webnovel

Dia Bosan Sangat Ke?

Editor: EndlessFantasy Translation

Akhirnya adegan itu selesai dengan lancar selepas melakukan penggambaran beberapa kali.

Ning Xi duduk di atas kerusi sambil menunggu "adegan kematian" yang terakhir bermula.

Selepas adegannya dengan Jiang Muye, adegan seterusnya adalah adegan Meng Shiyi dengan Jiang Muye yang merupakan adegan berlawan juga. Meng Shiyi sangat berpengalaman. Dia hanya membuat tiga adegan dengan sekali penggambaran sahaja. Orang ramai memuji kemahiran lakonannya.

"Kak Shiyi hebatlah!"

"Dia membuktikan yang dia adalah dari Kem Kemampuan! Semua adegan yang dia buat dalam satu 'take' je!"

"Saya dengar masa Ning Xi berlakon dalam filem 'Dunia', dia pun terkenal sebab dapat buat dalam satu 'take' jugak!"

"Khabar angin palsu je kot. Walaupun lakonannya agak baik, tapi dia tak boleh lawan Kak Shiyi!"

Selepas Meng Shiyi selesai penggambaran, dia melihat Ning Xi dengan angkuh dan sombong.

Ning Xi tidak ada mood untuk melayan kemegahan Meng Shiyi.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com