webnovel

Mereka Berkucupan!!!

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Lelaki ini mempunyai bakat yang sangat hebat. Kelebihannya untuk memperbaiki gaya serangannya dalam masa yang singkat sangat luar biasa!

Sudah tidak ada gunanya lagi mereka bertarung kerana ia jelas sekali bakal berakhir dengan keputusan seri. 

Tetapi, masa tidak menunggu sesiapa. Tang Lang sudah tidak mampu berlengah lagi. Dia perlu membawa Ning Xi pergi secepat mungkin kerana orang-orang Iblis akan sampai ke sini pada bila-bila masa sahaja!

Dia perlu memikirkan sesuatu yang boleh menjamin kejayaannya...

Tak guna! Ia terlalu sukar! Tang Ye terlalu berhati-hati dan langsung tidak memberinya peluang untuk membuat serangan balas!

Sedang dia leka mengatur rancangan untuk membawa Ning Xi pergi dari situ, tiba-tiba sebuah penumbuk singgah di mukanya. Pipinya terasa pijar. "Tak guna kau, Tang Ye! Kau nak bunuh aku ke!?!"

Tumbukan itu begitu kuat!

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com