webnovel

Tidur yang Tidak Kunjung Tiba

Translator: EndlessFantasy Translation Éditeur: EndlessFantasy Translation

"Ini... Ini bukan benda lain melainkan hukuman yang diturunkan terus dari dewa-dewi," Kapak Besi bersuara perlahan. "Musuh akan dihentam secara tiba-tiba dan mereka tidak akan nampak batang hidung kita pun. Mustahil musuh biasa boleh menuruni laluan gunung itu apabila kita serang mereka dengan ini."

Setelah menyaksikan kuasa senjata yang dinamakan sebagai meriam katak itu, ketua komander Angkatan Tentera Pertama itu terpana apabila dia menyedari kesan yang akan berlaku apabila peluru itu mendarat di tengah-tengah bala tentera yang sedang berkawad. Peluru pertama tadi mendarat sejauh lima kilometer dari medan perang. Sama ada musuh akan meluru ke hadapan seperti orang gila, menghabiskan seluruh tenaga mereka sebelum sempat berperang, ataupun terpaksa memberanikan diri untuk terus mara dengan angkatan yang sudah berpecah-belah. Kemungkinan yang paling logik adalah mereka akan lari bertempiaran dan tidak bermimpi pun mahu mencabar Roland lagi.

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com