webnovel

Tanpa api lilin yang meliuk-lentuk mahupun api yang marak bergemeretak di pendiang, bilik itu tetap terasa panas setelah dipasang pemanas sehingga jika penghuninya memakai baju nipis sekalipun, mereka tidak akan rasa sejuk semasa Bulan Kunjungan Iblis. Permata Cahaya yang diletakkan di meja sebelah katil menyinari bilik itu – sinaran kuning samar itu melimpahkan cahaya ke atas permaidani dan katil lalu membuatkan pemandangannya begitu selesa dan tenang.

Sambil duduk di bucu katil dan mendengar ciapan-ciapan perlahan yang kadang-kadang berbunyi dari saluran pemanasan, Roland terasa seolah-olah dia berada dalam sebuah mimpi. Dia bukannya berada di sebuah zaman masa silam yang kolot ataupun masa modennya yang penuh dengan perkakas elektrik, tetapi lebih tepat lagi, dia terasa seperti dia berada di... zaman kecilnya.

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com