Markas utama Persekutuan Ahli Sihir Selatan Pantai Timur. Bilik mesyuarat Jabatan Kewangan.
"Apa pendapat kamu semua tentang permohonan pinjaman yang banyak dari Baron Marvin?" kata seseorang dengan suara yang kecil.
Empat orang yang lain masih senyap.
Selepas seketika, terdapat seseorang yang mengejek, "10000 emas Ahli Sihir? Tidak pernah lagi sejak persekutuan ditubuhkan memberi pinjaman sebanyak ini, betul tak?"
"Apa yang dia gunakan sebagai cagaran?"
Orang pertama yang berkata ialah seorang wanita. Dia merupakan ketua jabatan kewangan, O'Connor.
Dia menjeling pada lelaki yang mengejek tadi dan berkata, "Encik Peter, tolong jangan cakap benda yang mengarut dulu jika kau belum baca laporan penilaian itu?"
Peter terdiam.
Semua orang melihat dokumen nipis di depan mereka.
Ini merupakan laporan penilaian tentang Marvin dan juga potensi perkembangan Lembah White River.
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com