Di Bandar Filem, para staf Sembilan Alam sedang bekerja.
Di tengah-tengah lautan pokok buluh yang menghijau, dua sosok badan yang memakai baju berwarna hijau dan merah sedang bertukar pukulan dengan agresif. Mereka berdua sangat serasi dan mempunyai gerakan yang teratur, pergerakan mereka lancar seperti awan yang beralun dan air yang mengalir, mempesonakan mata yang memandang. Walau bagaimanapun, jika dilihat dengan jarak dekat wajah gadis itu, dia kelihatan sedikit pucat.
Beberapa minit kemudian.
"Cut! Ning Xi, bagus sekali, tapi berdasarkan prestasi kamu, kamu boleh buat dengan lebih baik! Kita rehat dulu sepuluh minit, lepas tu kita sambung lagi sekali!" arah Guo Qisheng.
"Baiklah." Ning Xi mengangguk sambil mengesat peluhnya dan kembali ke kawasan rehat.
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com