webnovel

Kekuatan Naga

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Marvin berpisah dengan Lola di luar Bandar River Shore.

Dia mahu memberi peluang kepada Lola untuk berubah kerana nampak potensi yang ditonjolkan.

Walaupun dia seorang penipu, dia mungkin boleh membantu selepas digilap.

Di masa akan datang, Marvin tidak mampu untuk melakukan sendiri, dia perlukan orang yang berbakat untuk menguruskan wilayahnya. Dan Lola mempunyai salah satu bakat yang diperlukan.

Walaupun Lola membawa lari duit itu, kerugian Marvin hanya dari segi wang sahaja.

Dan jika Lola membawa balik informasi dari Teluk Jewel, dia telah lepas ujian pertama Marvin.

Pada masa itu, Lembah White River sudah jatuh ke tangan Marvin semula.

"Jangan hampakan aku."

Marvin melihat kelibat gadis itu hilang di hutan. Dia membuka topeng dan masuk ke dalam bandar.

Bandar River Shore aman seperti dijangka.

Tetapi keamanan ini hanyalah samaran saja. Ketika Marvin berjalan di jalanan, dia dapat melihat perasaan takut dan risau di muka penduduk.

Terdapat lebih ramai askar yang meronda. Ketika dia cuba masuk ke pintu utama, mereka bertanya lebih soalan dari biasa.

Lagipun, berita mengenai legenda ahli sihir Anthony telah tersebar di seluruh Pantai Timur.

Orang yang hebat ini telah menjaga keamanan Pantai Timur selama ini. Belum habis penduduk berkabung di atas pemergiannya, orang Kultus Ular Kembar telah melakukan perkara yang sangat kejam.

Mereka telah menggunakan satu kampung sebagai pengorbanan darah.

Wanita, orang tua, remaja… Mereka semua disiat kulit untuk dijadikan wau kulit dan digantung di luar kampung.

Walaupun ia terletak di sekitar kawasan Bandar Sail Boat yang jauh dari Teluk Jewel, penduduk masih lagi berasa takut.

Selepas dikekang sekian lama, Kultus Ular Kembar tidak sabar untuk menunjukkan taring mereka.

Dan yang paling malang, khabar angin tentang ahli sihir semakin hilang kuasa tersebar di jalanan. Peramal tidak dapat menggunakan magik mereka.

Ini dapat dilihat dari kes pembunuhan keluarga Miller menjadi perbualan ramai di bandar masih tidak dapat diselesaikan.

Lord Bandar tidak keluar menunjukkan muka begitu juga ketua regimen ahli sihir. Majlis Perbandaran hanya menghantar lebih peronda saja.

Peronda ini hanya dapat memuaskan hati penduduk buat masa ini.

Tetapi mereka tidak dapat menghalang serangan dari Ular Kembar dan penganut jahat yang lain.

Bandar River Shore dan keseluruhan Pantai Timur berada dalam pergolakan. Dengar kata kelibat pencuri dapat dilihat di jalan utama.

Ini amaran awal yang huru-hara akan berlaku di seluruh dunia.

Marvin berjalan di jalanan, dengan angin bertiup dingin. Dia tidak dapat menahan diri untuk memakai baju dan berjalan dengan langkah yang tegap.

Renjer Guild.

Seorang pemuda penuh dengan debu dan memakai topeng berjalan masuk.

Beberapa pekerja merenung dari kaunter mereka, kemudian sambung buat kerja mereka.

Lelaki ini cuma renjer pangkat 1, oleh itu mesti bukan urusan yang penting.

Tetapi mengejutkan, lelaki itu terus berjalan ke satu kaunter dan mengetuk meja kecil.

"Aku perlukan jurunilai," Marvin berkata dengan suara garau.

Gadis di belakang meja itu menguap, "Barang apa yang kau nak nilai? Aku juga seorang jurunilai, aku juga jurunilai level lanjutan."

"Kau tidak mampu." Marvin menggeleng, "Aku perlu penilai level mahaguru."

"Apa?" Gadis itu terkejut.

"Level Mahaguru? Barang apa yang perlukan penilai level mahaguru untuk menilai ia?"

Dia melihat dengan sangsi, "Kau yakin? Aku boleh menilai beberapa barang juga."

"Ia berkaitan dengan pengetahuan goblin kuno, dan juga pengetahuan membuat ubat." Marvin terus berkata jujur.

Gadis itu terkaku.

Dia masih tidak lagi mahir dalam dua pengetahuan ini.

Hanya penilai level mahaguru yang ada peluang untuk mengetahui dua perkara ini.

"Sila tunggu sebentar. Guild kami hanya ada seorang penilai level mahaguru." Gadis itu menambah sambil tertunduk malu, "Tetapi dia sedang tidur ketika ini…"

"Jangan risau, aku boleh tunggu." Marvin mencari tempat untuk duduk.

Gadis itu bertanya untuk kepastian, "Kau tahu berapa kadar yang dikenakan untuk penilai level mahaguru?"

Marvin mengangguk, "500 perak."

"Kau betul ada wang sebanyak itu!"

Rasa hormat ke atas Marvin meningkat tinggi. Lelaki yang kurus dan lemah tanpa membawa banyak barang sebenarnya mempunyai wang sebanyak itu.

Marvin menilai gadis tersebut dan bertanya, "Adakah kau pelapis?"

Gadis itu mengangguk, "Aku anak murid Tuan Cole."

"Nampaknya bukan kau seorang saja anak murid Tuan Cole." Marvin berkata

Matanya selalu tepat. Gadis ini sensitif dengan duit. Dia memakai pakaian biasa dan dengan sekali pandang boleh tahu kewangan keluarga gadis ini tidak berapa bagus. Tetapi dia sangat bijak.

Jika Tuan Cole anggap dia penting, dia tidak akan diletakkan menjaga di kaunter.

Kelas jurunilai perlukan banyak wang di peringkat permulaan, oleh itu menjadi penilai level lanjutan yang datang dari keluarga miskin agak hebat.

Gadis ini agak jujur dan mengangguk.

"Nama aku Hathaway, anak murid Tuan Cole ke-27."

"Berapa lama kau dah jadi pelapis?" Marvin bertanya dengan muka tebal.

"Ah? Mungkin tiga bulan, lebih atau kurang." Hathaway menjawab dengan serius soalan itu.

"Adakah kau dah dapat pekerjaan?" Waktu bila tidak penting, Marvin cuba untuk mendapatkan apa yang dia boleh.

Dia tidak sangka yang Hathaway menggeleng kepala, "Dunia ini sangat kejam, encik. Sebenarnya, orang yang menguruskan kumpulan perdagangan dari Bandar Sail Boat telah datang menjemput aku menjadi penilai di sana."

"Tetapi dia mati dalam perjalanan. Kulitnya disiat. Aku dengar itu kerja penganut Ular kembar." Nampak ketakutan di mata Hathaway. "Siapa berani keluar sekarang? Aku rela menjadi kerani di Bandar River Shore. Aku tak nak bertemu dengan orang dari penganut jahat mana-mana."

"Aku minta maaf." Marvin memujuk, "Mungkin akan lebih baik masa akan datang."

Hathaway menggeleng kepala, menganggap pujukan Marvin ialah belas kasihan orang luar.

Tetapi sebenarnya, Marvin memang fikir untuk mengupah penilai. Walaupun dia hanya level lanjutan saja, dia boleh melatih Hathaway perlahan-lahan.

Walaupun Lembah White River belum dapat lagi, Marvin dah merancang apa dia perlu buat selepas dapat wilayahnya kembali.

Di dunia ini, terdapat kuasa yang hebat tetapi sudah dikawal. Itulah pengembara.

Jika Marvin ingin menguatkan Lembah White River, dia perlu bantuan mereka.

Sebab itu dia berkerja keras. Tanpa penilai di wilayahnya ialah tidak boleh.

Dia berbual kosong dengan Hathaway.

Tidak kurang dari sejam, Tuan Cole akhirnya muncul.

Di dalam lounge VIP renjer guild.

Marvin duduk di hujung meja manakala Hathaway berdiri di sisi.

"Permata Laut Dalam." Tuan Cole meletak kanta pembesar ke bawah dan menggosok mata. "Kau memang sangat bertuah. Benda ini mempunyai kuasa perosak hebat jika berada di tangan tukang ahli sihir. Benda ini merupakan bahan utama untuk membina patung mekanikal hantu. Tanpa permata laut dalam, ketangkasan patung mekanikal hantu akan menurun."

"Kadar ketulenan permata laut dalam seperti ini boleh diproses menjadi 8 pecahan permata, dan digunakan untuk membuat patung mekanikal hantu. Persekutuan Ahli Sihir Selatan rasanya ada pelan untuk patung mekanikal hantu. Kau patut jual kepada mereka. Ia mungkin bernilai sangat tinggi!"

Marvin mengangguk tenang dan menyimpan permata itu semula.

Dia tahu permata itu sangat bernilai, tetapi tidak sangka setinggi itu. Jika betul itu permata laut dalam, Marvin tahu ahli sihir yang fokus mereka kepada transmutasi tanah liat sanggup membayar harga yang tinggi.

Tetapi ia ada kegunaan lain selain dari membina patung mekanikal hantu, iaitu menguatkan jampi serapah.

Ramai yang tidak tahu mengenai informasi ini. Ada beberapa ahli sihir berbakat sahaja yang tahu.

Tetapi, dalam dunia Feinan sekarang, hanya ahli sihir saja yang tahu mengenai informasi ahli sihir. Orang lain termasuk mahaguru penilai juga tidak tahu mengenai informasi ini.

Marvin antara yang terkecuali.

Dia mengeluarkan satu item lagi untuk dinilai.

Itu sebotol ubat yang dia dapat dari crimson monastery.

Dia hanya menggunakan pengalaman yang banyak untuk meneka benda ini ialah ubat.

Dia tidak pasti jika mahaguru penilai boleh memberikan jawapan.

Cole mengambil botol ubat tersebut dengan muka yang serius.

Menilai ubat ialah perkara yang paling leceh.

"5 emas ahli sihir," Cole berkata. "Harga mati. Sebab aku perlu minta bantuan kawan yang mahir dalam ubat untuk bekerjasama. Dan dia pelapis ahli sihir sebenar."

Marvin dengan penuh yakin membalas, "Tiada masalah."

Dua jam kemudian, hari sudah malam ketika Marvin keluar dari renjer guild itu.

Dia telah belanja 5500 perak untuk menilai, tetapi tidak langsung rasa rugi.

Permata laut dalam, baiklah.

Dan juga, penilaian ke atas ubat tersebut adalah [Kekuatan Naga]!