webnovel

My Reflection of You(Malay)

Seorang model yang kurang menghargai apa yang telah dimilikinya 'bertukar hidup' dengan seseorang yang tak pernah rasa dihargai.

max_murni · Général
Pas assez d’évaluations
33 Chs

Bab 2

Petang tu, kami bersiap untuk keluar makan malam seperti yang di beritahu abang Amir tadi; kami pergi dengan menaiki 2 buah kereta memandangkan seluruh keluarga pergi bersama. Ayah, mak, Abang Hakimi dan keluarganya menaiki kereta Abang Hakimi manakala aku, Abang Amir dan abang Omar menumpang kereta abang Omar.

"Abang Amir…" dengan perasaan ragu-ragu tapi masih ingin tahu; aku memulakan perbualan.

"Hmm…" Dia menjawab selari matanya masih tertumpu pada jalan di hadapannya.

"Abang nak balik lagikah pada rumah sewa abang tu, lepas ni?"

"Kenapa kau tanya; kau tak sabar nak aku keluar rumah tu ke?"

"Bukanlah! Saja nak tanya… lagipun, kalau abang tak ada di rumah tu; Mia tak ada kawan… Abang Omar busy je memanjang.. Abang Hakimi memang taklah nak layan Mia.."

"Tahu pun! Aku ingat kau tak perasan…"

"Mia ni memang sayangkan kau lebih, kau je yang tak perasan, Amir… Dalam 3 orang abang dia ni, dia melekat pada kau je; dengan kita orang bukan dia nak sangat pun."

"Kenapa, kau jealous ke? Aku nak buat macam mana, Charm aku lebih dari kau…" nadanya kedengaran sinis.

"Apa pula? Mia sayang semua abang-abang Mia lah… Cuma, Abang Amir selalu ada dengan Mia; Abang Hakimi dan Omar kan selalu sibuk dengan belajar dan kerja. Sebab tu Mia rapat dengan Abang Amir…" terangku panjang lebar selari menjeling ke arah abang Amir yang dari tadi mendiamkan diri; aku cuba untuk tidak menyinggung perasaannya lagi.

Semenjak peristiwa 2 tahun yang lalu, Abang Amir telah menjadi makin sensetif dan cepat tersentap dari dirinya yang dulu; itu membuatkan aku makin berhati-hati untuk berbicara dengannya.

2 tahun yang lalu;

"Tak! Aku tak benarkan kau kahwin dengan perempuan macam tu! Kau tahu dia macam mana, kan? Kenapa kau degil sangat?"

"Ayah, Amir betul-betul sayangkan Laila; Amir tak nak kahwin dengan sesiapa selain dari dia!"

"Kau tahu perempuan tu kerja apa, kan? Kenapa kau nakkan dia juga; dah habiskah perempuan baik dalam dunia ni, perempuan yang macam tu yang kau nak buat bini?"

"Ayah, itu cuma kerja dia saja. Amir janji, lepas kahwin nanti Amir akan suruh dia berhenti dari kerja dia tu. Boleh, kan? Tolonglah ayah…"

"Tak! Keputusan aku tetap tidak. Aku takkan benarkan kau kahwain dengan perempuan macam tu; aku tak nak nanti kau menyesal dengan hidup kau nanti, Amir!"

"Tapi, ayah…"

"Kalau kau berkeras juga, kau jangan panggil aku ayah." Pada ketika itu, ketegasan dan ego ayah sama-sama tak mahu mengalah; menyebabkan abang terpaksa mengalah demi menjaga hubungan keluarga kami. Tak lama selepas itu, Abang dapat tahu yang teman wanitanya iaitu seorang model; Laila Qalisya, telah pun berkahwin dengan pengurusnya sendiri.

Sejak itu, abang Amir mula menjauhkan diri dari keluarga kami dan kurang bersemangat untuk bekerja; membuatkan dia selalu dibuang kerja dan menganggur seperti sekarang. Ada juga aku mengusiknya dan cuba menghiburkan hatinya; mengharapkan dia akan bersemangat kembali. Abang-abang ku yang lain juga cuba kenalkannya pada gadis lain. Tapi, dia selalu mengelak dari terbabit dengan mana-mana hubungan lain selepas itu.

'Mungkin abang masih sayangkan Kak Laila…' Aku melepaskan keluhan kecil selari kereta kami masuk menyusur kawasan restoran yang dimaksudkan.

Kenderaan mereka tiba di kawasan restoran tak lama selepas itu; Amir dan Hakimi memandu ke arah tempat meletak kereta selepas menurunkan ahli keluarga mereka dipintu masuk restoran.

"Jadi?" Omar yang masih mengekori abangnya mula bersuara, memandangkan Amir tidak memberi respon sejak tadi.

"Apa?"

"Yang adik kita tanya tadi, kau tak jawab lagi… kau nak balik lagikah ke rumah sewa kau tu, lepas ni? Kan kau masih menganggur?" Keluhan yang terasa berat dilepaskan Amir sebelum mula bersuara;

"Mestilah aku akan balik; tu kan rumah aku… Tapi, bukan sekarang; mungkin aku akan tinggal dalam beberapa minggu lagi sebelum balik ke rumah sewa aku itu. Lagipun, aku tak naklah Mia tu mati kebosanan sebab aku tak ada nanti." Nadanya bersahaja selari dia masih tertumpu pada pemanduannya.

"Haha…"

Sementara itu;

"Kau pasti disini tempat perjumpaan tu? Kenapa nampak dull sangat tempat ni?" Amry menunjukkan reaksi tak puas hati selari menarik kerusi untuk duduk.

"Yelah… aku pasti. Kau duduklah dulu, aku nak call diorang kejap."

"Hmm… cepat sikit buat kerja tu." Arahnya selari memasang headphone dikepala; pengurusnya mengelengkan kepala dengan sikapnya itu.

"Makin menjadi-jadi perangai budak ni." Mazlan merungut sambil mula mendail nombor pelanggan yang sepatutnya mereka jumpa disitu.

Hampir beberapa minit berlalu sejak pengurusnya keluar untuk menggunakan telefon; Amry yang menjadi makin hilang sabar dengan keadaan itu bangun dari tempat duduknya untuk ke tandas. Dala perjalanannya; dia terlanggar seorang lelaki tinggi berhud hitam sehingga jatuh ke lantai.

"Hoi! Butakah? Mana kau letak mata kau?" Kasar teguran Amry selari bangun dari situ; dari meminta maaf, lelaki itu hanya tunduk beberapa kali sebelum lari beredar dari situ. Dia makin berang apabila lelaki itu hilang dari pandangannya tanpa sebarang kata.

"Apalah malang nasib aku hari ni… si Lan ni pula, mana dia pergi? Makin hilang mood aku nak kerja…" rungutnya selari memasuki ruang tandas yang kelihatan jijik dipandangan matanya. Satu keluhan lagi dilepaskannya melihatkan keadaan ruang itu.

"Tandas awam memang macam inilah rupanya; ini pun nasib baiklah ada air dan tak seksa sangat nak bernafas. Hari tu, aku kena lagi teruk; dengan air tak ada, bau dia… Eeeer…. Nak ingat balik pun rasa macam nak muntah." Lelaki yang tak dikenalinya itu menggambarkan reaksi jijik sambil merungut perlahan; Amry cuba menahan dirinya dari tersenyum dek mendengar rungutan lelaki itu. Sejak dia berada dalam profession ini, dia sering cuba sedaya upayanya untuk tidak terlalu menonjolkan perasaannya yang sebenar; membuatkan dirinya menjadi makin tertekan dengan perasaan sendiri.

"Bertahanlah…" sempat lagi lelaki itu sambung selari meletakan tangannya keatas bahu Amry yang masih lagi kelihatan janggal dengan keadaan itu sebelum keluar meninggalkannya sendirian disitu.

"Pfft…What was that?" Akhirnya lelaki itu tak dapat menahan tawanya apabila dia telah tinggal sendirian.