webnovel

Bab 1

"Ikmal Amir Qushairi! Apa nak jadi dengan kamu ni?"

'Dah mula dah mak ni…' Amir menjamah sarapan yang disediakan ibunya itu dengan memekakkan telinganya sambil diperhatikan Mia disisi.

"Kamu ni dah masuk 30 tahun tahu tapi; satu kerja pun susah nak lekat. Asal kerja saja, tak sampai 3 bulan dah berhenti; tak sampai 3 bulan, dah berhenti. Bila kau nak berubah ni? Tak bolehkah kamu jadi macam abang kamu; Hakim dan adik kamu, Omar? Bertahan dengan kerja mereka sampai sekarang; siap naik pangkat lagi! Apa yang nak jadi dengan kamu ni, Amir? Nasib baik ayah kamu keluar dengan adik kamu sejak 1 bulan lepas; kalau tak, mesti dia pun bising…" Mia pula yang terkebil-kebil mendengar bebellan ibu mereka sedangkan abangnya kelihatan tenang dari tadi.

"Mak bukannya apa, Amir… mak risaukan Amir sebab sejak sekolah lagi Amir nampak ada potensi dari adik beradik yang lain; tapi, Amir tak pernah nak gunakannya dengan cara yang betul. Amir ni bukannya tak bijak, cuma tak nak gunakan peluang yang ada tu." Bagai menunggu jawapan dari anak terunanya itu, wanita itu mendiamkan diri sambil memberi perhatian padanya; tapi hampa.

"Amir fikir-fikirkanlah apa yang mak cakap tadi; mak nak pergi bersiap. Abang kamu nak bawa mak keluar untuk jemput ayah nanti." Wanita itu melepaskan keluhan kecil sebelum bangun untuk ke dapur. Mia yang dari tadi duduk disitu berasa agak bersalah kerana tak dapat berbuat apa-apa; lantas mengalihkan pandangnnya pada Amir.

"Abang! Kenapa buat mak macam tu? Abang tahu mak risaukan abang, kan? Sekurang-kurangnya bagilah respon ke, apa ke… ni, buat tak tahu saja!" Lelaki itu yang dari tadi kelihatan berselera menikmati sarapannya berhenti dengan kata-kata adiknya.

"Habis tu, kau nak aku buat apa? Takkan aku nak cakap yang aku janji aku akan berubah; sedangkan kau sendiri tahu, itu mustahil…" Nadanya perlahan, tanpa perasaan; ternyata Mia terkejut dengan jawapan keduanya itu yang selama ini sentiasa kelihatan bersahaja dan carefree.

"Bukan macam tu… Mia cuma…"

"Kau tak faham, Mia… kau budak lagi. Tak, kau takkan faham walaupun kau dah besar."

"Abang…" Aku makin keliru dengan pernyataan abang Amir tadi; apa maksud dia sebenarnya? Kenapa dia kelihatan murung dari selalu? Sakitkah? Atau dia ada masalah? Aku kena ambil tahu! Bagai disuntik semangat baru, aku bergerak dengan tekad untuk mengambil tahu perihal abangku yang selama ini menjadi teman sepermainanku sejak kecil.

"Ok… Ikmal Amir Qushairi; umur 31 tahun, menganggur sejak seminggu yang lepas, kerap bertukar kerja sebab masalah disiplin. Pfft… masalah disiplin; tak pelik langsung…" aku menjebikkan bibirku selari teringat akan kisah sewaktu kami masih di sekolah rendah.

Abang Amir yang sememangnya terkenal dengan fizikalnya yang tinggi dan besar, selalu menjadi 'pengawal peribadi' aku sewaktu di sekolah dulu. Memandangkan aku ni kontra dengan sifatnya; kecil dan rendah, aku selalu menjadi bahan kegemaran abang untuk lawak bodohnya.

'Tapi… bila diingatkan balik, bagus juga dia macam tu, dulu.' Aku tersengih sendirian apabila teringat akan peristiwa dimana Abang Amir membantu aku lari dari seorang pelajar OKU yang selalu mengangguku apabila aku melalui kawasan kelasnya. Memang tak disangkal, Abang Amir memang boleh kadangkala menjadi agak menjengkelkan; tapi kalau bukan kerana dia, kehidupan sekolahku pasti akan menjadi suram.

"Entah kenapa dia dari dulu suka sangat kejar Mia bila Mia jalan kat sini!"

"Dia suka kaulah tu!"

"Mana ada; pandai-pandai je abang ni! Mia tak kacau dia pun."

"Siapa suruh kau lalu kat sini? Macam tak ada jalan lain kat kawasan sekolah ni; depan kelas dia jugak kau nak jalan!"

"Sini kan shortcut nak pergi kelas; cepat sikit sampai… lagipun, malas nak lalu depan bilik guru tu…" Aku menjebikkan bibirku selari menjeling ke arah Abang Amir dengan perasaan tak puas hati.

"Menjawab je kerja kau…"

"Lagipun.. abang kan ada? Boleh jadi bodyguard Mia…"

"Pandailah kau! Kau nak nak bayar ke? Kalau kau nak bayar, aku sanggup juga!"

"Dengan adik sendiri pun nak berkira!"

Perbualanku dulu dengan abang Amir masih segar dalam ingatanku sampai kini; memang ketika itu kami agak rapat dengan satu sama lain kerana kami berdua bersekolah disekolah yang sama. Abang Hakimi dah masuk sekolah menengah dan abang Omar pula masuk sekolah di kampung ketika itu; tinggallah kami dua beradik di sekolah rendah yang sama. Dengan tak semena-mena, membuatkan aku tersenyum sendirian lagi.

"Kau ni dah kenapa tiba-tiba menyengih ni? Buang tebiat?" Suara yang datang dari arah pintu bilikku membuatkan aku terkedu seketika. Abang Amir menjengahkan kepalanya ke dalam dengan pandangan penuh tanda tanya di wajahnya.

"Ah, Abang! Terkejut Mia! Buat apa tiba-tiba terjengah kat sini ni?"

"Terkejut Mia… aku pun tak teringin nak kejutkan kaulah! Mak panggil kau dari tadi kat bawah, tak dengar ke? Ayah baru balik dari Airport tu; Abang Hakim nak ajak kita semua makan diluar malam ni." Perli Abang dengan nada yang paling menjengkelkan yang pernah aku dengar; rasa macam nak sembur je muka abang aku yag seorang ni! Nasib baiklah aku ingat aku ni perempuan dan kenit.

"Ye? Okay… nanti Mia turun… Abang turunlah dulu."

"Suka hati kaulah…" pendek saja reaksi abangnya selari mula menghilang dari pintu bilik Mia sebelum Mia mendapatkannya kembali.

"Abang, tunggu!"

"Apa kau nak?"

"Mia… nak minta maaf pasal pagi tadi… Mia tak bermaksud pun." Sekali lagi rasa bersalahku mulai membuak-buak; menjadi seseorang yang mempunyai rasa empati yang kuat dalam koloni yang mempunyai tahap sarkastik yang tinggi memang tak disangkal kadangkala agak memenatkan bagiku.

"Hmm… lain kali buatlah lagi…"

"Sorrylah…"

"Yelah…"

"Terima kasih abang!" walaupun sekali imbas, aku nampak sebaris senyuman terukir dibibir abang buat seketika; cukup membuatkan aku lega.

Next chapter