webnovel

Pembinaan Kilang Sabun

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Pekan Sempadan, Rantau Barat.

Batu-batu sabun yang dibeli dari Kota Perak memenuhi empat kapal dan mengambil masa beberapa hari untuk dipunggah.

Oleh kerana mereka sudah mempunyai bahan mentah mencukupi, proses pengilangan sabun kini telah dijadualkan secara rasmi.

Bengkel dan gudang khas telah disiapkan untuk menampung pengeluaran kilang sabun itu kelak. Bangunan-bangunan itu dibina bersebelahan taman perindustrian dekat kilang pemasangan jentera wap kedua yang dibina dalam bentuk yang sama dengan kilang sabun. Selain tugas pemotongan dan menaikkan kayu yang dipertanggungjawabkan kepada ahli sihir, bumbung, alang-alang, dan dindingnya dibina daripada kayu dan lebih kecil daripada kilang jentera wap kedua. Oleh itu, keseluruhan projek pembinaan ini hanya mengambil masa selama seminggu.

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com