Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.(A-li'Imraan 3:8)
cuaca tenang di pedalaman hutan, bunyi kicauan burung-burung menandakan suasana damai,ruang tingkap pondok usang itu kelihatan keluar asap dari dapur...
sementara itu di ruang tengah rumah kelihatan tubuh mat Zin di baluti Kain yang di rendam dengan rempah Dan akar kayu.,di suatu sudut lain di luar pondok itu lelaki tua berjambang putih sedang meletakkan sirih di atas tapak tangannya,sambil mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu,Lalu daun sirih tersebut menggelembung Dan meletup. 'cantik' bisik lelaki tua tersebut. di angkatnya mat Zin dari ruang tengah pondok tersebut ke luar rumah.... kelihatan berlubang tanah di depan pondok itu,Dan kemudian lelaki tua tersebut meletakkan mat Zin kedalam lubang tersebut Serta lelaki tua itu menimbus badan mat Zin separas bahu....matahari Kian memuncak tepat di atas kepala mat Zin.. tiba-tiba kedengaran suara mat Zin meraung kepanasan"aaaaarrrrgghhhh"!!
'apa kau merasai panasnya tanah tersebut? Tanya lelaki tua itu kepada mat Zin yang Baru terjaga.
'panas tok'jelas mat Zin.
'bagus' setelah sebulan engkau terkaku di dalam pondok mu,kini engkau beransur pulih, untungnya kau masih merasai kesakitan itu. jelas lelaki tua tersebut. setelah beberapa jam di timbus dalam tanah mat Zin di arahkan Mandi Dan membersihkan diri di air terjun berdekatan.mat Zin sudah mula pandai melangkah walaupun dalam keadaan bertatih.
suasana di sebuah hutan tebal lainnya... si pahlawan sedang menanti kedatangan seseorang...si pahlawan yang sudah pulih sepenuhnya dari Luka hirisan kuku si jembalang sedang menyusun sejadah Dan bersedia menanti masuknya waktu zohor... kedengaran pintu rumahnya di ketuk seseorang....si pahlawan membuka pintu tersebut...di hadapannya berdiri seorang lelaki berjubah hijau..melemparkan senyuman kepada si pahlawan...si pahlawan menjemput lelaki tua itu masuk dan tepat waktu zohor tiba,si pahlawan mempelawa lelaki tua tersebut menjadi imam Dan si pahlawan sebagai makmum...mereka menunaikan solat bersama.
Di suatu sudut lain di ruang sebuah rumah,mbah suro sedang mempersiapkan dirinya untuk sesuatu tujuan,di atas katil yang tersedia kelihatan seorang wanita cantik dalam keadaan tidak berpakaian sedang menanti mbah suro...mbah suro menjamu matanya melihat wanita cantik di hadapannya sedang bersedia untuk melakukan apa sahaja kehendak mbah suro.wanita berambut ikal tersebut Memandang mbah suro dengan jelingan menggoda....'baringlah,akan ku jamah tubuh mu'jelas mbah suro dalam keadaan berbisik.
Di tengah belantara tidak jauh dari gunung sarangan,sekelompok bunian yang lari dari malapetaka yang menimpa mereka sedang bersembunyi di dalam sebuah gua di lembah-lembah.. kelihatan sang raja bunian dengan wajah yang bengis sedang dalam keadaan memikirkan sesuatu,manakala rakyatnya yang terselamat dari bencana sedang membina penempatan Baru. kedatangan 'qutbul jalalah' memang tidak di sangka-sangka...telah menghancurkan penempatan mereka,ramai dari kalangan tentera-tentera bunian yang terkorban. kehebatan tentera-tentera bunian sebelum ini tidak dapat di sangkal...namun dengan kedatangan lelaki tua berjubah hijau tersebut amat mengejutkan mereka.'siapa gerangan lelaki tua berjubah hijau itu'?raja bunian berbisik sendirian.
Diruangan surau yang terletak di tempat pengajian begitu ramai anak-anak murid sedang meraikan majlis kesyukuran selamat kembali 3 pemuda yang hilang... di suatu sudut ustaz yunus kelihatan termenung memikirkan sesuatu,...sudah sebulan berlalu, mat Zin menghilang begitu sahaja,sedaya upaya ustaz yunus menggunakan berbagai cara untuk mencari mat zin tetapi tidak juga jumpa,....segala ilmu telepati telah di gunakan, tetap sahaja tidak Ada jawapan.'kemana menghilangnya mat zin'bisik hati kecilnya. kelihatan resah terpamir di wajah ustaz yunus. di arahnya harith supaya di campakkan buah kelapa di dalam sungai...malah tidak timbul-timbul kelapa tersebut....apa yang terjadi pada mat Zin?bisik hati kecil ustaz yunus.