webnovel

Permulaan Kehidupan Baru

Translator: EndlessFantasy Translation Éditeur: EndlessFantasy Translation

Selepas bakul terapung itu mendarat atas tanah, seorang ahli sihir yang berusia kira-kira 30 tahun dan berambut merah mencecah pinggang keluar dari bakul itu dan menghampiri mereka. "Hai, selamat datang ke Pekan Sempadan. Saya Wendy." Dia mengalihkan pandangan ke arah Ashes dengan wajah gembira. "Saya seronok awak ada sekali."

'Jadi inikah ahli sihir yang disebut Ashes itu? Nampaknya mereka macam sudah lama kenal', fikir Sylvie sambil memerhati mereka berdua.

"Hai, saya Anna." Mata Sylvie bercahaya apabila bertentang dengan mata Anna yang biru dan setenang permukaan sebuah tasik. Dia juga terkejut apabila melihat penzahiran kuasa sakti Anna – begitu kuat, bertenaga, dan tanpa cela. Sebuah bongkah berwarna hitam, putih, dan kelabu berpusing perlahan-lahan, malah mempengaruhi aliran kuasa sakti yang datang dari arah-arah lain.

'Hebatnya kuasa itu!' Itu kali pertama Sylvie melihat kuasa sakti sedahsyat itu.

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com