webnovel

"Jadi Heidi tercedera semasa dinda cuba tangkap dia?"

"Erm... Dia ditembak di kaki. Kami sudah hentikan pendarahan tapi buat masa ini dia tidak dapat berjalan."

"Bagaimana dengan yang lain?"

"Seorang ahli sihir Persatuan Taring Berdarah bernama Skyflare terkorban semalam," jawab Tilly perlahan. "Tetapi ahli-ahli sihir dinda semuanya selamat."

Roland mengangguk dan berkata lagi, "Kanda akan minta Nana sembuhkan Heidi. Tentang hal lain pula, kita boleh bincang lagi di istana."

...

Buat masa ini, bukan ketua Persatuan Taring Berdarah itu yang menjadi keutamaan Roland, tetapi perkembangan pencerobohan Gereja Inggeris. Sebaik sahaja mereka masuk kamar bacaan Roland, raja itu terus menyoal tentang situasi di Pulau Beradu dan dia menunjukkan surat Rantau Utara kepada Tilly dan ahli-ahli sihir lain. Ashes dan Andrea juga menyertai pertemuan itu sekali kerana ia turut melibatkan Tiga Keluarga Bangsawan Besar di Bandar Diraja Kerajaan Dawn.

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com