Tanah Gersang Merah merupakan kawasan yang lengang.
Terutama sekali kawasan liar ketika waktu malam. Marvin berjalan seorang diri dan tidak pernah bertembung sebarang hidupan yang mempunyai akal melainkan dari raksasa yang mengaum sahaja.
Peta kecil ini tidak mengikut skala yang betul berdasarkan apa yang Marvin lihat setakat ini. Laluan Daun Layu lebih panjang dari apa yang Marvin bayangkan.
Marvin berjalan sepanjang malam sebelum meninggalkan langit yang menindas ini.
Nasib baik tiada lagi halangan yang melecehkan di laluan dan hanya terdapat raksasa biasa sahaja selepas dia membunuh Balkh. Marvin boleh merentasi tanpa sebarang usaha keras.
Kelebihan yang Marvin dapat ialah dia kurang berhadapan dengan masalah tetapi dari segi kekurangan pula, Marvin tidak dapat menerima sebarang nilai Comprehension lagi.
Ketika ini Comprehension dia sudah mencapai [8/10].
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com