webnovel

Muncul dari Masa Lampau

Translator: EndlessFantasy Translation Éditeur: EndlessFantasy Translation

No. 76 memang kenal wanita itu. Dia sangat pasti. Walaupun sudah lebih 400 tahun berlalu dan dia hampir lupa dengan nama ahli sihir tersebut, kejadian pada ketika itu masih utuh di dalam fikirannya.

Dia masih ingat lagi, ahli sihir berambut biru melutut di hadapan Tiga Ketua Agung Kesatuan, menerima jubah istiadat dan tongkat cokmar yang menjadi lambang kedudukan yang lebih tinggi dan diberi pengiktirafan secara langsung oleh ketua Persatuan Pencarian.

Pada masa itu sahaja No. 76 sudah rasa kagum dengan perawakan dan tingkah laku ahli sihir berambut biru itu semasa dia berpaling ke arah hadirin majlis dan mengangkat cokmarnya sebagai Ahli Sihir Berida yang termuda di Taquila. Keyakinan dan kejelitaannya terpancar dengan begitu terang sehingga membuat hadirin majlis yang lain terpana melihatnya.

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com