webnovel

Jangan Tanya Seorang Lelaki Sama Ada Dia Boleh Lakukannya atau Tidak

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Tang Ye mengepal penumbuknya melihat wajah selamba Tang Lang. Urat-urat biru mula timbul di tangannya. Ada kesakitan dan kemarahan yang terpancar di sebalik kaca mata tidak berbingkainya itu. "Kamu..."

Tang Lang cuba mengelak dari bertentang mata dengan Tang Ye. Dia tidak sanggup melihat pandangan lelaki itu yang kelihatan begitu terseksa. Dia menutup matanya. "Abang Senior, mari kita berlawan. Siapa yang menang akan dapat bawa Adik Perempuan Junior pergi. Setuju?"

Selepas berdiam diri beberapa ketika, Tang Ye menjawab dengan tenang, "Okey."

Ning Xi bingung melihat situasi yang sedang berlaku di depan matanya itu. 

Apa... Apa yang sedang berlaku?

Abang Senior Kedua dah mengkhianati organisasi? Dia bekerja untuk siapa sekarang?

Tadi, lelaki itu seolah-olah ingin cuba menjatuhkan Abang Senior Pertama untuk menyelamatkannya...

Adakah Tang Lang bekerja untuk Si Syaitan sekarang?

Mustahil!

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com