webnovel

Era Feinan

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Sean memang layak mendapat gelaran sebagai Mahaguru Pertolongan Cemas. Nampaknya dia bukan saja seorang penukang besi malahan juga seorang doktor.

Akhirnya dia siap melakukan pemulihan kepada buku lali Marvin.

Walaupun Marvin terpaksa menggunakan topang ketiak untuk berjalan, dia perlukan masa sekurang-kurangnya dua atau tiga hari untuk pulih.

Ini sudah dikira sangat bagus. Masalah dengan kecederaan adalah ia selalunya tidak pulih sepenuhnya dan akan memberikan efek pada masa akan datang.

Dalam bidang ini, kehebatan organisasi Perantau Malam ditonjolkan.

Walaupun mereka hanya ada lapan belas orang saja, sebagai bekas ketua, Sean masih ada beberapa barang yang menarik.

Termasuk skrol sihir divine dan juga beberapa ubat rahsia.

Nilai ubat tersebut sangat tinggi tetapi dia tiada sedikit keraguan semasa menggunakan kepada Marvin.

Dapat dilihat dari tindakan dia, dia telah memutuskan untuk mengambil Marvin sebagai perantis.

Betul, perantis.

Selepas melengkapkan misi pertama, Marvin belajar dengan Sean proses untuk menjadi Perantau Malam. Ia lebih rumit dari apa yang difikirkan sebelum ini.

Dia masih lagi seorang perantis ketika ini dan perlu melalui ujian selama setahun sebelum secara rasmi naik pangkat kepada Perantau Malam!

Tetapi masa setahun terlalu lama buat Marvin!

Dia tidak menjangka perkara seperti ini berlaku!

Jika dia tahu lebih awal masa satu tahun diperlukan untuk tempoh ujian, dia tidak akan mengambil keputusan untuk memilih cabang ini walau apa yang terjadi.

Tetapi Sean telah perasan perubahan yang ditunjuk Marvin dan terus memberikan penerangan untuk memuaskan hati Marvin.

Selepas mendengar penerangan Sean, Marvin menarik nafas lega.

"Rupanya begitu."

Dalam masa dua hari ini, Marvin berehat sepenuhnya di kedai tukang besi ini. Pada waktu itu, anak perempuan tukang besi bernama Jane datang melawat dan meminta maaf kepada Marvin dengan sedikit malu.

"Nampaknya kau memang datang untuk mencari ayah aku. Aku ingat…" Gadis itu berkata dengan malu.

"Jangan risau, gadis yang berhati-hati merupakan perkara yang sangat bagus. Masakan bubur dimasak oleh kau juga sangat sedap." Marvin tersenyum.

Muka Jane mula bertukar merah dan mencari alasan untuk meminta diri. Marvin tidak kisah. Dia bukan datang ke sini untuk mencari jodoh. Jika dia dapat belajar cara bertukang dengan Sean itu sudah lebih dari mencukupi.

Tetapi selepas berkata begitu, rasanya wilayah aku tiada penjahit yang bagus lagi?

Dua hari kemudian, Marvin pulih sepenuhnya dengan bantuan pelbagai jenis ubat rahsia dari organisasi Perantau Malam.

Dia telah sihat dan cergas semula.

Sean yang melihat keadaan Marvin ini mengangguk tanda dia sudah bersedia.

Ini kerana misi kedua akan bermula.

Pada waktu lewat malam di belakang kedai tukang besi.

"Aku tidak sangka terdapat ruang bawah tanah di sini."

Marvin mengikut penukang besi tua itu ke ruang bawah tanah.

Terdapat tangga berpusar di pintu masuk dan lilin berkelip-kelip sentiasa.

Keadaan di sini nampak suram. Kedengaran suara seseorang dari jauh membaca satu mantera dari era kuno dengan suara yang perlahan.

"Perantau Malam merupakan sebuah organisasi yang sangat rahsia. Hanya beberapa orang saja tahu kewujudan kami," Sean memberikan jawapan.

"Termasuk anak perempuan kau?" Marvin bertanya.

"Budak, jika kau berani berkata sesuatu berkenaan Perantau Malam di depan Jane… Aku akan pastikan kau dibelasah teruk walaupun aku telah kehilangan separuh kuasa bertarung ketika ini," tukang besi tua itu mendengus.

Marvin mengangkat bahu, tidak sedikit takut ugutan itu. "Jane bukan budak sebaliknya dia sangat cerdik. Kau tidak akan dapat menyorok apa-apa darinya."

Penukang besi tua itu terdiam seketika sebelum menggelengkan kepala. "Aku hanya ingin dia jauh dari sebarang bahaya."

"Aku berharap dia dapat hidup aman sepanjang hayat ini."

"Agak sukar," Marvin membalas.

"Budak, apa yang kau telah lihat?" Penukang besi tua itu tidak dapat mengawal diri untuk bertanya, "Hathaway telah melihat kemusnahan. Bagaimana pula dengan kau?"

"Bencana." Marvin berterus terang. "Tiada siapa yang akan terselamat. Jika kau mahu dia hidup dengan aman, aku rasa Pekan Oak bukan pilihan yang bagus."

Sean memberikan renungan yang penuh curiga sebelum berkata:

"Kita sudah sampai."

Mereka akhirnya tiba.

Di penghujung tangga tersebut terdapat sebuah bilik yang sempit.

Di penghujung bilik itu terdapat mural yang hitam legam.

Kandungan di mural itu juga sangat misteri. Terdapat sepasang mata dengan kuasa misteri di dalam pancaran itu.

Di dalam pancaran tersebut terdapat tulang belulang yang sangat banyak dan orang di dalam berhempas pulas dan berteriak dengan sedih.

Walaupun ini lukisan yang biasa, tetapi ia memberikan impak kuat bagi Marvin!

"Ini ialah…"

"Ini ialah kejadian oleh era orang kuno ketika menghadapi Malam Abadi," Sean membalas. "Raja Malam telah tinggalkan kegelapan untuk pertahankan kehidupan di Feinan dari raksasa dan pendatang dari menjajah."

"Era kuno?" Marvin terkedu.

Dia tidak berapa tahu berkenaan Raja Malam. Informasi di dalam permainan video jarang berkata tentang Raja Malam. Rasanya informasi yang berikut akan memberikan penerangan yang lebih jelas.

Ketika Marvin dibangkitkan semula, tubuh badan asal Raja Malam masih belum muncul.

Berdasarkan pengetahuan Marvin, secara kasar terdapat empat era dalam sejarah Feinan.

Pertama, order. Primal chaos dan order. Sebelum ketibaan Dewa Ahli Sihir Lance, kuasa magik di Feinan terkandung kuasa order dan chaos bertindih-tindih, menjadikan nyawa.

Pada masa era chaos, siang dan malam akan muncul dengan waktu yang pelik untuk masa yang lama. Sebagai contoh, 4 – 5 tahun malam tanpa henti.

Ini ialah legenda malam abadi.

Raja Malam muncul pada era ini. Sesetengah orang kata dia ialah iblis dari lembah paling dalam manakala sesetengah orang pula berkata dia ialah penjelmaan semula Dewa Ahli Sihir Lance.

Sebenarnya terdapat rekod Raja Malam muncul sebelum kemunculan Dewa Ahli Sihir Lance lagi.

Era chaos dan order tamat dengan kedatangan Lance.

Lange membuat Grail Suci, dan membina Kolam Magik Alam Semesta menyebabkan dunia lebih berat kepada order.

Pada waktu itu, dewa pertama alam semulajadi dilahirkan di Feinan bernama Fertile. Fertile merupakan salah seorang dari elves tinggi Feinan. Dia menjadi dewa elven kuno dari cara yang tidak diketahui. Dia mempunyai hubungan yang rapat dengan Lance.

Lance pada waktu itu sibuk berlawan raksasa dari luar. Dia terus memberikan Feinan kepada Fertile secara sementara.

Sebab itu elves tinggi terus menjadi dominan dan memerintah segalanya.

Ini ialah era kegemilangan ke-2. Selain dari elves, bangsa lain lebih rendah taraf.

Dewa elven kuno tidak menyukai situasi ini dan meninggalkan Feinan untuk membantu melawan musuh. Selepas itu dia terus melalui proses hibernasi. Selepas elves pergi, manusia memerintah pada era ke-3. Ini juga merupakan era Tablet Takdir Ketiga muncul.

Mereka yang berjaya mendapat serpihan tablet tersebut menjadi dewa.

Kebanyakan dewa yang wujud ketika ini dibentuk dari kuasa tablet takdir pada era ketiga, selain dari dewa kuno generasi pertama dan juga beberapa dewa alam semulajadi.

Selepas Dewa Ahli Sihir Lance kembali ke Feinan, dia membentuk era ahli sihir dan martabat manusia meningkat dengan mendadak.

Pada era keempat, Dewa Ahli Sihir pergi sekali lagi. Tetapi kali ini dia pergi meninggalkan dengan selama-lamanya.

Dewa yang bangkit dari era ketiga mula rasa resah.

Ini disebabkan ramalan berkenaan tablet takdir keempat berada di dalam kolam magik alam semesta, tetapi mereka perlu musnahkan ia. Selepas dimusnah, ia akan muncul di atas Feinan!

Sebab itu era keempat, pemerintahan yang menakutkan berakhir dan membuka tirai era yang baru.

Memori ini bermain perlahan di dalam fikiran Marvin.

Lukisan di depan matanya kelihatan semakin jelas.

"Mari, satu tahun menjadi perantis. Aku harap kau dapat bertahan."

"Aku mahu kau tahu halangan kali ini menguji kesabaran!"

Sean menekan tangan di salah satu mata dan memberi isyarat untuk Marvin melakukan perkara yang sama.

Dia mula membaca mantera yang Marvin sukar untuk faham.

Mantera ini sangat rumit dan mengambil masa selama tiga minit.

Tiba-tiba, Marvin dapat rasakan tapak tangan panas dan kuasa tarikan datang dari mata tersebut!

Dia terus disedut ke dalam mural!

Kegelapan.

Marvin mempunyai darksight tetapi di dalam ini dia tidak dapat melihat apa-apa.

Ini ialah [Syurga Malam Abadi] yang merupakan alam tidak lengkap kepunyaan Raja Malam!

Memang tepat, Marvin terpaksa menjadi perantis selama setahun di dalam alam tidak lengkap ini.

Berita baik masa di dalam ini berlalu sangat berbeza.

Setahun di sini bersamaan dengan sehari di Feinan!

Disebabkan ini Marvin membuat keputusan untuk meneruskan kenaikan pangkat Perantau Malam. Jika tidak, dia terpaksa balik semula ke Menara Three Ring untuk teruskan Pertandingan Grail Suci nanti.

Tetapi masa setahun ini juga bukan mudah.

Ini kerana masa tetap berlalu.

"Apa yang aku perlu buat?" Marvin bertanya.

Suara Sean bergema dari jauh. "Engkau adalah perantis aku, sudah tentu aku ada sesuatu yang perlu kau lakukan."

"Apa yang kau rancang?" Marvin bertanya, terkejut.

"Clang! Clang!"

Suara besi dihentak bergema dari jauh.

"Aku ialah penukang besi," Sean menjawab.

"Mari budak! Untuk masa setahun ini, aku mahu kau berkawan dengan relau dan penukul!"