Sekarang Roland mula melaksanakan rancangannya untuk sistem keselamatan awam Pekan Sempadan.
Buat masa ini ada kira-kira 20,000 orang yang tinggal di Pekan Sempadan. Selain penduduk asal, ada juga bekas penduduk Kubu Longsong serta pelarian dari Rantau Timur. Apabila rombongan mencari pelarian yang dikerahkan oleh Barov kembali nanti, Pekan Sempadan akan mendapat lambakan pendatang dari bahagian selatan dan utara kerajaan itu juga. Struktur masyarakat Pekan Sempadan bakal menjadi lebih rumit dan mungkin akan memberi kesan terhadap kualiti populasi itu nanti. Insiden pergaduhan tempoh hari berkemungkinan besar boleh berulang kembali.
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com