webnovel

Penemuan Kimia yang Menakjubkan

Translator: EndlessFantasy Translation Éditeur: EndlessFantasy Translation

Sudah empat hari berlalu sejak ahli-ahli sihir dan Angkatan Tentera Pertama memulakan perjalanan mereka. Mengikut rancangan, mereka sepatutnya tiba di pinggiran bandar Kota Perak menjelang tengah hari esok.

Oleh sebab mereka membawa merpati pembawa pesanan Honey bersama mereka, Roland mendapat surat daripada Kapak Besi, Anna, dan Nightingale setiap hari. Walaupun ia tidak sepantas komunikasi dengan telefon bimbit, Roland bersyukur sekurang-kurangnya ia tidak selembab pesanan sawat. Malah kalau mereka boleh menambah bilangan merpati pembawa pesanan itu, mungkin mereka boleh berbalas pesanan dengan jauh lebih pantas lagi.

Nightingale tidak ada di istana sekarang jadi ketua kesateria Roland mengambil alih tugas untuk menjaga keselamatan Roland. Namun Roland agak hairan melihat Carter jauh lebih ceria sejak akhir-akhir ini. Dia ada mendapat sebarang berita gembira? Atau dia begitu riang kerana diamanahkan tugas untuk menjadi pengawal peribadi Roland?

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com