Marvin terkaku.
Teraan di tapak tangannya mula membara ketika Molly selesai bertanyakan soalan itu.
Marvin ingat ia merupakan ilusi sebelum ini tetapi sekarang dia perasan terdapat Penimbang Kebenaran versi mini pula!
Dia tahu betapa hebatnya kuasa Dewi Kebenaran. Memang mustahil untuk mengagak kuasa dia berdasarkan para Dewa yang ada ketika ini jika dia pulih.
Kebanyakan Dewa dan Syaitan di seluruh alam semesta tidak akan berani mencari pasal dengan dia jika dia menjadi Pelindung Dewi Kebenaran.
Ini merupakan satu godaan yang besar.
Tetapi dia menggelengkan kepala dan menolak jemputan Molly itu.
Jawapan Marvin sungguh mudah.
"Aku hanya melindungi mereka yang perlukan perlindungan aku."
"Aku merupakan seseorang yang tiada iman. Kebenaran memang sangat berharga tetapi maafkan aku. Aku tiada kebolehan untuk percayakan satu benda sahaja."
Jawapan seperti ini langsung tidak membuatkan Molly terkejut.
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com