webnovel

Perasaan Ahli Sihir Tempur

Translator: EndlessFantasy Translation Éditeur: EndlessFantasy Translation

Langit mendung dan gelap seolah-olah diselubungi kain langsir tebal. Kepingan-kepingan salju halus berterbangan dan berpusing-pusing mengikut angin kencang yang turut menggelodakkan gelombang laut. Walaupun salji turun begitu lebat sehingga hampir menutup pandangan mata, ia masih tidak dapat menyembunyikan keluasan laut yang terbentang sehingga mencecah garis ufuk.

 Kapal Dayang Perawan perlahan-lahan menghampiri Pantai Cetek dalam kelebatan salji dan kelajuan angin bertiup.

Roland rasa seperti dia sudah berdiri di sana bertahun-tahun lamanya. Dia memeluk tubuhnya dalam kesejukan, tetapi sebaik sahaja seorang gadis berambut kelabu menjejakkan kaki ke atas jeti, dia mendepakan tangannya. "Selamat kembali, adinda."

Gadis itu tersenyum dan menyambut pelukan Roland. Mereka seolah-olah sudah biasa menunjukkan kemesraan begini. Puteri Tilly Wimbledon mula bersuara. "Bulan Kunjungan Iblis nampaknya tiba terlalu awal tahun ini. Dinda harap dinda tak begitu lambat."

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com