webnovel

Nilai Ahli Sihir

Translator: EndlessFantasy Translation Éditeur: EndlessFantasy Translation

"Apa yang sedang awak lakukan?!"

"Lepaskan dia!"

Setelah mendengar begitu banyak rungutan, Iffy menggerenyetkan bibirnya dan mengangkat tangan kanannya. Sangkar itu menghilang dan Maggie jatuh ke tanah.

"Tak guna!" Susuk berwarna keemasan terbang dengan pantas ke arah Iffy. Lightning rupanya!

Namun, sebaik sahaja dia mengangkat tangannya, sangkar sakti mengurungnya. Agak mustahil baginya untuk menyentuh Iffy walaupun dia hanya sedepa darinya.

"Keluar dari sini. Ini bukan urusan awak!"

Iffy dengan marah membuang sangkar itu, membiarkan sangkar itu tergolek di atas tanah. Lightning tersembam di dalam sangkar sehingga dia merangkak keluar dari kawasan yang boleh dikesan oleh Iffy.

Dia mengelap kotoran di mukanya dan sebaik sahaja dia mahu terbang kembali ke Iffy, dia terlihat Roland berjalan mendekati Iffy sambil mengangkat tangannya.

PANG!

Bunyi tamparan yang kuat itu mengejutkan semua orang, terutama sekali Iffy.

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com