika aku terus seberang melalui Bukit Despair, aku akan tiba di Hutan Moonlight dalam dua hari. Jika nasib aku baik, aku akan sempat naik belon udara di Hutan Moonlight dan tiba di Menara Three Ring esoknya."

Marvin melukis garisan tegak di atas peta itu, memori silam mula terpapar di ingatannya.

Pengalaman mengembara yang luas memainkan peranan ketika ini.

Terdapat banyak kawasan berbahaya di jalan ini tetapi terdapat juga banyak kawasan yang ada barang bagus.

Bukit Despair berdekatan dengan Teluk Jewel, kawasan yang Marvin paling tahu benar.

"Jika aku bernasib baik, sebelum aku tiba di Menara Three Ring, aku mungkin boleh dapatkan beberapa kerambit yang berkualiti tinggi."

Selepas Marvin melihat kawasan peta yang digarisnya, beberapa memori lama mula timbul.

Tapi sebelum itu dia perlu pergi ke Bandar River Shore.

Dengan bagaimana cara pun, wabak penyakit anak perempuan Gru perlu diselesaikan dulu.

Jika Anna gagal dalam merekrut, membantu pada kali ini bukan pilihan yang bijak.

Dia harap sebelum dia tinggalkan Lembah White River, pasukan askar boleh menjadi sedikit kuat.

Lagipun, proses pengambilan ahli garison baru masih berjalan tetapi mereka masih lemah lagi.

"Lebih kurang macam ini lah."

"Berehat sejam dan terus berangkat."

Marvin menyimpan semua keperluan penting di dalam konc kosong dan mula berehat.

Pada waktu malam, satu kuda berlari laju meninggalkan bandar istana menghala ke Bandar River Shore.